19/11/2016

Jalan-Jalan Ke Terengganu

Assalamualaikum,

Untuk entry kali ini Hani nak share tempat yang korang boleh singgah bila dah sampai Terengganu.

Minggu lepas Hani sempat jalan-jalan ke Terengganu, pergi hari weekdays sebab kenkonon tak nak bersesak dengan orang ramai hehhe

Plan awal nak balik hari sebab fikir pergi sana semata-mata nak makan fresh seafood.

Perjalanan Hani dari Kelantan ke Terengganu ambil masa lebih kurang 2 jam lebih, dan kitaorang guna jalan pantai iaitu lalu ikut Tok Bali.

So, jom kita tengok tempat makan yang Hani sempat singgah di Terengganu.

Time On The Way ke Terengganu Hani sempat singgah di Professor Cendol di Penarik Terengganu. Waktu lalu kawasan ini Hani nampak banyak sangat kereta parking kiri kanan jalan. Terus buat U-Turn dan singgah. Sebab alang-alang dah lalu boleh la kita cuba rasa kan apa yang best sampai orang ramai macam kenduri.

Tangline kedai Professor Cendol ini adalah " Makan Sampai Kenyang", tapi Hani tak makan sampai kenyang pun sebabnya nak JJCM ke tempat lain pula.

Antara menu yang ada di sini atalha Air cendol, Pasembor, laksa utara dan nasi goreng. Bagi Hani rasa kat restoran ini setimpal dengan harga la, dari 5 bintang Hani bagi 3 bintang untuk kualiti dan rasa makanan. Kat sini nak parking pun senang sebab restaurant tipi jalan, so boleh parking di bahu jalan.

Lepas makan Kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Masjid Kristal,