30/01/2015

Rahsia Jutawan Dr. Azizan Osman

Alhamduliah, harinie(30-1-2015) hani dapat hadirkan diri ke Seminar Kuasai Potensi Diri anjuran Richworks. Seminar ini di kelola oleh Dr Azizan Osman. Sebelum hadir ke seminar ini, hani saya pun berbelah-bahagi. Ini kerana saya pernah terbaca tulisan yang mengatakan Dr.Azizan Osman seorang penipu.

Biasalah sebagai manusia biasa kita lebih tertarik kepada benda-benda negatif. Tapi untuk kali ini saya cuab berfikiran positif. Dalam minda saya, saya perlu pergi dengar sendiri baru boleh nilai sejauh mana Dr.Azizan menipu orang ramai.



Jejak je kaki ke Kelantan Trade Centre, saya dah terasa aura Dr.Azizan. Sambil menunggu seminar bermula kami disajikan dengan video anak-anak didik Dr.Azizan yang telah berjaya. Antarnya adalah mereka yang pernah gagal,bangkit untuk berusaha, mereka yang mencari makna hidup yang sebenar-benarnya. Yang paling penting mereka berusaha untuk menjadi kaya dan berjaya dunia dan akhirat.



1 dewan memang penuh, siap ada yang bersila sebab tak cukup kerusi. Bukan sahaja bersila, ada yang berdiri sepanjang program berlangsung sebab memang tak cukup ruang. Betapa ramai yang ingin menjadi insan luar biasa dan berjaya. Sepanjang program ini memang banyak input berguna yang hani peroleh.

Apa yang penting kita kena tahu potensi diri kita. Kenapa manusia dicipta. Kenapa kita dilahirkan didunia ini. Setiap ciptaan-NYA adalah supaya kita mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang disekeliling kita. 



Antara kunci untuk berjaya adalah Kenal erti Bahagia. Cara untuk bahagia sangat senang iaitu bersyukur, sentiasa berusaha untuk membahagiakan orang-orang disekeliling kita, dan tenangkan diri.

Skop bersyukur sangat meluas. Syukur yang paling besar adalah sampai kesaat ini kita masih diberi peluang untuk hidup. Alhamdulilah..Tubuh badan yang sihat dan sempurna. Syukur andai kita masih punyai keluarga bahagia, mak ayah yang masih sihat, kawan-kawan yang baik dan diberi peluang untuk mencari rezeki dengan aman.

Apa yang penting untuk berjaya kita kena usahakan apa yang kita ada. Sebagai contoh andai sekarang anda sedang jual produk kuruskan badan. FOKUS kepada produk itu sahaja. Jangan sibuk nak kejar kedai sebelah anda jual apa. 

Jadi hani rasa korang tak perlu was-was untuk sertai seminar yang Dr.Azizan anjurkan sebab banyak ilmu yang korang akan dapat. 

Yang penting korang jangan MALAS, sebab setiap kejayaan kita akan hadir selepas kita bersusah payah. 

Semoga kita semua akan menjadi seorang muslim yang berjaya dan kaya. Kaya rohani, akhlak dan duit.

Assalamualaikum, 

No comments:

Post a Comment