Showing posts with label vitamin A. Show all posts
Showing posts with label vitamin A. Show all posts

21/04/2014

Caratomax Shaklee - Alternatif untuk masalah Rabun, Silau, Katarak Mata.

Caratomax Shaklee merupakan antara hot seller bagi produk Shaklee. Majoriti yang makan Caratomax akan dapat kesan positif dan akan lebih memberi kelebihan kepada si pengguna. 

Kepada yang mempunyai masalah seperti silau, rabun jauh, rabun dekat,katarak terpaksa pakai kanta lekap sebab tak suka pakai cermin mata boleh cuba makan Caratomax Shaklee. 




Carotomax adalah kandungan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata dan penglihatan yang baik serta dapatkan meredakan penyakit kulit dan berkesat untuk masalah jeragat. Ianya meningkatkan antioksida (system imun), dapat melawan kanser dan oksidasi. 

Vitamin A bentindak untuk menentang jangkitan dan penyakit-penyakit, di mana ia meletakkan halangan di barisan hadapan yang kuat untuk menentang jangkitan.


Bagaimana? Dengan membantu tisu-tisu epitelium badan iaitu sel-sel yang membentuk kulit kita dan menjadikan mata, mulut, hidung, tekak, paru-paru, saluran penghadaman, dan saluran kencing berkembang dan repair dengan sendiri. Tisu-tisu ini berada di permukaan luar dan dalaman badan bagi mengelakkan pencerobohan. Tanpa Vitamin A yang cukup, sel-sel ini menjadi kaku, kering, dan lebih cenderung untuk membolehkan kuman boleh melalui permukaan luar ke dalam badan.

Bagaimana untuk mendapatkan bekalan vitamin A dalam pemakanan? Tak lain dan tak bukan adalah melalui tumbuh-tumbuhan yang mengandungi karotene. Tumbuh-tumbuhan yang berwarna oren, merah dan kuning adalah kaya dengan karotene dan karotene yang paling banyak adalah jenis beta karotene.

Badan kita mudah menukarkan beta karotena kepada Vitamin A di dalam usus kecil, di mana enzim khas memecahkan satu molekul beta karotena kepada separuh untuk menghasilkan dua molekul Vitamin A.
Jika badan tidak memerlukan Vitamin A, beta karotene tidak akan ditukarkan. Sebaliknya, ia beredar di dalam darah dan memasuki ke dalam sel-sel manakala selebihnya akan disimpan di dalam tisu lemak.
Setiap kali kita memerlukan vitamin A, hati dengan cepat menukarkan beta karotena yang disimpan di tisu lemak tadi.

Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

APAKAH FUNGSI DAN KEBAIKAN CAROTENOID?

  •  Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
  • Sumber Vitamin A terbaik
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini

Bagaimana Vitamin A dari beta carotene sangat bermanfaat untuk masalah mata seperti rabun, silau, katarak? Kandungan Carotomax Shaklee penawar rabun, silau, glaucoma dan katarak mata. Jom kita baca dengan lebih lanjut.

1. MENGELAKKAN RABUN MALAM

Vitamin A membantu kita melihat dengan baik dalam kegelapan. Retina mata (lapisan sel-sel peka kepada cahaya di belakang mata) mengandungi sejumlah besar Vitamin A, terutamanya dalam struktur kecil yang dipanggil rod yang digunakan untuk penglihatan. Jika kita tidak mendapat cukup Vitamin A, kita akan menjadi rabun pada waktu malam iaitu tidak boleh melihat dengan baik dalam gelap atau dalam cahaya malap. Walaupun semua orang ada kebarangkalian untuk menjadi semakin rabun apabila usia meningkat, vitamin A membantu memperlahankan proses tersebut.

2. MENCEGAH KATARAK

Katarak terbentuk apabila kanta mata anda menjadi keruh, mengecil atau menyekat sepenuhnya
jumlah cahaya yang memasuki mata. Pada satu masa katarak merupakan punca utama kebutaan, tetapi
ianya boleh diatasi dengan pembedahan. Ada bukti kukuh bahawa diet yang kaya dengan karotenoid, terutamanya beta karotena, membantu mencegah katarak dengan menyerap radikal bebas sebelum mereka boleh merosakkan kanta.

3. PELIHARA PENGLIHATAN

Vitamin A membantu mencegah yang berkaitan dengan age-related macular degeneration (AMD). Makula merupakan satu kelompok kecil sel-sel yang sangat sensitif di tengah retina. Ia adalah penting untuk penglihatan yang tajam. Makula akan merosot selari dengan usia yg boleh menyebabkan kehilangan penglihatan dan buta akhirnya. AMD adalah punca utama kebutaan di kalangan mereka yang lebih 65 tahun. Menurut satu kajian, makan hanya satu hidangan sehari yangkaya dengan beta karotena boleh mengurangkan peluang mendapat AMD sebanyak 40%.

MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE

  • Lebih Selamat Dari Vitamin A
    Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh  
    saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada 
    tubuh. Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati pengambilan  beta-karotena 
    yang merupakan alternatif penggantian vitamin A didapati lebih selamat kepada 
    kesihatan manusia

  •  Mempertingkatkan Penglihatan
    Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap penglihatan yang bagus 
    dalam persekitaran yang gelap. Carotamax membantu menyelesaikan masalah 
    penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism,
    xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak(selaput mata), 
    eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.
    
  • Meredakan Penyakit Kulit
    Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile 
    plaque (nyanyuk), kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Penggunaan Carotomax 
    pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies(kegatalan 
    pada kulit), dan ulser kulit.

  •   Melindungi Epithelial

    Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis, 
    pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

  • Melawan Kanser dan Oksidasi
   Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan
   proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel 
   kanser. Carotmax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser 
   paru-paru dan payudara. Carotomax juga dapat mengurangkan radikal bebas 
   dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.

  • Menghalang Infeksi
   Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi 
   penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.

  • Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
   Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi 
   rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat. 
   Caratomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.

Cadangan pengambilan
  • untuk pemeliharaan kesihatan : 1 atau 2 kapsul, dimakan 2 kali sehari (selepas makan)
  • untuk penyakit mata, semas rawatan penyakit : 2 kapsul , 2 kali sehari (selepas makan)

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.


Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503

ID:987331

FACEBOOK PAGE : HANI HEALTH SHOP

FACEBOOK: HANI

Penghantaran / COD di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh

14/04/2014

Tips Cegah Kanser

Benteng Kanser-Antioksidan

Angka penyakit kanser semakin meningkat di Malaysia saban tahun. Slah satu punca kanser adalah dari makanan. Makanan yang dimakan mempunyai pengawet dan pewarna yang merosakkan sel tubuh. Bahan perosak atau tercemar ini dikenali sebagai radikal bebas @ oksida.




Apabila radikal bebas masuk ke dalam badan, ia akan bertindak kepada sel-sel. Ia akan merosakkan sel dan sel yang rosak dikenali sebagai mutasi. 

Sel yang mengalami mutasi akan bersifat ganjil. Sel ini mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu membiak dengan cepat. Sel mutasi akan bergerak ke dalam darah dan sel-sel badan yang lain. Ia dinamakan kanser.

Kanser amat ditakuti kerana ia akan menyebabkan kegagalan fungsi organ dalam tubuh dan boleh membawa maut.

Selain itu antioksidan boleh mempercepatkan proses penuaan, risiko penyakit seperti sakit jantung, strok, kencing manis, dan artritis.


Punca Radikal Bebas.

  • Makanan tidak sihat seperti berlemak, bergoreng dan hangus(seperti sate atau ikan bakar)
  • Minuman beralkohol
  • Rokok - 1 batang rokok mengandungi 3 trillion radikal bebas
  • sinaran ultra ungu
  • Pencemaran alam sekitar
  • Bahan kimia/toksik di dalam udara

Apa peranan Antioksidan?

Antioksidan adalah suatu zat yang dapat mengawal melambatkan proses oksidasi. Oksidasi adalah jenis reaksi kimia yang melibatkan pengikatan oksigen,pelepasan hidrogen atau pelepasan elektron.

Jenis-Jenis Antioksidan.

  1. Antioksidan dari Vitamin (vitamin C & E) : Vitamin C kebanyakannya diperolehi daripada buah-buahan manakala Vitamin E daripada ekstrak minyak.
  2. Antioksidan dari Enzim- Superoksida Dismutse(SODs),Katalase, dan Peroksidase.
  3. Antioksidan Karotenoid- seperti likopen dan karoten yang banyak diperolehi dari sayuran dan buah.
  4. Antioksidan dari Polifenol - Sumber Polifenol dari teh, kopi,buah, minyak zaitun, dan sebagainya. Contoh adalah dari resveratrol dari buah anggur.
  5. Antioksidan semulajadi-iaitu gluthathione
Peranan Antioksidan.

  • Melambatkan penuaan.
  • Merendahkan paras kolestrol
  • Mengurangkan risiko arterosclerosis (penyakit dimana penyempitan di saluran darah akibat pengumpalan lemak)
  • Mengurangkan risiko penyakit kanser.
  • Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan amat sukar untuk di kawal. Bagi mengimbangi kemusnahan akibat radikal bebas kita digalakkan untuk menjaga pemakanan dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Shaklee turut mengeluarkan produk antioksidan bagi menjaga kesihatan setiap insan. Antara produk anti oksidan shaklee adalah Vitamin C, Vitamin E,Caratomax dan Vivix.


ACE set (Vitamin A, C & E)




*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.

Berminat untuk mendapatkan peroduk shaklee?
Berminat untuk  menjadi pengedar sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503
ID:987331
FACEBOOK: HANI
COD di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh






27/03/2014

KEPENTINGAN VITAMIN KEPADA BADAN

KEPENTINGAN VITAMIN
Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.

VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.

VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.

VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

VITAMIN D
Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat. Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah. Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan. Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.
    
VITAMIN E
Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak. Vitamin E mudah didapati dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.

VITAMIN K
Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis. Ini kerana ia dapat membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah. Vitamin K juga berupaya meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.

25/03/2014

CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? 

Tahukah anda kalau ambil semua sekaligus.. kesannya juga akan berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan.. Kenapa?... kerana ada kesan kat kadar penyerapan.. kebiasaannya saya akan memberikan jadual makan kepada customer2 saya


The basic rule are:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) :
Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) :
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

*APA YANG TAK DIGALAKKAN :
Elakkan pengambilan Alfafa bersama Vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas:

Selepas breakfast : 
B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break: 
Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch : 
Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...

Afternoon teabreak : 
Minum segelas ESP

Selepas Dinner : 
Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :
Ostematrix

Ok, ini secara ringkas cara makan produk shaklee. Untuk pelanggan Hani, setiap set yang anda beli Hani akan bagi tips ekslusif :)

Credit : my nanny ;)


FB : HANI