02/02/2017

Rawat Gastrik Dengan Berkesan

"Kak, boleh bagi cadangan vitamin tak untuk saya yang ada masalah gastrik nie"

Selalu sangat Hani dapat pertanyaan melalui Whatapps daripada mereka yang ada masalah gastrik ini, cuba cari jalan ikhtiar untuk merawat sakit gastrik dengan berkesan tanpa bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

Hani pernah dapat pelanggan yang ada masalah gastrik ini sampai kena masuk hospital,kena masukkan air pastu cucuk ubat, 

Selalu ingat gastrik ini sakit biasa-biasa je hehehhe, maaf lah sebab Hani sendiri takde pengalaman kena serang gastrik. Tapi bila lihat dan tengok mereka yang ada sakit gastrik ini memang insaf.


Bagaimana Gastrik Boleh Terjadi?

Secara semuladi, sel perut kita mengeluarkan asid hidroklorik (ph1 - ph 2) untuk mencernakan makanan. Dan asid ini sangat kuat sehingga jika terkena pada tangan ia mampu  menghakis tangan.

Manakala sel perut menghasilkan lapisan mukosa - yang bertindak sebagai lapisan pertahan untuk menjadi pelindung daripada asid hidroklorik. 

Rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan bagi memulakan proses pencernaan dan sakit gastrik akan terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dan kekuatan sistem pertahanan.

Perut kita seumpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung sehingga segelen air dan makanan. 

Bila perut kita kosong, tisu perut akan berlipat-lipat dan akan mengembang apabila ada makanan dan minuman yang masuk. Disini makanan dan minuman yang masuk akan di proses dan di simpan sebelum ke sistem perkumuhan badan kita.

Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjer pada dinding perut akan merembeskan jus asid, enzim dan asid perut untuk membantu proses pencernaan.


Punca Gastrik 


Antara Punca Ulser Gastrik Adalah :


  1. Perubahan cara hidup moden iaitu gemar memakan makanan bergoreng dan pedas.
  2. Jangkitan bakteria yang di gelar Helicobacter Pylori(H. Pylori). Bakteria ini hidup dan membiak di dalam lapisan mukus yang menutupi dan melindungu dinding dalaman perut dan usus kecil. Dalam keadaan dalaman yang berasid ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria H.Pylori yang mengancam lapisan mukus perut sekaligus menyebakan kelecuran dan kecederaan dalaman yang di gelar sebagai ulser gastrik.
  3. Meminum alkohol dan merokok secara berlebihan juga boleh menyebabkan gastrik. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merangsang dan menghakis lapisan mucus di dalam lapisan dalaman perut kita dan ianya akan meningkatkan jumlah asid gastrik yang dihasilkan. Seterusnya, melalui gejala merokok, nikotina yang terdapat di dalam tembakau boleh merangsang penghasilan jus gastrik yang lebih banyak sehingga menyebabkan ulser gastrik.


Simptom-Simptom Gastrik


Tanda-Tanda Gastrik 


Tips Atasi Masalah Gastrik

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 


1 comment:

  1. bahaya gastrik nih !! ada sorang kawan saya sampai menonggeng nonggeng melawan gastrik.. al maklum la.. masa zmaan belajar mana ada duit sangat nak makan ikut nutrisi.. hee~

    ReplyDelete