Balik kampung halaman untuk menyambut perayaan bersama keluarga tercinta memang sangat di nanti-nantikan, terutama mereka yang tinggal di perantauan. Tapi dilema ibu yang sedang sangat hamil dan hampir ke tarikh due adalah faktor keselamatan dan risiko di sepanjang perjalanan. Terutama mereka yang melakukan perjalanan jauh seperti dari Johor pulang ke Kelantan. Memang lebih daripada 7jam berada dalam kenderaan sahaja, kalau jalan lancar. Tapi lumrah bila musim perayaan, semua lebuhraya akan mengalami kesesakan lalu lintas. Jadi di sini hani nak share sedikit tips berguna buat ibu-ibu di luar sana yang pertama kali balik beraya sebagai bakal seorang ibu.
Seeloknya ibu yang sudah memasuki 36week tidak digalakkan untuk membuat perjalanan jauh yang memakan masa berjam-jam. Lag-lagi sekiranya perjalanan anda akan melalui jalan yang tidak rata. Perjalanan yang jauh akan mendedahkan kepada kelahiran pra matang. Tapi sekiranya anda terpaksa juga menempoh temph perjalanan yang panjang, pastikan anda utamakan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan.
Tip Memulakan Perjalanan Jauh Buat Ibu Hamil
1) Dapatkan nasihat daripada Doktor. Berbincang dengan doktor tentang tahap kesihatan anda dan perjalanan pulang ke kampung. Kebiasaannya doktor akan berikan vitamin untuk lebih tenaga.
2) Bawa Bekal. Pastikan anda mempunyai bekalan makanan dan minuman yang mencukupi sepanjang perjalanan. Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi yang lengkap dan seimbang. Elakkan membeli makanan di premis luar.
3) Berhenti di RnR. Cari hentian yang mempunyai kemudahan lengkap seperti tandas, surau, tempat makan.
4) Posisi Dalam Kenderaan. Pastikan posisi anda dalam keadaan selesa dan bebas untuk bergerak. Elakkan silang kaki di sepanjang perjalanan, dan pastikan anda membuat senaman ringkas kaki seperti menggerakkan jari kaki supaya perjalanan darah lancar.
5) Bantal dan Selimut. Pastikan punggung dan belakang badan mempunyai bantal kecil. Selimut akan menolong ibu hamil tidur dengan lebih lena
6) Pakai stoking khas yang menggalakkan peredaran darah. Stoking jenis ini banyak terdapat di pasaran.
7) Pakai pakaian yang longgar dan selesa serta mempunyai fabrik yang memudahkan penyerapan peluh.
Yang paling penting bawa sekali buku merah dan barang keperluan bayi. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Dan yang penting cari maklumat sebanyakkan mungkin hospital yang ada sepanjang perjalanan anda.
Buat ibu yang tercari-cari vitamin untuk temph kehamilan, anda boleh mencuba Set Kehamilan Shaklee. Set ini membantu anda dapatkan keperluan nutrisi yang mencukupi buat bayi dan ibu serta memberi tenaga untuk elak ibu lemah dan cepat penat.
No comments:
Post a Comment