13/07/2014

Shaklee Sokong ISRAEL??

Salam 15 Ramdhan, tanpa kita sedar dah hampir separuh ramadhan kita laluai. Semoga setiap amal ibadah dan kebajikan kita di terima oleh-NYA. Aminn

Benda yang paling meruntun sepanjang bulan ramadhan ini adalah saudara-saudara kita di Gaza telah di serang oleh tentera Zionis Laknatullah. Celakalah lah ke atas kamu wahai musuh-musuh ALLAH s.w.t. 


Disini Hani nak pendekkan cerita mengenai kaitan shaklee dan Israel. Sebab ramai yang sedia maklum shaklee adalah dari negara US. Ramai yang akan fikir, produk US ini akan support sebarang aktiviti Israel. 

Lagi-lagi buat mereka yang ada melayari web kenesethisrael.com. Sebelum entry ini di tulis pun ada seorang hamba Allah di facebook telah komen dan menyatakan Shaklee ada bagi sumbangan kepada Isreal. Saya senyumkan sahaja. :) Saya yakin Shaklee dengan polisi perniagaan dan keuntungan shaklee. Daripada shaklee laburkan duit keuntungan buat membunuh sesama manusia, lebih baik shaklee laburkan keuntungan buat kami SID nie. Kalau takkan lah setiap tahun shaklee mampu sponsor trip 6bintang buat semua ahli SID yang layak. 

Berkenaan info shaklee memberi sumbangan kepada Israel dalam web kenesethisrael.com itu adalah BENAR. Tapi bukan shaklee corporation yang salurkan dana, tetapi ORANG PERSEORANGAN. Maksudnya SID yang dah taraf jutawan tahap harta tak muat nak simpan dalam bank bagi dana untuk Israel. 

Kenapa Shaklee Corporation tak halang SID Sokong Israel?
Ini kerana keuntungan SID adalah hak milik mutlak SID. Kesilapan di sini adalah web tersebut memaparkan logo shaklee. Sepatutnya mereka perlu gantikan logo shaklee dengan gambar orang perseorangan yang menderma untuk lihat kemusnahan negara islam.

Sama seperti shaklee corporation yang tidak pernah menghalang mana-mana SID di malaysia untuk menyumbang dalam tabung kemanusia atau badan-badan islam. 

Point disini, rajin-rajinkan membaca. Nampak je logo shaklee terus cop shaklee rakan subahat Israel. huhu

Lagi satu, elakkan sifat macam tin kosong. Bising je lebih. Tepuk dada, tanya apa sumbangan kita kepada ekonomi islam. Berapa juta yang kita zakatkan untuk menolong sesama islam. Lagi satu kempen boikot barang-barang yang memberi dana kepada zionis ini. Adakah boikot kita berterusan atau hanya bermusim? Memang awal-awal nak boikit susah, seperti saya yang mula-mula nak start boikoy McD, memang rasa kolot sangat :P. Yela, zaman belajar McD makanan wajib kalau jadi student kot, sampai nak study group pun nak buat di McD. Tapi lama-lama akan okey dan kita pun dah jadi terlupa kewujudan McD. Rasa tak mampu nak boikot sekaligus, perlahan lahan. 

Dan tak salah kalau kita guna barang keluaran yahudi, asalkan ia bermanfaat buat diri kita dan orang islam. Mari kita tengok contoh di zaman Saiyyidina Uthman. 
Saiyyidina Uthman membeli perigi untuk umat islam. Perigi ini di beli daripada seorang YAHUDI. Perigi ini bukan sekadar suka-suka di beli tetapi ianya merupakan satu-satunya sumber air yang ada tapi air itu di jual dengan harga yang tinggi. Kalau orang biasa memang tak mampu nak beli air dari sumber air perigi ini. Bagi meringinkan beban golongan Muhajirin ini Saiyyidina Uthman telah membelinya dan di dermakan kepada orang-orang islam.  
Moralnya, kita selaku orang islam TERPAKSA KAYA. Bila kaya kita mampu menolong diri sendiri, ahli keluarga dan orang islam di seluruh dunia. Buangkan fikiran takut nak jadi kaya sebab takut lupa diri, takut riak, takut sombong.

Pisau, kalau diberikan kepada seorang chef, terhasillah masakan dengan hiasan yang cantik. Tapi kalau pisau di beri kepada seorang pembunuh, sudah pasti darah ada di mana-mana. 

Jadi, apa kata kita berikan sedikit sumbangan buat saudara-saudara kita disana melalui Aman Palestin. Disini saya sertakan cara untuk kita menderma melalui Aman Palestin.




No comments:

Post a Comment