30/01/2015

Rahsia Jutawan Dr. Azizan Osman

Alhamduliah, harinie(30-1-2015) hani dapat hadirkan diri ke Seminar Kuasai Potensi Diri anjuran Richworks. Seminar ini di kelola oleh Dr Azizan Osman. Sebelum hadir ke seminar ini, hani saya pun berbelah-bahagi. Ini kerana saya pernah terbaca tulisan yang mengatakan Dr.Azizan Osman seorang penipu.

Biasalah sebagai manusia biasa kita lebih tertarik kepada benda-benda negatif. Tapi untuk kali ini saya cuab berfikiran positif. Dalam minda saya, saya perlu pergi dengar sendiri baru boleh nilai sejauh mana Dr.Azizan menipu orang ramai.



Jejak je kaki ke Kelantan Trade Centre, saya dah terasa aura Dr.Azizan. Sambil menunggu seminar bermula kami disajikan dengan video anak-anak didik Dr.Azizan yang telah berjaya. Antarnya adalah mereka yang pernah gagal,bangkit untuk berusaha, mereka yang mencari makna hidup yang sebenar-benarnya. Yang paling penting mereka berusaha untuk menjadi kaya dan berjaya dunia dan akhirat.



1 dewan memang penuh, siap ada yang bersila sebab tak cukup kerusi. Bukan sahaja bersila, ada yang berdiri sepanjang program berlangsung sebab memang tak cukup ruang. Betapa ramai yang ingin menjadi insan luar biasa dan berjaya. Sepanjang program ini memang banyak input berguna yang hani peroleh.

Apa yang penting kita kena tahu potensi diri kita. Kenapa manusia dicipta. Kenapa kita dilahirkan didunia ini. Setiap ciptaan-NYA adalah supaya kita mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang disekeliling kita. 



Antara kunci untuk berjaya adalah Kenal erti Bahagia. Cara untuk bahagia sangat senang iaitu bersyukur, sentiasa berusaha untuk membahagiakan orang-orang disekeliling kita, dan tenangkan diri.

Skop bersyukur sangat meluas. Syukur yang paling besar adalah sampai kesaat ini kita masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulilah..Tubuh badan yang sihat dan sempurna. Syukur andai kita masih punyai keluarga bahagia, mak ayah yang masih sihat, kawan-kawan yang baik dan diberi peluang untuk mencari rezeki dengan aman.

Apa yang penting untuk berjaya kita kena usahakan apa yang kita ada. Sebagai contoh andai sekarang anda sedang jual produk kuruskan badan. FOKUS kepada produk itu sahaja. Jangan sibuk nak kejar kedai sebelah anda jual apa. 

Jadi hani rasa korang tak perlu was-was untuk sertai seminar yang Dr.Azizan anjurkan sebab banyak ilmu yang korang akan dapat. 

Yang penting korang jangan MALAS, sebab setiap kejayaan kita akan hadir selepas kita bersusah payah. 

Semoga kita semua akan menjadi seorang muslim yang berjaya dan kaya. Kaya rohani, akhlak dan duit.

Assalamualaikum, 

29/01/2015

Bahaya Anemia Sewaktu Hamil

Anemia atau kekurangan zat besi dikalangan ibu hamil perlu diberi perhatian serius. Ini kerana anemia akan mempengaruhi proses kehamilan anda. Kekurangan zat besi akan menghalang penghasilan hemoglobin. 

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Pada trimester pertama kehamilan, banyak darah merah digunakan bagi pembentukan janin. 
Zat besi mencukupi diperlukan sepanjang tempoh kehamilan bagi membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. 




Punca Anemia Semasa Mengandung.

1) Ibu hamil mengamalkan diet rendah zat besi seperti tidak makan sayuran hijau.

2) Jarak kehamila yang terdahulu dan sekarang terlalu dekat.

3) Hamil anak kembar.

4) Darah haid keluar terlalu banyak sebelum anda hamil.

5) Anda penghidap Thalassaemia

Risiko Anemia Sepanjang Kehamilan.

1) Berisiko bersalin awal dan melahirkan bayi pra-matang.

2) Perkembangan dan pembesaran bayi terbantut.

3) Bayi tidak mendapat bekalan oksigen mencukupi.

Bacaan hemoglobin melebihi 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9-11g/dl menunjukkan anemia ringan manakala7-8.9g/dl adalah bacaan anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 menunjukkan anemia tahap serius. 

Langkah pencegahan perlu diambil oleh ibu hamil bagi memastikan kandungan dalam kandungan sihat dan selamat.

Maka ibu mengandung digalakkan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, hati, sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun, krismis, tembikai dan tauhu. 

Pengambilan pil zat besi bersama vitamin C membantu penyerapan zat besi dalam badan. 

Mari kita tonton video di bawah tentang pengalaman seorang ibu hamil yang mempunyai masalah anemia. Setiap kali pregnant mesti kena anemia, asal anemia je mesti mengandung.

6 minggu sebelum tarikh due bersalin, hb akak nie masih bawah 9..Apa yang menarik dalam tempoh 2 minggu hb akak nie naik kepada bacaa 11..Apa yang akak ini amalkan???

Jom kita tonton video ini bersama-sama.



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Disini hani cadangkan supplement shaklee yang ibu hamil boleh amalkan untuk mengelakkan atau mengatasi masalah anemia.


Vitalea Shaklee - Mengandungi zat besi bagi membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan zat besi.

B-Complex Shaklee - Lengkap dengan asid folik yang mengandungi Vitamin B12 untuk mencegah anemia manakala Vitamin B5 & B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. 

Vitamin C Shaklee Sustained Release - Vitamin C membantu penyerapan zat besi lebih optimun. Vitamin C juga bagus untuk meningkatkan sistem imum ibu untuk mengelakkan jatuh sakit. 

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan

27/01/2015

Prosante Shaklee : Shampoo Untuk Rambut gugur, Berkelemumur, Kering, Bercabang dan Bermasalah

Amboiii panjang betul tajuk entry kali ini. Mentang-mentang lah harinie nak bercerita tentang rahsia menjaga mahkota seorang wanita. Masalah rambut bercabang, kering, kulit kepala berminyak dan kelemumur memang sangat merimaskan dan merisaukan. 

Rambut adalah antara aset yang perlu dijaga oleh golongan lelaki mahupun wanita yang bertudung atau freehair. Buat lelaki masalah paling besar adalah rambut berkelemumur. Memang rimas dan memalukan. Atas bahu penuh dengan kelemumur, nak jumpa orang mesti segan kan :(

Untuk wanita berhijab rambut yang sihat dan bebas kelemumur memang memberi keselesaan. Bayangkan anda dalam keadaan kepala bertutup, tetapi mengalami masalah kelemumur yang teruk. Pasti sukar nak control diri daripada menggaru kepala kan hihiihi



Shaklee memperkenalkan jenama syampoo di bawah jenama Prosante untuk membantu mengatasi masalah rambut anda.


Kelebihan Prosante Shaklee:
  • Kurang keguguran rambut sewaktu bersikat sebanyak 65%
  • Kurang masalah rambut bercabang 73%
  • Rambut lebih tebal 61%
  • Rambut bervolum 55%

Jadi buat anda yang mencari produk syampoo yang bebas bahan kimia dan pada masa sama berkesan sudah semestinya anda perlu memilih untuk mencuba produk Prosenta Shaklee.


Produk ini terdiri daripada :

Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur
Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.
************************************************************

Facebook : HANI HEALTH SHOP


SMS/ WHSP : 019.376.9503


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar
 
Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, 

Melor, Selising dan Pasir Puteh

Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

15/01/2015

Senaman Mudah dan Ringkas Untuk Kempiskan Perut

Pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat mampu memberikan bentuk badan yang kita inginkan. Tapi kadang-kadang ada sesetengah bahagian badan seperti perut dan paha mempunyai lemak yang berlebihan.

Perut buncit menjadi igauan ngeri buat sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun perempuan. 

Lelaki selalu di momokkan dengan masalah boroi selepas berkahwin manakala wanita cukup sinonim dengan perut buncit selepas bersalin.

Dua faktor diatas bukanlah menyebabkan anda akan kekal berperut buncit selama-lamanya. Ketahui cara senaman yang mampu mengempiskan perut anda semudah A,B,C. Point penting adalah anda kena rajin dan konsisten.

Senaman ini sangat ringkas dan sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi bersenam seperti jogging atau ke gym.

A ) Baring dilantai dengan kedua-dua belah tangan rapat ke sisi. Kaki di lipat dan dinaikkan sedikit (rujuk gambar A)

B) Tarik nafas perlahan-lahan dan pada masa sama tarik kaki menghampiri dada (rujuk gambar B)

Hembuskan nafas perlahan-lahan dan pada masa sama luruskan kaki seperti kedudukan asal (rujuk semula gambar A)

Sewaktu melakukan senaman itu, anda akan dapat rasai otot disekitar perut turut bekerja.

Ulangi langkah ini sebanyak 2-3 kali dan berehat sebentar. Dan ulang langkah sama sekurang-kurangkanya 3 pusingan. 

Mudah je nak kurus dan dapat bentuk badan persis model. Yang penting rajin dan berdisplin.

Jom kita buat senaman kempiskan perut sekarang ;) ;)



14/01/2015

Cara Menghilangkan Jeragat Dengan Berkesan

Minggu lepas, ada seorang adik sama pejabat dengan hani tanya krim yang boleh digunakan untuk hilangkan masalah jeragat. Mula-mula ingat adik ni main-main sebab umur baru awal 20-an, takkan la dah ada jeragat. Bila hani cakap tak percaya dia ada jeragat terus di tunjukkkan bahagian muka yang ada jeragat. 

Selalu masalah jeragat berlaku kepada mereka yang dah masuk umur 30 tahun keatas, bagi hani umur 20tahun kulit tak perlu rosak lagi. Kollagen pun masih banyak dalam badan. 

Selidik punya selidik adik ini suka bertukar-tukar produk wajah. Produk pula yang dia sendiri pun tak tahu ada kelulusan KKM atau tidak. Hurmmmm bahaya sungguh. 

Antara faktor penyebab jeragat adalah :

1) Keturunan
2)Penggunaan kosmetik/ produk penjagaan wajah yang tak sesuai
3)Penggunaan hormone seperti pil perancang
4)Terdedah kepada sinaran terik matahari


Bila ada jeragat, nak berhias pun dah tak lawa sebab kita dah tak mampu nak lindungi jeragat di bahagian wajah. Kebiasaannya jeragat akan berada disekitar pipi, dahi dan bahagian dagu. 
Hani kalau selisih dengan mereka yang ada jeragat teringin sangat nak edarkan flayer shaklee. Nak berkongsi kebaikan produk shaklee yang membantu mengatasi masalah jeragat sekitar wajah. 


Petikan daripada majalah Rapi berkaitan pengambilan vitamin bantu kurangkan masalah jeragat.


Penting dalam pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin c membantu penghasilan kolagen lebih baik. 

Vitamin C SR Shaklee membekalkan 500mg dalam setiap 1 tablet. Dan keistimewaan Sustained Release adalah pelepasas setiap 100mg sela 1jam.




Terkenal sebagai vitamin awet muda. Vitamin E membantu kesimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E membantu mengurangkan kesan kulit jeragat.


PROTEIN

Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit sukar dihilangkan sekiranya protein dalam badan tidak mencukupi dalam membantu penghasilan sel baru. 

ESP shaklee merupakan minuman yang kaya dengan kandungan protein. 

Dan untuk kesan optimun anda boleh tambah Collagen Powder shaklee bagi membantu menambah kolagen dalam badan anda. Maklumlah apabila kita memasuki usia 25tahun ke atas kadar penghasilan kolagen dalam badan akan semakin menurun. Sebab itu kita tengok orang berumur mempunyai masalah kulit kendur, kulit yang rosak susah untuk di baiki. Ini semua berkait rapat dengan faktor ketidakupaayn tubuh menghasilkan sel baru apabila kandungan kolagen dalam badan berkurang. 

Dan istimewanya Collagen Powder Shaklee adalah dari segi penghasilan dan sumber kolagen adalah daripada ikan laut dalam yang tahan lasak dengan molekul2 yang senang diserap oleh badan. Sebab itu kesan positif selepas pengambilan kolagen shaklee boleh dirasai seawal 5hari lagi. 


Secara ringkas supplement shaklee yang membantu mengatasi masalah jeragat serius adalah

1) Vitamin C SR

2) Vitamin E Shaklee



 ****************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan

11/01/2015

Makan Vitamin Shaklee Sewaktu Period atau Haid

Hani selalu dapat pertanyaan daripada bakal pengguna atau pengguna baru mengenai supplement shaklee bolah di makan atau tidak pada waktu haid.



Kebanyakan produk yang dijual dipasaran luar akan menasihatkan pengguna supaya berhenti sekejap makan produk sepanjang tempoh haid. Ini yang membezakan produk shaklee dengan produk lain yang ada di pasaran.

Supplement shaklee merupakan makanan tambahan yang berfungsi mengisi lompong-lompong kosong yang tidak dipenuhi hasil pemakanan harian. Sebagai contoh mungkin diet harian kita tidak mengikut cadangan seperti didalam piramid makanan. Dalam sehari mungkin kita tidak makan sayuran atau bua-buahan. Disinilah fungsi supplement untuk menyokong keperluan nutrisi badan kita.

Setiap hari badan kita memerlukan vitamin dan mineral mencukupi untuk tumbesaran tubuh dan penjagaan kesihatan menyeluruh. Sesetengah vitamin membantu meningkatkan sistem imun tubuh, menghasilkan sel-sel darah merah, memberikan tenaga dan lain-lain manfaat lagi. 

Dan kena ingat tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin, dan mineral sendiri seperti asid amino, asid lemak, vitamin C dan vitamin B dan lain-lain. Jadi kita bergantung kepada sumber makanan harian kita untuk mencukupkan keperluan vitamin dan mineral dalam badan. 

Contoh :

Alfafa shaklee boleh ke dimakan sewaktu period??

Mestilah boleh kerana didalam alfafa mengandungi "phytoestrogen" yang sangat bagus untuk mengurangkan atau melegakan sakit period/ period pain. 

Jadi, teruskan pengambilan supplement shaklee sepanjang tempoh period anda dan jadikan pemakanan supplement sebagai menu harian anda juga. 

Jadilah pengguna yang berilmu dan sentiasa bertanya kepada pengedar anda masa terbaik untuk makan supplement supaya dapat kesan optimun.

Okey, sebarang pertanyaan atau pembelian anda boleh hubungi hani seperti di bawah ye ;)

Sehingga kita bertemu lagi di entry akan datang, InsyaAllah

************************************************************

Facebook : HANI HEALTH SHOP


SMS/ WHSP : 019.376.9503


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar
 
Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, 

Melor, Selising dan Pasir Puteh

Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.



07/01/2015

Keputihan Ketika Hamil

Keputihan atau cecair lendir yang keluar daripada vigina ada pelbagai sifat dan berbeza-beza di antara setiap wanita.

Keputihan yang sihat biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Bersifat lendir dan tidak keras, sedikit berbau hanyir, tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan selagi tiada jangkitan bakteria. Jika berlaku perubahan warna atau rasa gatal pada vigina itu tandanya berlaku infeksi. 

Wanita hamil yang mengalami keputihan di panggil "leukorrhea". Ciri-cirinya adalah berwarna putih seperti susu, nipis dan sedikit berbau.




Wanita hamil yang mengalami masalah keputihan dilarang daripada :
  • Memakai tampon kerana ia menyebabkan kuma @ bakteria masuk ke dalam vagina.
  • "Dauche" kerana ia akan menganggu keseimbangan dan mengakibatkan infeksi pada vagina.
  • Elakkan memakai seluar dalam ketat, tuala wanita beraroma, "feminine hygiene spray" dan sebagainya yang mengganggu kesihatan vagina. 
ATASI MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

Sebab utama ibu mengandung mengalami keputihan adalah kerana perubahan hormon yang dialami ketika hamil. Perubahan hormon ini akan menyebabkan kawasan sekitar faraj menjadi lebih mesra bakteria dan merangsang pertumbuhan kulat.

BAHAYA KEPUTIHAN SEWAKTU HAMIL

Jangkitan daripada bakteria dan kulat pada faraj boleh menyebabkan risiko kematian bayi dalam kandungan. Jadi ibu-ibu yang ada masalah keputihan jangan pandang ringan yeee!!!!!!!

BAWANG PUTIH ATASI MASALAH KEPUTIHAN SEWAKTU HAMIL


Garlic Complex Shaklee diperbuat daripada bawang putih premium yang ditanam secara organik di California, USA dan 100% bebas daripada racun serangga.

Garlic Shaklee dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa sebarang haba bagi memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih. Allisin mempunyai kelebihan sebagai antibakterian dan anti-kulat dan mempunyai sifat penyembuh.

Bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. 

Secara traditional bawang putih digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah lebih baik.

Jadi anda harus bijak memilih jenama Garlic dipasaran, kerana bukan semua garlic tablet dipasaran mengandungi Allisin aktif. 


Okey, sebarang pertanyaan atau pembelian anda boleh hubungi hani seperti di bawah ye ;)

Sehingga kita bertemu lagi di entry akan datang, InsyaAllah

************************************************************

Facebook : HANI HEALTH SHOP


SMS/ WHSP : 019.376.9503


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar
 
Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, 

Melor, Selising dan Pasir Puteh

Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.