30/10/2014

Cara Betul Untuk Simpan Vitamin Semulajadi Shaklee

Jenama shaklee memang terkenal dengan produk yang semulajadi. Apabila disebut semulajadi sudah pasti proses pembuatan dan bahan-bahan yang digunakan berasakan sumber alam tanpa ada sebarang campuran pewarna atau pengawet. Ringkas cerita BEBAS UNSUR KIMIA.


Bila berasaskan bahan semulajadi, penjagaannya perlu lah teliti sikit. Contoh Vitalea dan B-Complex akan berubah warna sedikit sekiranya terdedah kepada cahaya dan udara.

Seperti Vitalea, warna hijau vitalea akan berubah menjadi sedikit hitam. Ia bukan menandakan vitamin anda telah rosak, tetapi vitamin anda telah terdedah kepada cahaya dan udara yang merubah fizikal vitamin tersebut.

Contoh buah epal yang terdedah kepada udara akan menjadi sedikit kehitaman.

Jadi, bagaimana cara simpan vitamin supaya dalam keadaan elok dan terjaga?

Mari ikuti langkah mudah ini bagi mejaga kualiti vitamin anda.

1) Jauhkan vitamin shaklee anda daripada terdedah kepada cahaya matahari terus dan haba panas. Seperti menyimpan botol vitamin berdekatan dapur memasak, atau dalam kereta.

2) Simpan dibawah suhu 25 darjah celcius.

3) Pastikan penutup botol ditutup rapat setelah dibuka.

4) Tuang vitamin yang ingin dimakan pada penutup botol. JANGAN SENTUH vitamin dengan tangan KECUALI vitamin ingin ingin dimakan pada waktu tersebut.

5) Sekiranya anda membeli vitamin dalam botol yang besar dan untuk masa yang lama, pastikan anda memasukkan ia ke dalam botol yang kecil. Seperti bahagikan vitamin untuk dimakan dalam tempoh seminggu  ke botol asing. Ini untuk memastikan anda mengurangkan kekerapan membuka botol vitamin dan mengelakkan ia terdedah kepada udara.

Diharapkan dengan tips ringkas ini anda dapat menjaga kualiti vitamin dan badan anda mendapat nutrisi penuh daripada vitamin tersebut

No comments:

Post a Comment