27/03/2014

KEPENTINGAN VITAMIN KEPADA BADAN

KEPENTINGAN VITAMIN
Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.

VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.

VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.

VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

VITAMIN D
Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat. Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah. Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan. Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.
    
VITAMIN E
Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak. Vitamin E mudah didapati dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.

VITAMIN K
Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis. Ini kerana ia dapat membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah. Vitamin K juga berupaya meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.

25/03/2014

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai

Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan kat kadar penyerapan.. kebiasaannya saya akan memberikan jadual makan kepada customer2 saya


The basic rule are:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

*APA YANG TAK DIGALAKKAN :
Elakkan pengambilan Alfafa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas:

Selepas breakfast : 
B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break
Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch : 
Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...

Afternoon teabreak : 
Minum segelas ESP

Selepas Dinner : 
Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :
Ostematrix

Ok, ini secara ringkas cara makan produk shaklee. Untuk pelanggan Hani, setiap set yang anda beli Hani akan bagi tips ekslusif :)

Credit : my nanny ;)


FB : HANI


23/03/2014

Kelebihan Vitamin C Shaklee 500mg Sustained Released

Keistimewaan dan Kebaikan Vitamin C 500mg Shaklee Sustained Release

Vitamin C sering kali hilang dan tidak bertahan lama dalam tubuh seseorang individu disebabkan oleh aktiviti harian seseorang. 

Dengan kelebihan yang ada pada Vitamin C 500mg Sustained release shaklee dapat membantu pelepasan vitamin secara berperingkat kedalam tubuh seseorang. 

Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana Vitamin C bersifat larut air. Kesannya tubuh kita tidak dapat menyimpan Vitamin C.  Vitamin C hanya ada dalam tubuh selama 12 jam dan dalam tempoh tersebut Vitamin C "bekerja" dengan sel-sel tubuh yang lain untuk meningkatkan keimunan dan fungsi-fungsi sel dibahagian tubuh yang lain serta membantu dalam menyokonh tulang, gigi, serta gusi yang sihat dan kuat. 


Apa perbezaan Vitamin C Shaklee dengan keluaran produk lain.....


1. Setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya...

2. Ujian Klinikal membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

4. Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam tubuh secara perlahan mengikut keperluan. 

5. Vitamin C pertama yang semulajadi dan bertindak secara "Sustained Release" atau dilepaskan secara perlahan-lahan bagi membolehkan vitamin c sentiasa ada dalam badan kita. 



Kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee
  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk shaklee dan konsultansi istimewa. 


FB : HANI


TERIMA KASIH MENGHUBUNGI SAYA

19/03/2014

Tips Penyusuan Susu Ibu Melimpah dan Berkhasiat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Diharapkan semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.

Antara cabaran terbesar menjadi ibu selain sewaktu melahirkan anak adalah menjayakan penyusuan sehingga anak berusia 2tahun. Ramai pelanggan Hani yang melahirkan kebimbangan tidak mampu menyusukan anak sepenuhnya dek masalah susu yang semakin merudum. 

Selain mengamalkan supplement yang betul dan selamat, kita digalakkan untuk berdoa kepadanya supaya urusan penyusuan kita dipermudahkan. Doa merupakan salah satu cara kita berusaha + tawakal. Dan setiap usaha harus dilakukan dengan hati yang kental, jiwa yang kuat.

Fahami konsep "Demand vs Supply". Lebih banyak ransangan yang diterima oleh payudara, makin banyak susu yang akan keluar.

Disini, hani share tips supaya susu ibu semakin meriah dan berkhasiat. 


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.  
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. 
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.  
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. 
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air 
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4.  Fikir Bayi Fikir Susu 
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama 

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. 
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan 
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan suplemen  
dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya..ESP


Tahukah anda "Keperluan protien sangat perlu diutamakan kerana protien diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Protien merupakan nutrien utama dalam pengeluaran susuibu maka keperluan protien oleh seorang ibu turut meningkat selain  keperluan vitamin dan mineral turut meningkat antara 25 hingga 50% sementara sesetengah vitamin seperti asid folik dan zat besi meningkat sehingga 100 hingga 300 peratus. "

KREDIT : Momma Mia

FB : HANI

SMS/WHSP : 019-3769503



Set Kecantikan Kulit Shaklee-Selamat dan Halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kulit yang putih,licin, mulus, segar memang menjadi idaman hati kan. Dah tak perlu nak bazirkan masa nak make up dan nak sorokkan sebarang cela yang tak di ingini di wajah. 
Lagi-lagi para isterikan, mesti nak yang terbaik untuk tatapan para suami.

mari kita tengok produk apa yang ada dalam set kecantikan shaklee nie.


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Untuk pertanyaan dan konsultansi boleh sms/whsp Hani :)

PAGE : Hani Health Shop
FB : HANI
SMS/ WHSP : 019-3769503

17/03/2014

Set Kesuburan Shaklee suami isteri-Berapa Harga

Memiliki cahaya mata sendiri selepas bertahun-tahun mendirikan rumah tangga memang menjadi impian setiap insan yang bergelar suami isteri.


Melihat rakan terdekat, saudara mara yang mempunyai rezeki murah apabila mendapat cahaya mata di awal perkahwinan, sedikit sebanyak pasti hati akan tercuit.



Selain banykkan berdoa kepadaNYA untuk dimurahkan rezeki bagi mendapatkan zuriat, kita juga boleh berusaha dengan mengamalakan supplement bagi meningkatkan tahap kesuburan suami isteri.


MENGAPA PERLU PILIH SET KESUBURAN SHAKLEE?
  • Menstabilkan hormon isteri.
  • Memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan keinginan untuk bersama pasangan. 
  •  Meningkatkan jumlah sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Menigkatkan hoemon Estrogen bagi isteri dan Testosterone bagi suami.
  • Hubungan bersama suami isteri makin panjang, hangat dan mesra. 



BAGAIMANA SET KESUBURAN SHAKLEE MEMBANTU UNTUK HAMIL ?



Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Menurut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan multivitamin dan multimineral.

Pandangan daripada seorang pakar sakit puan di FB.



Set Kesuburan Suami Isteri



  • Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.


Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata. Rupa bayi yang comel, tangisannya membuatkan rumah tangga yang dibina bertambah berseri. Jangan pernah berhenti berharap. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. 


Banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Insyaallah..pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian. 


Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi khas set yang bersesuaian. Juga harga yang mampu milik ditawarkan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*

UNTUK INFO & ORDER

==============================

PM Admin : Cantik & Sihat
WHatapps / Telegram : 019.376.9503 

Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kota Bharu dan kawasan sekitar, pihak kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran Vitamin Shaklee ke tempat anda. 

Antara kawasan yang kami sediakan khidmat COD (Charge or Delivery ) adalah Kota Bahru, Wakaf Bahru, Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh, Pasir Hor, Lundang, Kubang Kerian, Peringat, Pasir Tumboh, Melor, Selising & Pasir Puteh. 

Lain-lain kawasan berhampiran boleh turut hubungi kami.





13/03/2014

Set Kurus Shaklee-Set Shaklee untuk Kuruskan Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Memiliki bentuk tubuh yang ramping dan sihat memang menjadi impian dah keinginaan setiap orang tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tapi yang pasti perempuan mesti terlebih obses kan? hehehe

Okey,di sebalik kita ingin mendapatkan bentuk badan yang ideal dan langsing kita jangan pula mencuba ubat-ubatan atau berdiet secara keterlaluan sehingga membahayakan diri sendiri. 

Salah satu sebab untuk kita hendak kurus semestinya untuk bergaya dengan pelbagai jenis fesyen yang tengah in sekarang kan? confirm tak senang tidur terbayang baju yang kita tak muat nak pakai untuk bergaya :(

Makanya disini hani nak war-warkan kepada pembaca blog hani sekalian bahawa shaklee ada menyediakan supplement untuk membantu anda-anda semua kuruskan badan, dapatkan berat badan yang ideal, mengurangkan ukur lilit di bahagian yang tak di ingini dan sebagainya. Amboii kerlass sangat shaklee nie tahu,semua masalah berkaitan kegemukan boleh diselesaikan dengan shaklee.




BAKAR DAN BUANG (Lecithin @ Omega + Herb Lax @ Lecithin)

Lecithin atau omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan.
Manakala Herb lax atau Alfafa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar lemak yang telah dibakar.

Jadi konsep bakar dan buang shaklee secara general memang berkesan untuk proses menurunkan berat badan.


Nak kurus rules pertama kena belajar detoks dari segala toksin dan bahan yang tidak sihat dalam tubuh.

Kenapa Detox penting?
Detox adalah proses untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang ada dalam badan. Apabila badan bebas daripada toksin, segala nutrien dari makanan seharian dan supplement dapat diserap dengan mudah oleh badan kita.


BINA

Membina otot adalah penting dalam berdiet. Otot yang sihat membakar lemak lebih baik dan menjadikan kawalan berat badan kita menjadi lebih baik, dan mengelakkan – mudah turun mudah naik.
Oleh kerana itu pengambilan protein penting dalam program penurunan berat badan.

Cinch Shake Mix
Cinch Shake Mix merupakan produk hebat untuk inchloss dan weight loss kerana ia mengandungi protein leucine yang penting dalam pembinaan otot.

ESP (Soy Protein)
Pilihan alternatif untuk Cinch Shake Mix, adalah ESP yang membekalkan protein soya yang istimewa.


Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
1.       Minum 2-3Liters air setiap hari
2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3.       Kurangkan makanan yang berminyak
4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5.       Banyakkan makan buah dan sayuran


Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah  …

1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting
6.       Diuji secara klinikal.

Pilih lah produk yang selamat dan turun berat badan secara sihat, tanpa membahayakan kesihatan sendiri.

Info lanjut boleh terus berhubung dengan saya.

HANI 
987331
Call/whsp : 013-9437330

12/03/2014

Set Menyusu Shaklee :Vitamin Ibu menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Bagaimana keadaan bakal-bakal ibu semua?Masih sihat dan cergas? Yang pasti mesti setiap ibu sedang mengira hari bagi menanti kelahiran permata hati tersayang.

Alhamdulilah sekarang semakin ramai yang berikhtiar dan berusaha dengan mengambil supplement tambahan bagi menambah dan memperbanyakkan susu ibu. Tahniah, satu pilihan bijak telah di buat :)

Mungkin pertambahan ini sejajar dengan pengetahuan ibu-ibu yang mengakui akan kelebihan susu ibu berbanding susu formula.  Yang menjadi masalah apabila susu ibu semakin merundum dari sehari ke sehari. Penat melahirkan anak tak hilang lagi, kini muncul pulak masalah kekurangan susu badan. 

Mulai sekarang ibu-ibu tak perlu risau dengan masalah tersebut kerana shaklee ada menyediakan penlesaian untuk ibu-ibu diluar sana :).

SET PENYUSUAN SHAKLEE merupakan satu produk yang HOT DEMAND dan harus menjadi "items must have" untuk menjayakan sesi penyusuan ekslusif untuk anak-anak anda.

Keistimewaan SET BREASTFEEDING SHAKLEE adalah bukan setakat sebagai milk booster untuk ibu-ibu malah menyediakan rangkaian vitamin dan mineral bagi keperluan ibu menyusukan anak supaya ibu-ibu :

  • Lebih bertenaga
  • Mengelakkan meroyan
  • Mengurangkan sakit badan @ urat
  • Mengawal berat badan
  • Mencantikkan kulit, kuku,
  • Mengurangkan masalah rambut gugur

Shaklee menyediakan Set lengkap untuk ibu-ibu membuat pilihan yang tepat bergantung kepada bajet dan keperluan nutrisi seorang ibu.

SET MENYUSU SHAKLEE BAJET



Alfafa - Penggalak susu utama. Menjadikan susu lebih creamy kerana kandungan lemak membuatkan anak menjadi lebih cepat kenyang.
Ia juga boleh mengelakkan anak dari terkena masalah kembung perut.

Energy Soy Protein(ESP) - Merupakan protein soya terbaik dalam bentuk serbuk. 
Membantu melancarkan pengaliran susu selain membantu ibu mendapatkan kulit yang cantik dan halus serta membantu mengawal paras kolestrol dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. 

p/s:Tips bagi mendapatkan hasil optimum adalah:
-Sentiasa kosongkan payudara(BF/ pam setiap 3 jam)
-Banyakkan minum air mineral
-Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan urusan penyusuan ekslusif bayi anda.

Bagaimana Nak Beli Set Penyusuan Shaklee?

Cara Pertama, anda boleh beli direct di website Shaklee Malaysia. Kaedah pembayaran adalah menggunakan debita atau kredit kad sahaja.

Hanya Klik gambar di bawah :



2) Cara yang kedua, anda boleh hubungi saya segera untuk mendapatkan konsultansi percuma dan set menyusu mengikut kesesuain bajet anda.

UNTUK INFO & ORDER

==============================

PM Admin : Cantik & Sihat

WHatapps / Telegram : 019.376.9503 


Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kota Bharu dan kawasan sekitar, pihak kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran Vitamin Shaklee ke tempat anda.
 
Antara kawasan yang kami sediakan khidmat COD (Charge or Delivery ) adalah Kota Bahru, Wakaf Bahru, Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh, Pasir Hor, Lundang, Kubang Kerian, Peringat, Pasir Tumboh, Melor, Selising & Pasir Puteh.