29/01/2015

Bahaya Anemia Sewaktu Hamil

Anemia atau kekurangan zat besi dikalangan ibu hamil perlu diberi perhatian serius. Ini kerana anemia akan mempengaruhi proses kehamilan anda. Kekurangan zat besi akan menghalang penghasilan hemoglobin. 

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Pada trimester pertama kehamilan, banyak darah merah digunakan bagi pembentukan janin. 
Zat besi mencukupi diperlukan sepanjang tempoh kehamilan bagi membantu mengekalkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. 




Punca Anemia Semasa Mengandung.

1) Ibu hamil mengamalkan diet rendah zat besi seperti tidak makan sayuran hijau.

2) Jarak kehamila yang terdahulu dan sekarang terlalu dekat.

3) Hamil anak kembar.

4) Darah haid keluar terlalu banyak sebelum anda hamil.

5) Anda penghidap Thalassaemia

Risiko Anemia Sepanjang Kehamilan.

1) Berisiko bersalin awal dan melahirkan bayi pra-matang.

2) Perkembangan dan pembesaran bayi terbantut.

3) Bayi tidak mendapat bekalan oksigen mencukupi.

Bacaan hemoglobin melebihi 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9-11g/dl menunjukkan anemia ringan manakala7-8.9g/dl adalah bacaan anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 menunjukkan anemia tahap serius. 

Langkah pencegahan perlu diambil oleh ibu hamil bagi memastikan kandungan dalam kandungan sihat dan selamat.

Maka ibu mengandung digalakkan meningkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, hati, sayuran hijau, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun, krismis, tembikai dan tauhu. 

Pengambilan pil zat besi bersama vitamin C membantu penyerapan zat besi dalam badan. 

Mari kita tonton video di bawah tentang pengalaman seorang ibu hamil yang mempunyai masalah anemia. Setiap kali pregnant mesti kena anemia, asal anemia je mesti mengandung.

6 minggu sebelum tarikh due bersalin, hb akak nie masih bawah 9..Apa yang menarik dalam tempoh 2 minggu hb akak nie naik kepada bacaa 11..Apa yang akak ini amalkan???

Jom kita tonton video ini bersama-sama.



Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Disini hani cadangkan supplement shaklee yang ibu hamil boleh amalkan untuk mengelakkan atau mengatasi masalah anemia.


Vitalea Shaklee - Mengandungi zat besi bagi membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan zat besi.

B-Complex Shaklee - Lengkap dengan asid folik yang mengandungi Vitamin B12 untuk mencegah anemia manakala Vitamin B5 & B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. 

Vitamin C Shaklee Sustained Release - Vitamin C membantu penyerapan zat besi lebih optimun. Vitamin C juga bagus untuk meningkatkan sistem imum ibu untuk mengelakkan jatuh sakit. 

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan

No comments:

Post a Comment