Showing posts with label sembelit. Show all posts
Showing posts with label sembelit. Show all posts

21/01/2018

Testimoni Ostematrix Untuk Masalah Sembelit

Dalam Set Berpantang dan Bersalin Shaklee mesti akan ada si Ostematrix. Bukan sahaja sepanjang tempoh kehamilan si ibu kena amalkan Pil Kalsium Ostematrix nie, tapi semasa berpantang pun boleh amalkan.

Hani ada pengalaman dapat urgent customer yang nak Ostemtarix nie, nasib baik ada stok. Terus customer ini beli 2 botol. Waktu Hani hantarkan Ostematrix ini di kawasan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu (HRPZ2) akak nie sebenarnya dari Perak dan tertinggal stok Ostematrix dia di Perak. Kuat sungguh penangan Ostematrix ini.

Apa yang best sangat tentang Ostematrix ini sampai ada yang tak boleh skip?

Untuk mereka yang ada masalah sembelit/buasir, Ostematrix sangatlah membantu dalam proses pembuangan air besar.


Bagaimana Ostematrix Membantu Masalah Sembelit?


Ostematrix adalah vitamin kalsium, magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Kebanyakan pil kalsium tidak selengkap pil kalsium shaklee. Ada pil kalsium yang hanya mengandungi semata-mata kalsium tanpa kehadiran magnesium.  

Fungsi Magnesium didalam Ostematirix adalah membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dan membantu melembutkan najis.

Fungsi Magnesium Untuk Elak Sembelit.


  • Magnesium membantu melegakan otot dalam usus - menyebabkan otot usus menjadi lembut dan mengelakkan sembelit
  • Mangnesium juga membantu menarik air ke dalam usus - membantu melembutkan najis.



Ostematrix Membantu Mengatasi Masalah Sembelit




Ostematrix Bantu Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan






PM Admin : Cantik & Sihat

WHatapps / Telegram : 013.943.7330 


Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kota Bharu dan kawasan sekitar, pihak kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran Vitamin Shaklee ke tempat anda.


Antara kawasan yang kami sediakan khidmat COD (Charge or Delivery ) adalah Kota Bahru, Wakaf Bahru, Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh, Pasir Hor, Lundang, Kubang Kerian, Peringat, Pasir Tumboh, Melor, Selising & Pasir Puteh.

10/12/2014

Mengatasi Masalah Sembelit Sewaktu Hamil & Berpantang


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Masalah sembelit atau susah nak membuang air besar memang menjadi trauma. Lagi-lagi buat ibu yang sedang berpantang atau tengah hamil. Yang tengah berpantang takut terkoyak jahitan kalau tersalah meneran kuat. Yang tengah sarat tunggu hari dah takde tenaga nak push sewaktu membuang air besar. Jadi apa yang kita boleh lakukan untuk mengatasi masalah sembelit sepanjang tempoh berpantang atau mengandung. 

Walaupun  hampir 30-40% wanita hamil dan di awal tempoh berpantang mengalami masalah sembelit, anda tidak seharusnya meletakkan diri anda dalam golongan tersebut. Seksa sangat kalau sembelit. Hani sendiri pernah alami.

Kalau tak salah hani, kali pertama hani kena sembelit waktu form 1 or 2.. Walau dah lebih 10 tahun, rasa trauma sebab sembelit still ada. Sakit dia tue seminggu boleh rasa lagi. Taubat, ku dah tak nak ada pengalaman susah nak membuang,huhu


Sembelit Lepas Bersalin, Bahaya Ke???

Paling kita takut bila sembelit ketika berpantang adalah jahitan akan terbuka. Kebanyakan ibu akan merasa lebih trauma untuk jahitan kali kedua. 

Apa yang kita risaukan apabila sembelit adalah takut melarat kepada buasir. 

CARA ATASI SEMBELIT SEMASA DALAM PANTANG

1) Amalkan pemakanan yang teratur
Banyakkan pengambilan makanan berserat dan tinggi fiber seperti makan buah-buahan dan oat. Oat sangat membantu untuk elak masalah sembelit

2) Cecair membantu najis menjadi lembu dan senang untuk dilepaskan. Cuaca dalam hospital yang panas, kadang-kadang buat kita terhidrat tanpa kita sedar. Selain itu cecai yang mencukupi membantu penghasilan susu ibu. 

3) Rajinkan berjalan.
Duduk atau tidur dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah sembelit menjadi lebih serius.

4)Jangan Berlengeh
Amboii, ingat nak makan je jangan berlengeh heheh. Kalau rasa nam membuang air besar jangan tahan, tapi terus ke tandas. 

5) Amalkan pemakanan tambahan atau supplement. Shaklee menawarkan produk untuk membantu anda atasi masalah sembelit sewaktu tempoh berpantang atau hamil.

Antara yang selamat untuk dimakan oleh ibu yang sedang menyusukan bayi adalah Alfafa Complex dan Ostematrik.

Alfafa Complex :
  • Sebagai milkbooster untuk ibu.
  • Sebagai agen kacip fatimah,berfungsi merapatkan miss v dan mengecutkan rahim dengan cepat. 
  • Membantu untuk lebih lawas sewaktu membuang, juga bertindak sebagai agen detok yang membuang segala toksin dan mencuci darah kotor dalam badan.
  • Atasi masalah miss V dari bau yang kurang menyenangkan.
  • Mengurangkan bacaan kuning bayi.
  • Atasi masalah keputihan selepas darah nifas kering. 




  • Sebagai sumber kalsium, wanita menyusu memerlukan lebih kalsium kerana mereka berkongsi kalsium dengan bayi. Kalsium yang mencukupi bantu perkembangan tulang,gigi dan tulang yang sihat.
  • Melembutkan najis untuk elak masalah sembelit.
  • Mengurangkan lenguh-lenguh badan,sakit belakang sewaktu berpantang.
  • Bantu penghasilan susu ibu.
  • Bantu penghasilan darah yang telah banyak hilang sewaktu proses bersalin.


Ini antara testimoni pengguna yang menggunakan Set Berpantang Shaklee dan mampu menyembuhkan masalah buasir beliau.




Okey, sebarang pertanyaan atau pembelian anda boleh hubungi hani seperti di bawah ye ;)

Sehingga kita bertemu lagi di entry akan datang, InsyaAllah

************************************************************

Facebook : HANI HEALTH SHOP

SMS/ WHSP : 019.376.9503

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.


30/10/2014

Kebaikan dan Manfaat Herblax Shaklee

Sebelum close deal produk dengan bakal pelanggan, hani suka borak-borak kosong dulu.

Contoh kalu customer whsp "

"Akak, saya nak beli herb lax -1.Bagi no akaun maybank ye"

Dalam hati urut dada, Alhamdulilah di temukan dengan pelanggan yang tak banyak songgeh. Eh, yang suka bertanya pun boleh beli atau tanya dengan saya. Setakat nie tak pernah lagi saya marah or sound orang yang banyak tanya tapi tak beli pun.

Kenapa nak marah bila orang tak beli??
Dah tentu-tentu Allah s.w.t. dan tulis itu BUKAN rezeki saya. Berlapang dada dan fikir positif.

Amboii, mukadimmah harinie terbagi ayat motivasi, hehhe

Okey, berbalik kepada cerita herb lax, bila customer nak beli saya akan tanya "Kenapa nak beli herb lax? Boleh saya tahu masalah awak apa?


Jadi customer saya pun berceritalah masalah beliau yang susah nak membuang. Masalah ini dah lama, sejak dulu, zaman dia sekolah lagi. Tapi dulu kesedaran nak jaga kesihatan tak datang. Saya namakan pelanggan saya sebagai Marsha(bukan nama sebenar)

Marsha fikir masalah susah membuang mungkin berpunca dari dia juga yang tak suka makan buah-buahan, minum air. 

Tapi sampailah satu hari ayah marsha disahkan mempunyai kanser usus, dan perlu di bedah. Lepas jalani pembedahan ayah marsha perlu jalani rawatan kemoterapi. MasyaAllah bertimpa-timpa ujian. Sakit lepas pembedahan tak hilang lagi dan kena jalani rawatan kimoterapi.

Jadi, apa kaitan herb lax dan kanser usus??



Boleh rujuk entry ini untuk kaitan masalah usus dan kesihatan anda. 

Secara ringkas Herb lax berfungsi untuk mencuci kotoran dalam usus anda.

Apa kandungan yang ada dalam herb lax sehinggan mampu mencuci usus anda dengan sempurna?

Dalam herb lax mengandungi 9 jenis herba. Antaranya adalah :

>> Senna leaf powder : Merawat sembelit, menyokong kesihatan pergerakan usus dan mencuci usus.

>>  Rhubard root powder : Melegakan sembelit, menyihatkan usus besar, hati dan ginjal

>> Alfafa leaf powder : Merawat sakit yang melibatkan sistem pencernaan, dan perkhumuhan oleh buah pinggang.

>> Anise seed powder : Menggalakkan sistem penghadaman, mengeluarkan gas atau angin dalam badan, mengurangkan loya, menggalakkan sistem pernafasan dan mengurangkan batuk.

Siapa yang Sesuai Makan Herblax:

1) Mereka yang mempunyai masalah sembelit/buasir/susah hendak buang air besar.

2) Pesakit gout

3) Mereka yang mempunyai masalah toksin dalam badan seperti muka berjerawat, mesalah resdung,alergik

4) Mereka yang ingin amalkan makanan tambahan, digalakkan membersihkan usus. Herblax adalah jawapannay, bukan minum bahan peluntur ye. ;)

Fungsi Herblax secara keseluruhan:

1) Membersihkan najis yang tersekat dalam usus.

2) Mengempiskan perut, yeaaaa Hani rasainya sendiri.

 3) Merangsang usus supaya mempercepatkan proses pembersihan secara lembut pada najis yang tersekat atau terperam lama dalam usus. 


Cara Makan Herblax yang betul adalah :

Makan 4biji sebelum makan untuk kesan optimun. Dan herb lax bertindak 8-12jam selepas pengambilannya.
Jadi hani cadangakn korang makan herb lax sebelum tidur, dan bangun pagi esok boleh membuang dengan lancarnya.

Elakkan makan herblax sewaktu menempuh perjalanan jauh, bimbang korang rasa nak membuang sewaktu tengah hihghway. Mana pulak nak cari toilet :P

Inilah secara ringkas kebaikan dan manfaat herblax untuk pengetahuan korang. Yang takde masalah pelawasan pun boleh makan herblax. Takde masalah, cuma kalau ada masalah kesihatan hani prefer korang berbincang dengan doktor dulu sebelum makan apa-apa jenis vitamin atau makanan tambahan.

Hokeyyy, byeee :)

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.


Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??

Facebook : HANI HEALTH SHOP

SMS/ WHSP : 019.376.9503

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.


24/07/2014

Atasi Masalah Sembelit Dikalangan Bayi dan Kanak-kanak

"Anak saya hampir seminggu tidak buang air besar"

"Anak saya mesti menangis setiap kali ke tandas"

"Saya risau la tengok anak najis anak saya yang keras"


Ini antara soalan yang sentiasa di tanya oleh seorang ibu. Risau jika anak beliau mempunyai masalah untuk buang air besar. Lagi-lagi buat bayi yang tidak pandai hendak mengaku sakit bila terkena sembelit. 

Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi boleh di cegah dengan memastikan mereka minum air yang cukup dan makan serat secukupnya. 

Simptom @ Tanda-tanda Sembelit. 

Buat bayi yang berusia kurang daripada 3bulan, masalah sembelit kurang berlaku walau bayi sudah mula minum susu formula.

Bayi akan menangis dan kelihatan tidak selesa menandakan bayi anda mempunyai masalah untuk buang air besar. Sekiranya bayi mengeluarkan najis pejal kurang daripada sekali sehari, kebiasaannya bayi anda sembelit. 

Bagi bayi yang berusia 6bulan ke atas dan telah mula makan makanan pejal, antara gejala yang boleh dikenali pasti adalah : 

  • meragam, sakit abdomen dan gastrik;
  • abdomen yang keras;
  • sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
  • najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
  • najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.

Atasi Masalah Sembelit Anak-Anak
  • Minum air kosong secukupnya dan makan makanan berserat. Kuantiti air akan berubah mengikut keperluan tubuh dan berat kanak-kanak.
  • Sediakan jadual makan yang teratur yang mengandungi semua keperluan serat oleh tubuh.
  • Mengajar anak-anak untuk ke tandas. 
  • Kurangkan pengambilan makanan yang sebabkan sembelit
Sekiranya langkah untuk atasi masalah sembelit masih tidak berhasil, segeralah bawak anak anda berjumpa doktor. Dan sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak untuk buang air besar. Beri kata-kata semangat dan pujian sekiranya anak anda dapat meneran najis dengan baik.

Tapi bukan senang nak ajar anak makan buah-buahan dan serat dengan banyak setiap hari. Lagi-lagi mereka yang sedang membesar sangat cerewat dalam memilih makanan. Jadi mommies di luar sana tak perlu risau sebab anda boleh cuba makanan tambahan daripada shaklee untuk bantu atasi masalah sembelit anak-anak.



-membekalkan lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting.Sumber yang kaya kalsium,fiber & protein.

-menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik
-mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang perlu & yang tidak perlu.

Cara Untuk Dapatkan/Beli MEALSHAKE  Shaklee?
_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_


Untuk urusan pembelian dan pertanyaan produk, boleh hubungi hani ye :)


*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.

Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503
ID:987331 - SITI NURANI YAACOB
FACEBOOK PAGE : Hani Health Shop
FACEBOOK: Nurani Yaacob

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex


06/05/2014

Detok: Kepentingan menyingkir Toksin Dalam Badan

"Badan yang sihat bermula dengan Usus yang bersih".

Apa yang dimaksudkan dengan usus bersih? Bersih semestinya perlu dicuci kan. Cuma tengok keadaan rumah kita yang tidak dijaga dengan sempurna, dalam 1 tempat boleh jumpa pelbagai barang dari sekecil-kecil benda seperti jarum peniti, mainan anak-anak, baju yang bertimbun..Ini tak termasuk lagi sampah sarap.

Begitu juga dengan usus kita perlu proses pembersihan atau proses nyah toksin yang berbahaya dalam badan. 

Ramai antara kita yang masih mengamalkan prinsip "hidup untuk makan" tanpa sedar bahayanya makanan terhadap tubuh kalau tidak di kawal secara betul.

Apa itu Toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja, dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.



Apa Maksud Proses Detok @ Nyahtoksin?

Detoks merupakan proses membersihkan usus dari segala toksin,lemak, dan lendir yang melekat pada dinding usus dan akan dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 
Apabila dinding usus bersih, baru badan dapat menyerap segala nutrien dan nutrisi pada tahap optimum. 
Sebab itu, proses detok amat ditekankan sebelum kita mengambil sebarang bentuk vitamin ataupun supplement. 


Punca Toksin Berkumpul Dalam Badan?
  • Udara : Udara yang tidak sihat seperti pembebasan asap dari kilang-kilang, kenderaan, bahan kimia dan beracaun yang ada dalam udara akan disedut kedalam badan sewaktu kita menarik nafas. 
  • Dehidrasi / Malnutrisi: Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem badan manusia.
  • Ubatan : Ubat-ubatan sintetik dan vaksin boleh menyumbang kepada pertambahan toksin dalam badan. Ini kerana kebanyakan ubatan sintetik tidak dapat di cerna 100% oleh badan. 
  • Makanan : makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. 
Kesan Toksin Kepada Tubuh
Terjadi pelbagai jenis penyakit seperti kanser,migrain,obesiti,masalah enyakit kulit dan sebagainya. Hampir 90% disebabkan toksin yang ada dalam tubuh kita. 
Didalam sistme fisiologi tubuh, apabila seseorang sakit, badan akan berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang yang menghalang sistem tubuh. 
Toksin yang berada disaluran darah akan dibawa ke pelbagai organ dan akan merosakan organ tertentu. 

Antara penyakit oleh tindak balas toksin adalah :

  • Penyakit Kulit
    Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, bisul dan lain-lain.

  •  Tumor
    Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.
  • Demam
    Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
  • Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
    Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi.
    Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

Langkah Untuk Detok / Singkirkan Toksin 
  • Puasa : Rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detok.
  • Detok Hati : Rangsang hati untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara kurangkan pengambilan kaffein, alkohol,garam,gula, makanan di proses dan sebagainya. 
  • Detok Sistem Penghadaman : Ambil makanan yang tinggi fiber(serat) seperti sayuran dan buahan segar, gandum,oat,alfafa, jus limau dan barli.
  • Detok melalui Kulit : Minum air yang ditapis dengan kerap, bersenam supaya peluh keluar,dan bersauna atau mandi wap.
Nak Detok Cara Senang dengan Supplement Shaklee



Alfafa Complex: (Detok Seluruh Tubuh)
Herba pelbagai nutrisi dan glamour di gelar sebagai "Raja segala Tumbuhan".Membantu proses detok hati,usus,darah. Mempunyai kepekatan alkali yang tinggi dan membantu meneutralkan asid dalam badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol, bantu rawat masalah penghadaman dan lain-lain lagi.

DTX Complex(Detok Hati)
Campuran 6 herba terkenal untuk kesihatan hati. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detok,melindungi toksin dari hati dan merawat masalah hati. 

Garlic(Detok Darah)
Dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary dan spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun badan.

Herb Lax(Detok Usus)
Gabungan 9 jenis herba semulajadi seperti daun alfafa,daun jati cina(senna) dll. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal,membantu pergerakan semulajadi usus dengan cara merangsang pengecutan otot usus dan membolehkan sisa-sisa najis yang terperangkap keluar dengan cepat tanpa memerangkap toksin dalam kolon. Ia turut  melegakan sembelit yang boleh menyebabkan buasir. 

Bagaimana Membeli produk shaklee dengan harga promosi?

Anda boleh mendaftar sebagai ahli shaklee. Yuran sebanyak RM65.00 untuk seumur hidup, tidak perlu memperbaharui keahlian anda setiap tahun.
Bila dah bergelar ahli, secara automatik puan layak membeli semua produk shaklee dengan harga ahli. Pasti seronok menikmati penjimatan sehingga 25% .
Kalau ada sekeping hati yang cekal, Puan boleh memulakan perniagaan tanpa perlu keluarkan modal yang besar.

Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.
Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503

ID:987331

FACEBOOK PAGE : Hani Health Shop

FACEBOOK: Nurani Yaacob

Penghantaran / COD di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh