20/07/2014

Kunfayakun

Ramadhan kali ini cepat sangat berlalu. Hampir tak sedar kita sudah melepasi 10 malam terakhir. Jangan kita terlepas untuk memanfaatkan malam Lailatul Qadar, ALLAH s.w.t menjanjikan pahala yang berlimpat ganda dan setiap doa serta permintaan kita di makmulkan. Aminnn.

Menghampiri 10 Raradhan terakhir, negara kita sekali lagi di uji dengan tragedi yang sunggunh menyayat hati. Kapal terbang MAS17 telah ditembak di sempadan Ukraine. Ya Allah bertimpa-timpa ujian dan teguran untuk kita rakyat malaysia. Selepas pesawat MAS MH370, hilang dari radar lebih kurang 4 bulan yang lepas, tapi sehingga sekarang belum di temui. Apa-apa pun setiap perkara ada hikmah tersembunyi. Allah s.w.t tak kan menzalami hambanya tanpa asbab. Kita yang masih hidup perlu teruskan hidup seperti biasa. 

Perkara yang melalaikan kita,perlulah kita perbetulkan. Baiki diri untuk sentiasa bersedia di jemput ajal. Sesungguhnya mati itu pasti, BILA? BAGAIMANA dan DIMANA itu rahsiaNYA.

Dalam negara bersedih dengan pesawat MH17 yang di tembah, nasib saudara-saudara islam di bumu Gaza, Palestina terus di uji. Di bedil siang dan malam, seolah-olah nyawa mereka tiada harga. Pemimpin-peminpin Islam yang besar dan berkuasa pun tidak mampu berjuang untuk saudara islam. Jadi kita selaku umat islam perlu lah boikot produk yang menyumbang keuntungan buat orang ISRAEL. Berhentilah menggunakan produk yang menyebabkan saudara-saudara kita di bunuh. Sesungguhnya setiap amal kebaikan dan perkara kita akan dihisab olehNYA. 



No comments:

Post a Comment