10/06/2015

Tips Cepat Hamil Dengan Mudah

Kehamilan adalah proses yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pasangan suami isteri setelah mereka diijabkabulkan. Tetapi ada segelintir pasangan diuji dengan kelewatan si kecil muncul untuk menceriakan keluarga. Disaat ini pasti kita tercari-cari tips terbaik bagi mempercepatkan proses kehadiran sang penyeri hati dan pengikat kasih sayang keluarga.



1. Berdoa kepada DIA.
Seperti yang kita tahu setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini adalah daripada penciptaNYA, jadi sangat lah wajar untuk kita berdoa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan niat suci kita untuk segera memperoleh cahaya mata sebagai pelengkap hidup.

Buat mereka yang beragama Islam, anda boleh mengamalkan bacaan Doa dimohon dipermudahkan urusan mendapat zuriat.

Antara doa yang anda boleh amalkan untuk senang hamil adalah :


Surah Ai Imran 3:38 
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 
“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

2. Memeriksa Organ Kesihatan Reproduksi Anda dan Pasangan.
Tak salah untuk kita berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar kenapa anda sukar untuk hamil. Langkah terbaik adalah pasangan suami isteri berjumpa pakar dan jalani ujian supaya tidak berlaku sebarang salah faham dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

3. Pastikan Berat Badan Ideal
Point ini sudah semestinya untuk golongan para isteri. Kajian menunjukkan kegemukan pada wanita boleh menurunkan tahap kesuburan sehingga 4peratus. Pengumpulan lemak berlebihan dalam badan boleh mengakibatkan lebihan hormon estrogen yang membuat ovolasi tidak teratur.
Sementara tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan hormon estrogen lambat sehingga mengakibatkan anda sukar hamil.
Cara terbaik pastikan BMI - 'body mass index'-  anda dalam keadaan keadaan normal iaitu 18-24.

4. Amalkan Gaya Hidup Sihat.
Semak kembali gaya hidup anda selama ini. Sekiranya anda pernah merokok, bolehlah berhenti mulai sekarang. Merokok mampu mengurangkan tahap kesuburan seseorang.

5. Amalkan Pemakanan Vitamin / Supplemen.
Ada beberapa vitamin yang diperlukan dan sangat di syorkan untuk diamalkan sebelum tempoh kehamilan dan sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya adala Vitamin E dan Asid Folik.
Vitamin E sangat membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki mahupun wanita manakala Asid Folik membantu membekalkan nutrisi kepada bayi sepanjang tepoh kehamilan dan memastikan bayi dalam keadaan sihat dan sempurna.

Senarai vitamin lain yang dicadangkan buat mereka yang sedang berusaha untuk hamil adalah :

  • Zinc
  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin C
  • Riboflavin
  • Niacin
  • Pottasium
  • Thiamin B6
Banyak kan?? Mana nak tahu vitamin yang terbaik supaya anda melabur pada vitamin yang betul, yang betul-betul berkesan dan selamat tanpa ada unsur kimia?? Anda boleh klik sini untuk bacaan Supplemen Yang Membantu Meningkatkan Kesuburan


6) Detok
Jarang dengar orang suruh detok badan kalau dalam proses nak memudahkan "conceive". Detok selalu berkaitan untuk kesihatan, nak kurus, nak cantik. Macam pelik pulak nak hamil kena detok dulu kan hehhee.

Nak hamil kena pastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bersih..Sebab itu anda perlu pastikan tubuh anda bebas toksin. Nak buang toksin dalam badan kenalah detoks dulu.

Cara terbaik untuk detok adalah dengan makan vitamin atau supplement. Untuk detok toksin anda boleh mencuba Alfafa Complex

No comments:

Post a Comment