Showing posts with label Tip Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Tip Ibu Hamil. Show all posts

17/02/2015

Kebaikan Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pengambilan folic asid sewaktu hamil amat digalakkan kerana mampu mengelakkan risiko kecacatan saraf tunjang kepada bayi dalam kandungan. Sebenarnya asid folik bukan terhad untuk ibu hamil sahaja, wanita yang merancang untuk hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pengambilan asid folik dalam diet harian. Menurut beberapa kajian, asid folik membantu meningkatkan kesuburan wanita dan mampu memberi faedah kepada bayi dalam kandungan.


Asid folik juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk membina sel-sel baru dalam badan. Ia penting dalam membina dan membaiki DNA yang rosak dalam sel-sel badan.

Asid Folic wujud secara semulajadi dalam makanan harian seperti kekacang, sayuran hijau, buah-buahan, bijirin, daging lembu, dan lain-lain.

Seawal 12minggu kehamilan, ibu digalakkan untuk mengambil asid folik setiap hari. Dalm temph ini, otak dan sistem saraf bayi terbantuk dan berkembang dengan pesat.

Dos pengambilan asid folik yang disyorkan kepada mereka yang merancang untuk hamil atau yang telah hamil adalah 400mcg setiap hari. Namun dos ini boleh di tingkatkan tetapi atas nasihat doktor.

Kekurangan asid folik ketika hamil boleh meningkatkan risiko kelahiran pra-matang, perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat, dan meningkatkan kandungan 'homocysteine' dalam darah yang boleh menyebabkan risiko keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi.


Khas buat bakal ibu yang mencari jenama asid folik yang terbaik dipasaran hani nak cadangkan ibu-ibu semua mencuba B-Complex Shaklee yang turut mrngandingai asid folik. 1 tablet B-complex shaklee mengandungi 200mcg asid folik. Harga sebotol B-Complex Shaklee sangat murah. 1 botol mengandungi 120biji B-Compplex. Dan sekiranya ibu amalkan pengambilan 2biji sehari, sebotol B-Complex shaklee tahan sehingga 2 bulan.

Hubungi saya ;

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan

04/02/2015

Kebaikan Kalsium Untuk Ibu Hamil

Apabila bercerita tentang kalsium kita hanya akan disogokkan dengan kebaikan kalsium kepada golongan kanak-kanak dan orang tua. Tapi hakikatnya semua golongan seperti remaja memerlukan kalsium dalam diet harian. Yang paling penting ramai yang tak tahu kepentingan kalsium kepada ibu hamil dan menyusu. 




Kekurangan pengambilan kalsium dalam diet harian ibu hamil akan menyebabkan komplikasi semasa meneran sewaktu proses kelahiran. Lagi memburukkan keadaan kesannya akan dirasai sehingga ke penghujung usia. 

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.


Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1,200mg-1,300mg kalsium sehari iaitu 300-500mg tambahan dari keperluan orang dewasa. 

Jadi bermakna ibu mengandung perlu memastikan dalam diet harian mengandungi makanan yang mempunyai sumber kalsium yang mencukupi. Sumber makanan bagi kalsium adalah seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan produk tenusu seperti dadih, keju.



Buat ibu yang mempunyai masalah untuk mengambil makanan bagi dapatkan sumber kalsium, anda boleh ,mencuba untuk amalkan pengambilan pil kalsium. Pil kalsium turut mengandungi khasiat kalsium yang diperlukan oleh badan tetapi ianya senang diambil dan menjimatkan masa.




Ostematrix shaklee merupakan antara supplement kalsium yang bagus diamal sepanjang tempoh kehamilan, berpantang dan menyusu. 

Ostematrix Shaklee adalah pil kalsium yang sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil. 1 tablet Ostematrix shaklee bersamaaan dengan 400mg kalsium. Banyak bukan?? :)


“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

Secara amnya, kalsium yang ada didalam badan ibu akan diserap oleh bayi dalam kandungan bagi proses pembesarannya terutama untuk pembentukan tulang. Paling ketara ibu hamil akan mengalami kekurangan kalsium dihujung kehamilan iaitu di trimester ketiga. 
Kehilangan kalsium didalam badan dan tidak diganti akan menyebabkan ibu kehilangan gigi pada usia yang tidak sepatutnya dan mengalami masalah osteoporasis. 

Jadi ibu-ibu tidak boleh pandang ringan kesan kekurangan kalsium sewaktu hamil.

Dan pengambilan kalsium perlu diteruskan pada waktu berpantang kerana ibu-ibu perlu menyusukan bayi anda. 

Kalsium diperlukan untuk membantu merehatkan otot rahim. 

Jadi para wanita diluar sana yang sedang merancang untuk hamil, sedang hamil atau melahirkan anda digalakkan untuk memastikan pengambilan kalsium mencukupi samaada dalam bentuk makanan semulajadi ataupun pengambilan supplement seperti Ostematrix Shaklee.

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan

29/01/2015

Bahaya Anemia Sewaktu Hamil

Anemia atau kekurangan zat besi dikalangan ibu hamil perlu diberi perhatian serius. Ini kerana anemia akan mempengaruhi proses kehamilan anda. Kekurangan zat besi akan menghalang penghasilan hemoglobin. 

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Pada trimester pertama kehamilan, banyak darah merah digunakan bagi pembentukan janin. 
Zat besi mencukupi diperlukan sepanjang tempoh kehamilan bagi membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. 




Punca Anemia Semasa Mengandung.

1) Ibu hamil mengamalkan diet rendah zat besi seperti tidak makan sayuran hijau.

2) Jarak kehamila yang terdahulu dan sekarang terlalu dekat.

3) Hamil anak kembar.

4) Darah haid keluar terlalu banyak sebelum anda hamil.

5) Anda penghidap Thalassaemia

Risiko Anemia Sepanjang Kehamilan.

1) Berisiko bersalin awal dan melahirkan bayi pra-matang.

2) Perkembangan dan pembesaran bayi terbantut.

3) Bayi tidak mendapat bekalan oksigen mencukupi.

Bacaan hemoglobin melebihi 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9-11g/dl menunjukkan anemia ringan manakala7-8.9g/dl adalah bacaan anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 menunjukkan anemia tahap serius. 

Langkah pencegahan perlu diambil oleh ibu hamil bagi memastikan kandungan dalam kandungan sihat dan selamat.

Maka ibu mengandung digalakkan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, hati, sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun, krismis, tembikai dan tauhu. 

Pengambilan pil zat besi bersama vitamin C membantu penyerapan zat besi dalam badan. 

Mari kita tonton video di bawah tentang pengalaman seorang ibu hamil yang mempunyai masalah anemia. Setiap kali pregnant mesti kena anemia, asal anemia je mesti mengandung.

6 minggu sebelum tarikh due bersalin, hb akak nie masih bawah 9..Apa yang menarik dalam tempoh 2 minggu hb akak nie naik kepada bacaa 11..Apa yang akak ini amalkan???

Jom kita tonton video ini bersama-sama.



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Disini hani cadangkan supplement shaklee yang ibu hamil boleh amalkan untuk mengelakkan atau mengatasi masalah anemia.


Vitalea Shaklee - Mengandungi zat besi bagi membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan zat besi.

B-Complex Shaklee - Lengkap dengan asid folik yang mengandungi Vitamin B12 untuk mencegah anemia manakala Vitamin B5 & B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. 

Vitamin C Shaklee Sustained Release - Vitamin C membantu penyerapan zat besi lebih optimun. Vitamin C juga bagus untuk meningkatkan sistem imum ibu untuk mengelakkan jatuh sakit. 

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan

07/01/2015

Keputihan Ketika Hamil

Keputihan atau cecair lendir yang keluar daripada vigina ada pelbagai sifat dan berbeza-beza di antara setiap wanita.

Keputihan yang sihat biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Bersifat lendir dan tidak keras, sedikit berbau hanyir, tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan selagi tiada jangkitan bakteria. Jika berlaku perubahan warna atau rasa gatal pada vigina itu tandanya berlaku infeksi. 

Wanita hamil yang mengalami keputihan di panggil "leukorrhea". Ciri-cirinya adalah berwarna putih seperti susu, nipis dan sedikit berbau.




Wanita hamil yang mengalami masalah keputihan dilarang daripada :
  • Memakai tampon kerana ia menyebabkan kuma @ bakteria masuk ke dalam vagina.
  • "Dauche" kerana ia akan menganggu keseimbangan dan mengakibatkan infeksi pada vagina.
  • Elakkan memakai seluar dalam ketat, tuala wanita beraroma, "feminine hygiene spray" dan sebagainya yang mengganggu kesihatan vagina. 
ATASI MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL

Sebab utama ibu mengandung mengalami keputihan adalah kerana perubahan hormon yang dialami ketika hamil. Perubahan hormon ini akan menyebabkan kawasan sekitar faraj menjadi lebih mesra bakteria dan merangsang pertumbuhan kulat.

BAHAYA KEPUTIHAN SEWAKTU HAMIL

Jangkitan daripada bakteria dan kulat pada faraj boleh menyebabkan risiko kematian bayi dalam kandungan. Jadi ibu-ibu yang ada masalah keputihan jangan pandang ringan yeee!!!!!!!

BAWANG PUTIH ATASI MASALAH KEPUTIHAN SEWAKTU HAMIL


Garlic Complex Shaklee diperbuat daripada bawang putih premium yang ditanam secara organik di California, USA dan 100% bebas daripada racun serangga.

Garlic Shaklee dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa sebarang haba bagi memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih. Allisin mempunyai kelebihan sebagai antibakterian dan anti-kulat dan mempunyai sifat penyembuh.

Bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. 

Secara traditional bawang putih digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah lebih baik.

Jadi anda harus bijak memilih jenama Garlic dipasaran, kerana bukan semua garlic tablet dipasaran mengandungi Allisin aktif. 


Okey, sebarang pertanyaan atau pembelian anda boleh hubungi hani seperti di bawah ye ;)

Sehingga kita bertemu lagi di entry akan datang, InsyaAllah

************************************************************

Facebook : HANI HEALTH SHOP


SMS/ WHSP : 019.376.9503


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar
 
Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, 

Melor, Selising dan Pasir Puteh

Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.


16/11/2014

Pengambilan Omega 3 Rangsang Perkembangan Otak Bayi

Zaman sekarang makin maju, pelajaran makin ke depan. Sekarang rata-rata akan ada segulung Ijazah Sarjana Muda. Yang sambung Master pun ramai, sebab persaingan untuk tempatkan dialam pekerjaan sangat sengit.

Dulu kalau(tahun 90-an) ada budak-budak yang dapat 5A, dah popular 1 negara. Sekarang popular juga, tapi tak segairah dulu. Kenapa?? Sekarang ramai sangat yang pandai. 

Tapi bukan semua yang pandai, ada anak-anak yang susah nak fokus dalam kelas, susah nak menghafal. Bila ada masalah seperti ini, hani amat galakkan untukibu bapa berikan makanan tambahan kepada anak-anak supaya perkembangan minda diorang sihat dan sempurna.


Dan sebagai penyelesaian, Hani amat menggalakkan ibu hamil dan menyusu untuk mengamalkan pengambilan minyak ikan secara berterusan seawal kehamilan sehingga prose penyusuan bayi.

Sebelum kita bercerita lanjut mengenai manfaat minyak ikan buat bayi,jom kita tambah pengetahuan apa itu DHA,EPA dan lain-lain. Baru orang kata makan bukan secara memkhinzir buta :P

Apakah Asid Lemak(Omega 3) DHA-EPA Untuk Ibu Mengandung?

Omega 3 merupakan rantaian asid lemak poli tak tepu yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperolehi melalui diet seperti vitamin, supplement atau hidangan harian.

Asid Lemak Omega 3 DHA penting untuk mengurangkan risiko sakit jantung, sistem imum dan tindak balas keradangan.

DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama ibu mengandung, bayi dalam kandungan, dan ibu yang sedang menyusu. 
DHA juga berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran.

Kepentingan DHA-EPA/ Minyak Ikan bagi Ibu Mengandung.


Pengambilan Omega 3 DHA-EPA yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting seperti tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, fungsi ginjal, saluran penghadanam, radang dan tindak balas alergik, fungsi buah pinggang serta pengeluaran hormon lain. 

Dos omega-3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah ganguan emosi. Kajian terbaru mengenalpasti pengambilan dha-epa mengurangkan risiko sakit kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Wanita yang hamil dan menyus memerlukan pengambilan minyak ikan sebanyak 300mg DHA setiap hari kerana Omega 3 digunakan oleh janin dan bayi untuk perkembangan sarafnya.  

Menerusi kajian membuktikan pengambilan DHA dan EPA dalam diet ibu hamil/menyusu akan memberi kesan positif untuk perkembangan penglihatan dan keadaan anak. Kajian turut menunjukkan pengambilan Omega 3 boleh mengurangkan risiko alergik pada bayi. 

Bagi ibu hamil, pengambilan EPA dan DHA secara konsisten dapat mencegah kelahiran pra matang serta ,emurukan risiko pre eklammpsia sekaligus dapat meningkatkan berat bayi sewaktu dilahirkan. 
Kekurangan Omega 3 akan memberi risiko kemurungan kepada ibu hamil.

Dan buat ibu-ibu yang tercari jenama minyak ikan terbaik dipasaran, saya cadangkan ibu-ibu untuk mecuba OMEGA GUARD SHAKLEE.

Ini kerana OMEGA GUARD melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.Kebanyakan minyak ikan yg terdapat di pasaran hanya menggunakan sekali shj penyulingan kerana jika 3 x kosnya agak tinggi namun shaklee shj yg mampu beri yg terbaik dgn harga yg mampu milik pd pengguna



Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana dihati kandungan toksik tinggi. Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies.

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.


Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??

Facebook : HANI HEALTH SHOP

SMS/ WHSP : 019.376.9503

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.





23/07/2014

Tip Perjalanan Jauh Untuk Wanita Hamil

Balik kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga tercinta memang sangat di nanti-nantikan, terutama mereka yang tinggal di perantauan. Tapi dilema ibu yang sedang sangat hamil dan hampir ke tarikh due adalah faktor keselamatan dan risiko di sepanjang perjalanan. Terutama mereka yang melakukan perjalanan jauh seperti dari Johor pulang ke Kelantan. Memang lebih daripada 7jam berada dalam kenderaan sahaja, kalau jalan lancar. Tapi lumrah bila musim perayaan, semua lebuhraya akan mengalami kesesakan lalu lintas. Jadi di sini hani nak share sedikit tips berguna buat ibu-ibu di luar sana yang pertama kali balik beraya sebagai bakal seorang ibu.


Seeloknya ibu yang sudah memasuki 36week tidak digalakkan untuk membuat perjalanan jauh yang memakan masa berjam-jam. Lag-lagi sekiranya perjalanan anda akan melalui jalan yang tidak rata. Perjalanan yang jauh akan mendedahkan kepada kelahiran pra matang.  Tapi sekiranya anda terpaksa juga menempoh temph perjalanan yang panjang, pastikan anda utamakan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan.

Tip Memulakan Perjalanan Jauh Buat Ibu Hamil
1) Dapatkan nasihat daripada Doktor. Berbincang dengan doktor tentang tahap kesihatan anda dan perjalanan pulang ke kampung. Kebiasaannya doktor akan berikan vitamin untuk lebih tenaga.

2) Bawa Bekal. Pastikan anda mempunyai bekalan makanan dan minuman yang mencukupi sepanjang perjalanan. Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Elakkan membeli makanan di premis luar.

3) Berhenti di RnR. Cari hentian yang mempunyai kemudahan lengkap seperti tandas, surau, tempat makan.

4) Posisi Dalam Kenderaan. Pastikan posisi anda dalam keadaan selesa dan bebas untuk bergerak. Elakkan silang kaki di sepanjang perjalanan, dan pastikan anda membuat senaman ringkas kaki seperti menggerakkan jari kaki supaya perjalanan darah lancar.

5) Bantal dan Selimut. Pastikan punggung dan belakang badan mempunyai bantal kecil. Selimut akan menolong ibu hamil tidur dengan lebih lena

6) Pakai stoking khas yang menggalakkan peredaran darah. Stoking jenis ini banyak terdapat di pasaran.

7) Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan penyerapan peluh.

Yang paling penting bawa sekali buku merah dan barang keperluan bayi. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Dan yang penting cari maklumat sebanyakkan mungkin hospital yang ada sepanjang perjalanan anda. 

Buat ibu yang tercari-cari vitamin untuk temph kehamilan, anda boleh mencuba Set Kehamilan Shaklee. Set ini membantu anda dapatkan keperluan nutrisi yang mencukupi buat bayi dan ibu serta memberi tenaga untuk elak ibu lemah dan cepat penat. 

27/05/2014

Legakan/Rawat Pening Kepala dengan Shaklee

Apa Ubat Terbaik Untuk Atasi Masalah Pening Kepala Ibu Hamil/Mengandung?



Ini merupakan soalan umum yang sering di tanya, lagi-lagi ibu muda yang kali pertama mengandung. Pasti akan sedikit risau untuk makan sebarang ubat-ubatan kerana takut beri kesan negatif kepada bayi. Anda yang takut buka PARANOID,tapi kerisauan anda sangat berasas. Ini kerana pengambilan ubat yang tidak di pantau di khuatari akan memberi kesan kepada janin yang sedang di kandung. 

Sewaktu hamil keadaan dan keupayaan tubuh menurun. Hormon badan turut berubah. Sebab itu sepanjang tempoh kehamilan, ibu sangat digalakkan untuk makan makanan yang berzat dan bernutrisi. Selain untuk tenaga ibu, bayi dalam kandungan turut memerlukan zat dan khasiat untuk proses pembesaran.

Dengan produk shaklee, ibu hamil/mengandung mampu melegakan sakit kepala dengan cara selamat dan berkesan 

  • Kandungan B2(Riboflavin) dan B6(Pyridoxine) telah terbukti berkesan untuk membantu mengurangkan kesakitan pening kepala/migrain. Ia turut memastikan kesihatan saraf dalam keadaan baik dan meredakan sakit kepala, tekanan,kemurungan, dan insomnia.
  • Supplement B-Complex Shaklee yang lengap turut bagus kerana mengandungi asid folik yang sangat bagus untuk ibu hamil.


Kenapa Asid Folik Penting?
  1. Terdapat kajian menunjukkan Asid Folik penting untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan.
  2. Seeloknya Asid Folik di ambil oleh bakal ibu 3 bulan sebelum mengandung.
  3. Mampu menghindarkan kecacatan bayi yang dikenali "Neural Tube Defect" atau NTD. Pertambahan Asid Folik mampu cegah kecacatan ini  50%-70%.
  4. Asid Folik penting untuk pembinaan sel otak,tulang belakang,organ,kulit. Di Amerika Syarikat telah dijalankan kempen bagi memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.
Cara makan :
1biji sehari selepas makan

Ingat, apa yang ibu makan dan minum akan menjadi sumber nutrien untuk bayi dalam kandungan. Sekiranyan anda ingin membuat pilihan bijak dengan mengamalkan produk shaklee, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan harga dan info yang lebih lanjut.

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.

Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503

ID:987331 - SITI NURANI YAACOB

FACEBOOK PAGE : Hani Health Shop

FACEBOOK: Nurani Yaacob

Penghantaran / COD di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh