Sebenarnya jarang hani dengan orang ada masalah kencing tak lawas. Bila ada customer yang sms tanya produk shaklee untuk kencing tak lawas terus macam errr, stuck kejap, heheh. Terus lah tak tercapai dek akal kencing tak lawas macam mana, kan kencing senang je..Rasa nak kencing terus sshhhhhhh :P
Jadi dengan niat ingin membantu lebih ramai dan menjadi pengedar shaklee bertauliah yang tahu tentang kebaikan tentang produk terus hani google. Tapi entry kali ini hani share cara nak mencegah dan merawat masalah susah nak kencing, dan kalau tahan kencing lagi sakit. Haiiih gerun mak mendengarnya.
Okey,sebelum itu kita kena kenalpasti punca atau bagaimana kencing tak lawas boleh terjadi. Yang pertama, kurang minum air. Memang susah kita nak ajar untuk sekurang-kurangnya sehari minum 2liter air kosong sehari. Kalau tengok orang cina, rasa-rasanya sehari diorang minum 3-5liter air sehari. Patutlah kulit diorang halus dan licin. Toksik tak sempat nak berkumpul dalam badan. Yela, air kosong kan bantu toksik disingkir dengan lebih cepat melalui peluh dan air kencing.
Yang kedua, tabiat menahan kencing. Selalu dengar kalau kita tahan kencing akan ada masalah batu karang. Sebelum muncul penyakit batu karang, korang akan lalui masalah kencing tak lawas dulu.
Jadi selepas ini, kalau rasa nak ke toilet cepat-cepat je pergi. Buat apa nak simpan toksid lama-lama dalam badan. Lagi mengundang bahaya adalah daripada beri kebaikan.
Petua atasi kencing tak lawas.
- Rebus beberapa helai daun sireh dan minum airnya 2 kali sehari.
- Minum air terakhir basuhan beras. Simpan 1 gelas daripada air basuhan gelas dan minum selepas makan.
- Minum jus nenas. Caranya ambik nanas yang hampir masak dan potong halus. Kisarkan bersama 2 gelas air.
- Untuk legakan sakit kencing tak lawas, anda boleh rebus sedikit bali sehingga kembang dan minum airnya. Bali juga berupaya menyejukkan badan. Sesuai untuk mereka yang deman.
Ini sedikit tips traditional untuk merawat masalah kencing kotor. Tapi bagi hani, mencegah itu lebih baik. Nak cegah macammana?? Banyakkan minum air kosong dan elakkan tahan rasa nak ke tandas.
No comments:
Post a Comment