Showing posts with label senaman kempiskan perut. Show all posts
Showing posts with label senaman kempiskan perut. Show all posts

14/03/2015

Senaman Bantu Anda Kurus Dengan Cepat.

Bila nak kurus kita hanya terfikir untuk kawal pemakanan harian kita. Ya, itu memang betul. Tetapi bila kita seiringkan usaha diet kita dengan melakukan senaman seperti kardio, pembakaran lemak lebih cepat kan, Jadi makin senanglah untuk kita kurus.

Macam Mana Senaman Cardio??

Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan kadar dengupan jantung atau nadi. Contoh senaman kardio adalah berenang, berjogging, berlari, berbasikal, skipping. Kalau rasa senaman seperti yang hani listkan tadi seperti "memboringkan" anda boleh search di youtube "cardio exercise". Banyak sangat yang anda boleh cuba bergantung ke atas tahap kesihatan anda.

Buat anda yang mempunyai masalah kesihatan, sebelum memulakan aktiviti berisiko adalah baik anda berbincang dengan doktor dahulu. Kita berungat sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.  :)

1. Main lompat tali. Biasa main tali skipping tak? Senang-senang kita boleh bakar 300 kalori dengan main lompat tali selama 30 minit. Caranya, lompat 5 minit, rehat seminit. Lompat lagi 5 minit, rehat seminit. Sambung sampai habis 30 minit. Kalau rajin lagi, hentamlah sejam. Jangan pengsan sudahlah. Takde tali skipping, pakai tali rafia pun boleh! Kalau rajin, buat tiap-tiap hari. 

2. Menari/senaman aerobik. Tak tahu nak mulakan senaman kuruskan badan? Senaman bakar kalori? Sila guna youtube. Berlambak video aerobik asas yang ada. Cari tarian/senaman aerobik bawah 40 minit untuk bakar 300 kalori. Cuba dulu ikut rentak cikgu aerobik tu. Mula-mula memang payah nak ikut, maklumlah macam-macam gaya kena buat. Badan pun keras semacam, cuba dulu. Pasti badan berpeluh-peluh dibuatnya

Hani selalu gunakan fitness blender sebagai rujukan senaman kardio


15/01/2015

Senaman Mudah dan Ringkas Untuk Kempiskan Perut

Pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat mampu memberikan bentuk badan yang kita inginkan. Tapi kadang-kadang ada sesetengah bahagian badan seperti perut dan paha mempunyai lemak yang berlebihan.

Perut buncit menjadi igauan ngeri buat sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun perempuan. 

Lelaki selalu di momokkan dengan masalah boroi selepas berkahwin manakala wanita cukup sinonim dengan perut buncit selepas bersalin.

Dua faktor diatas bukanlah menyebabkan anda akan kekal berperut buncit selama-lamanya. Ketahui cara senaman yang mampu mengempiskan perut anda semudah A,B,C. Point penting adalah anda kena rajin dan konsisten.

Senaman ini sangat ringkas dan sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi bersenam seperti jogging atau ke gym.

A ) Baring dilantai dengan kedua-dua belah tangan rapat ke sisi. Kaki di lipat dan dinaikkan sedikit (rujuk gambar A)

B) Tarik nafas perlahan-lahan dan pada masa sama tarik kaki menghampiri dada (rujuk gambar B)

Hembuskan nafas perlahan-lahan dan pada masa sama luruskan kaki seperti kedudukan asal (rujuk semula gambar A)

Sewaktu melakukan senaman itu, anda akan dapat rasai otot disekitar perut turut bekerja.

Ulangi langkah ini sebanyak 2-3 kali dan berehat sebentar. Dan ulang langkah sama sekurang-kurangkanya 3 pusingan. 

Mudah je nak kurus dan dapat bentuk badan persis model. Yang penting rajin dan berdisplin.

Jom kita buat senaman kempiskan perut sekarang ;) ;)