17/09/2016

Kandungan Utama Bahan Dalam Collagen Powder Shaklee



Apa itu Collagen Powder?

Ia merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Produk Collagen Powder Shaklee memang pilihan kolagen terbaik yang berkesan pada kulit. Sebab memang dah terbukti dengan ujian klinikal yang kolagen Shaklee ni memberikan kesan seawal 8 minggu. Tapi sebenarnya banyak feedback daripada mereka-mereka yang dah guna kolagen Shaklee ni kata ada yang seawal seminggu dah mula rasa kesan positif!


Ramuan istimewa Collagen Powder Shaklee setiap satunya mempunyai fungsinya tersendiri.

1. Kolagen Dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.


2. Ekstrak Biji Camellia japonica
Biji Camellia japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camillia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin Dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin C Dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita. Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen dalam sel.

6. Ekstrak Kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

16/09/2016

Patah Tulang : Pantang Larang & Cara Cepatkan Rawat Tulang Pa

Nutrisi Yang Membantu Penyembuhan Tulang Patah Lebih Cepat

  • Kalsium
Kalsium memang penting untuk tulang.  Diet  yang kaya dengan kalsium ialah susu, pisang, yogurt, tauhu dan sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak. Terdapat juga makanan lain yang kaya dengan kalsium. Yang penting pengambilan secara konsisten
  • Vitamin D
Vitamin D penting untuk penyerapan terbaik kalsium. Cara yang paling mudah pengambilan vitamin D ialah berjemur di bawah sinaran mentari sebelum panas membahang. Selain itu vitamin D dapat diperolehi daripada kuning telur,minyak ikan atau daging.
  • Vitamin K
Vitamin K penting untuk penyembuhan tulang. Ia berfungsi memperkuat osteocalcin iaitu komponen protein penting pada tulang. Ini akan mempercepat penyembuhan tulang yang patah atau retak. Vitamin K boleh diperolehi daripada  brokoli, telur, ikan , hati dan lain-lain lagi.
  • Nutrisi lain
Nutrisi lain sepert vitamin C dan magnesium. Makanan yang mengandungi nutrisi ini ialah sayur-sayuran dan buah -buahan..Kombinasi nutrisi-nutrisi ini melengkapkan jumlah nutrisi yang diperlukan oleh pesakit patah tulang.

Supplemen Untuk Patah Tulang

Set supplemen shaklee untuk merawat Patah Tulang Yang Disarankan
  • esp
Esp merupakan sumber protein soya terbaik. Protein diperlukan oleh tubuh badan kita untuk membina semula tulang yang patah dan retak. Disamping itu juga,serbuk protein ini juga membantu bagi pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah rosak atau mati.
  • ostematrix
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Sememangnya ostematrix sesuai untuk merawat patah tulang. Pengambilan secara  konsisten akan mempercepat penyembuhan .
  • vit c
vitamin C membantu dalam penyembuhan luka dalaman. Sedia maklum vitamin c sangat-sangat diambil setiap hari untuk kecergasan setiap hari yang membantu penyembuhan patah tulang.

Selepas 6 bulan disarankan mengambil

  • Advanced Joint Tablet (AJHT)
AJHT menggalakkan keselesaan sendi dan tulang, meningkatkan kesan kusyen, meningkatkan funsi sendi dan menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa yang panjang
  • vitalea
vitalea mempunyai nutrisi lengkap, termasuk vitamin k yang mengurangkan risiko tulang rosak
  • omega
Omega guard boleh melambatkan degradasi tulang rawan pada sendi, memmbaiki sendi yang tercedera akibat patah. ia jga bertindak sebagai pelincir dan membantu untuk bergerak dengan lebih senang.  Bonus pengambilan omega guard ini ialah memelihara kesihatan jantung serta mampu mengawal kolesterol dalam darah


04/09/2016

Keperluan Vitamin E Untuk Ibu Hamil

Sebagai wanita hamil, sudah pasti anda akan peka kepada keperluan nutrisi badan. Setiap kali anda kekurangan nutrisi anda mungkin berisiko untuk mengalami komplikasi dalam tempoh kehamilan atau selepas bersalin.

Ramai dikalangan ibu hamil terlepas pandang tentang Kepentingan Vitamin E untuk ibu hamil. Mungkin segelintir berpendapat Vitamin E kurang sesuai diamalkan sepanjang tempoh kehamilan kerana kandungan antioksidan yang tinggi didalam Vitamin E mungkin memberi risiko keguguran.

Pada tahun 1992, Dr. H. M Evans (California) telah menjumpai penemuan tentang Vitamin E. Melalui penelitian yang dibuat ada suatu unsur yang membantu kehamilan untuk bertahan lebih lama, atau elak risiko keguguran. Unsur yang dimaksudkan adalah Vitamin E.


6 Manfaat Vitamin E Untuk Ibu Hamil


1) Mengurangkan Risiko Keguguran


Pada awal trimester pertama sangat mudah terjadi risiko keguguran. Vitamin E membantu menguatkan kehamilan dan mencegah risiko keguguran. 


2) Membantu Pertumbuhan dan Perkembangan Janin Dalam Kandungan.


Vitamin E sanat terkenal sebagai Vitamin yg tinggi anti-oksidan yang membantu menghalang radikal bebas dalam tubuh.
Proses perjalanan oksigen ke seluruh tubuh termasuk janin adalah merupakan tugas sel darah merah.
Viamin E dapat mencegah terjadinya kerosakan pada sel darah merah tersebut.


3) Menjaga Kesihatan Ibu Hamil


Ibu hamil senang terdedah kepada penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin E merupakan antioksidan terbaik untuk melawan berbagai jenis penyakit akibat radikal bebas.
Pengambilan Vitamin E pada dose yang betul dapat mengoptimumkan kesihatan ibu hami supaya tidak senang terkena penyakit.


4) Mengimbangkan Kadar Vitamin A.


Vitamin A yang berlebihan didalam badan boleh menyebabkan bayi terdedah kepada risiko kecacatan. Sedangkan jika kekurangan Vitamin A, pertumbuhan mata, gigi, jantung dan telingan akan terbantut. 
Vitamin E berfungsi menyeimbangkan kadar Vitamin A dalam badan sehingga kemungkinan bayi lahir cacat dapat di cegah.


5) Mempengaruhi Kulit Bayi Dalam Kandungan



Untuk pertumbuhan janin dalam kandungan, Vitamin E berperanan dalam proses pembentukan kulit janin.



6) Bantu Memastikan Kulit Ibu Hamil Sihat


Manfaat Vitamin E untuk kulit tidak perlu di sangkal lagi. Biasa sepanjang tempoh kehamilan hormon ibu tidak stabil dan akan ada masalah kulit berlaku seperti kulit berminyak, berjerawat. 

Tapi dengan kehadiran vitamin E ia mengurangkan masalah kulit sewaktu hamil. 

Disebabkan VitaminE ini tergolong dikumpulan Vitamin yang tinggi dengan kandungan antioksidan, Hani sangat galakkan para ibu untuk dapatkan nasihar doctor terlebih dahulu sebelum makan Vitamin E.

Bagaimana Nak Beli Vitamin E.

Untuk mereka yang tinggi dikawasan kota bharu dan berdekatan boleh direct dapatkan stok Vitamin E ini dengan Hani.

Kalau yang jauh Hani akan poskan dengan courier Gdex atau poslaju.

Nak beli Vitamin E dengan Harga Ahli?

Boleh. Anda Walk in je ke mana-mana branch shaklee dan isi No ID Hani

NO ID : 987331

NAMA : NURANI YAACOB

NO.TEL : 019.376.9503

3 benda ini anda perlu isi dalam form belian.

Setakat ini dulu hani berkongsi kebaikan Vitamin E untuk pregnant women. 


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 

26/08/2016

Tips Mudah dan Ringkas Uituk Hilangkan "Mata Panda"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

"Mata Panda" selalu dikaitkan dengan masalah lebam bawah mata. Ada sesetengah daripada kita tak selesa dan automatik akan kurang yakin bila ada "Eye-Bag".




Lingkaran gelap bawah mata sebenarnya merupakan salur-salur darah yang kelihatan menerusi kulit

Sebelum kita cari penyelesaian untuk atasi masalah lingkaran gelap bawah mata nie apa kata kita kenali punca kenapa terjadi masalah mata lebam disekitar bawah mata.

Antara Faktornya adalah :

1) Faktor keturunan boleh menyebabkan keadaan ini berlaku..Ini kerana kulit dibahagian bawah mata merupakan kulit yang paling nipis berbanding kulit dibahagian-bahagian lain dan berbeza antara setiap individu. Mereka yang mempunyai struktur tulang tertentu yang menyebabkan bebayang pada sekitar mata juga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata kelihatan jelas.


2) Alergi, asma dan ekzema lazimnya akan membuatkan penghidap berasa gatal-gatal pada mata lalu menggosoknya. Aktiviti menggosok mata sedikit sebanyak boleh mencederakan kulit kawasan mata yang sangat nipis dan sensitif itu. Maka kulit akan menjadi lebih gelap atau pun bengkak. Untuk mengatasi masalah gatal-gatal akibat alergi, asma dan ekzema disarankan untuk mengamalkan vitamin Alfalfa Complex yang boleh membantu mengatasi gatal-gatal.



3) Kurang tidur iaitu tidak mendapat rehat yang mencukupi akan memaksa salur-salur darah untuk bekerja keras mengepam darah hingga menyebabkan lingkaran gelap bawah mata kelihatan lebih jelas. Sekirnya kurang tidur disebabkan insomnia, disarankan untuk mengamalkan vitamin Ostematrix dan ESP bagi membolehkan tidur yang lebih lena dan mendapatkan rehat yang mencukupi. Tidur yang berlebihan atau waktu tidur yang tidak menentu antara faktor biasa yang menyebabkan eye-bag.



4) Kandungan kolagen yang berkurangan seiring dengan peningkatan usia juga mempengaruhi. Pengambilan Collagen Powder dan vitamin C dengan konsisten membantu tubuh meransang membina semula kolagen untuk menegang dan menganjalkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.


Cara MERAWAT EYE BAG


cara yang lebih mudah dan berkesan dengan pantas untuk hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan iaitu dengan menggunakan EYE TREATMENT  dari Shaklee. 

Dengan Eye Treatment, tiada lagi garis-garis halus dan kedutan yang ketara. Ia memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mata sembap. Kelebihan Eye Treatment ialah terbukti berkesan secara klinikal.


  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh 2 minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh 2 minggu
  • 20% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh 8 minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh 8 minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara pada kulit
  • Lembut untuk kulit mata yang nipis
  • Sesuai untuk leher dan bibir
  • Hipoalergenik dan telah diuji dan diakui oleh pakar-pakar oftalmologi serta selamat untuk pengguna kanta mata lekap

Dengan harga hanya RM52.50 anda boleh hilangkan masalah lingkaran gelap bawah mata dan eye-bag untuk penampilan yang lebih menarik dan meyakinkan. Hanya 1 titik kecil setiap penggunaan membolehkan Eye Treatment tahan berbulan-bulan lamanya.


Testimoni Eye Treatment Enfuselle Shaklee.




_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_

Untuk urusan pembelian dan pertanyaan produk, boleh hubungi hani ye :)

Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503
ID:987331 - SITI NURANI YAACOB
FACEBOOK PAGE : Hani Health Shop
FACEBOOK: Nurani Yaacob

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

27/08/2015

Anda Mempunyai Masalah Angin Dalam Badan? Ketahui Makanan Yang perlu Anda Elak

Sape sini yang ada masalah badang berangin. Meh kita sep sikit. Muda-muda dah kena pantang makan uolsss. Selalu ingat orang lepas bersalin je yang kena pantang makan, tak boleh makan makanan sejuk dan berangin tapi tak sangka orang muda pun kena pantang makan kalau ada masalah badan berangin.

Badan berangin nie selalu sensitif dengan makanan yang sejuk. Jadi korang yang ada masalah nie memang kena jauhi la. Tapi kalau kempunan sangat terpaksalah makan kan hihiihh


Badan berangin nie bukan yang jenis cepat marah uolss tapi orang panggil perut masuk angin atau perut kembung. 

Jom kita check makanan yang boleh menyebabkan badan korang berangin/Perut kembung.

  • Kacang
  • Sayuran seperti brokoli
  • Kobis
  • Taugeh
  • Bawang
  • Asparagus
  • Buah-buahan seperti tembikai, pisang, pear, epel dan peach
  • Bijirin seperti roti gandum
  • Minuman ringan dan jus buah
  • Susu dan produk daripada susu dan keju
  • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.
  • Pulut

  • List makanan di atas memang perlu dielakkan. Tetapi kalau terbabas jugak termakan, boleh la cuba tip di bawah ini. Mudah-mudahan boleh hilangkan masalah perut kembung.

  • Kurangkan buah-buahan dan pemanis makanan kerana makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus.
  • Elakkan minum minuman berkarbonat, mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula.
  • Tumpukan perhatian pada makanan ketika makan dan kunyah makanan perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat.
  • Tingkatkan pengambilan sumber serat secara berperingkat
  • Kerap bersenam kerana senaman semudah berjalan atau joging boleh membantu merangsang pergerakan gas dalam usus.


  • Cara yang paling mudah makan halia. Nak makan macamana??




    Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

    Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

    ****************************************************************

    I'm your Shaklee Independent Distributor
    No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
    ## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
    ##Fanpage : Hani Health Shop
     ## Facebook : Hani Kelantan


    Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
    Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 


    10/06/2015

    Tips Cepat Hamil Dengan Mudah

    Kehamilan adalah proses yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pasangan suami isteri setelah mereka diijabkabulkan. Tetapi ada segelintir pasangan diuji dengan kelewatan si kecil muncul untuk menceriakan keluarga. Disaat ini pasti kita tercari-cari tips terbaik bagi mempercepatkan proses kehadiran sang penyeri hati dan pengikat kasih sayang keluarga.



    1. Berdoa kepada DIA.
    Seperti yang kita tahu setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini adalah daripada penciptaNYA, jadi sangat lah wajar untuk kita berdoa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan niat suci kita untuk segera memperoleh cahaya mata sebagai pelengkap hidup.

    Buat mereka yang beragama Islam, anda boleh mengamalkan bacaan Doa dimohon dipermudahkan urusan mendapat zuriat.

    Antara doa yang anda boleh amalkan untuk senang hamil adalah :


    Surah Ai Imran 3:38 
    Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. 
    “Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
    Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat
    sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.
    Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

    2. Memeriksa Organ Kesihatan Reproduksi Anda dan Pasangan.
    Tak salah untuk kita berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui punca sebenar kenapa anda sukar untuk hamil. Langkah terbaik adalah pasangan suami isteri berjumpa pakar dan jalani ujian supaya tidak berlaku sebarang salah faham dan saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

    3. Pastikan Berat Badan Ideal
    Point ini sudah semestinya untuk golongan para isteri. Kajian menunjukkan kegemukan pada wanita boleh menurunkan tahap kesuburan sehingga 4peratus. Pengumpulan lemak berlebihan dalam badan boleh mengakibatkan lebihan hormon estrogen yang membuat ovolasi tidak teratur.
    Sementara tubuh yang terlalu kurus boleh menyebabkan hormon estrogen lambat sehingga mengakibatkan anda sukar hamil.
    Cara terbaik pastikan BMI - 'body mass index'-  anda dalam keadaan keadaan normal iaitu 18-24.

    4. Amalkan Gaya Hidup Sihat.
    Semak kembali gaya hidup anda selama ini. Sekiranya anda pernah merokok, bolehlah berhenti mulai sekarang. Merokok mampu mengurangkan tahap kesuburan seseorang.

    5. Amalkan Pemakanan Vitamin / Supplemen.
    Ada beberapa vitamin yang diperlukan dan sangat di syorkan untuk diamalkan sebelum tempoh kehamilan dan sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya adala Vitamin E dan Asid Folik.
    Vitamin E sangat membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki mahupun wanita manakala Asid Folik membantu membekalkan nutrisi kepada bayi sepanjang tepoh kehamilan dan memastikan bayi dalam keadaan sihat dan sempurna.

    Senarai vitamin lain yang dicadangkan buat mereka yang sedang berusaha untuk hamil adalah :

    • Zinc
    • Vitamin A
    • Vitamin D
    • Vitamin C
    • Riboflavin
    • Niacin
    • Pottasium
    • Thiamin B6
    Banyak kan?? Mana nak tahu vitamin yang terbaik supaya anda melabur pada vitamin yang betul, yang betul-betul berkesan dan selamat tanpa ada unsur kimia?? Anda boleh klik sini untuk bacaan Supplemen Yang Membantu Meningkatkan Kesuburan


    6) Detok
    Jarang dengar orang suruh detok badan kalau dalam proses nak memudahkan "conceive". Detok selalu berkaitan untuk kesihatan, nak kurus, nak cantik. Macam pelik pulak nak hamil kena detok dulu kan hehhee.

    Nak hamil kena pastikan tubuh dalam keadaan sihat dan bersih..Sebab itu anda perlu pastikan tubuh anda bebas toksin. Nak buang toksin dalam badan kenalah detoks dulu.

    Cara terbaik untuk detok adalah dengan makan vitamin atau supplement. Untuk detok toksin anda boleh mencuba Alfafa Complex. 

    04/06/2015

    Cara Buang Angin Dalam Badan Dengan Mudah, Juga Selamat Diamalkan Oleh Ibu Hamil Dan Berpantang

    Badan berangin bukan suatu perkara yang menyeronokkan malah membuatkan kita rasa tak selesa dan menganggu aktiviti harian kita. Antara perkara yang menyebabkan badan kita beangin adalah makanan dan amalan pemakanan kita setiap hari.

    Hani hantu pulut, lagi-lagi duduk kelantan memang bermacam jenis resepi pulut yang kita jumpa. Pulut pagi, pulut ayam, pulut santan dan macam-macam lagi. Orang kata makan pulut badan senang berangin. Tapi ada betul apa yang dikata sebab hani pun perasan lepas hani makan pulut mesti perut tak selesa. Lagi satu selalu je nak terkentut *ohh tak sopan pulak :) *


    Antara petua yang boleh diamalkan untuk buang masalah angin dalam badan adalah dengan menggunakan halia.Caranya sangat mudah, ketuk-ketuk halia, rendam dengan air panas dan boleh dicampur dengan hirisan lemon ataupun madu. Lagi best kalau minum minuman masih panas, rasa segar je.. Duduk sekejap mesti akan keluar segala angin dalam badan. Cara ini juga selamat untuk diamalkan oleh golongan ibu hamil atau berpantang.

    Buat mereka yang tidak mempunyai masa dan sentiasa berkejar sehingga tak sempat nak tumbuk halia, Anda boleh amalkan makan supplement Peppermint Ginger Shaklee. 



    Peppermint Ginger Plus Shaklee dirumus khas dengan herba asli pudina, halia, jintan manis, untuk memberikan rasa nyaman dan melegakan perut berangin. 

    Selain itu, tablet peppermint ginger boleh ditumbuk dan dicampur ke dalam air panas untuk dijadikan sebagai minuman herba semulajadi. 

    Halia adalah herba terunggul dalam memastikan saluran penghadaman lancar dan mempunyai aspek semulajadi Yang membantu melegakan dan menyamankan masalah senak perut. 


    KELEBIHAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE
    1. Memberikan kelebihan pada otot perut untuk melancarkan sistem penghadaman
    2. Mempunyai rasa pudina yang memberikan kesegaran kita mengambilnya.
    3. Boleh diambil oleh mereka yang selesema kerana kita akan berpeluh untuk menghalang daripada dijangkiti demam.
    4. Menghilangkan ketidakselesaan perut yang terjadi akibat salah makan.

    SIAPA YANG MEMERLUKAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?
    1. Ibu mengandung yang mengalami masalah loyayang teruk atau morning sickness.Anda boleh mencampurkan dengan madu suam bagi menghilangkan pening tersebut.
    2. Mereka yang selalu kembung perut dan sukar membuang angin.Anda boleh mengambil dengan teh lemon atau teh biasa untuk menyenangkan proses membuang angin.
    3. Mereka yang menghadapi masalah gastrik.Anda juga dinasihatkan mengambil makanan mengikut waktu untuk mengelakkan sakit gastrik menjadi teruk.Boleh juga diambil ESP yang mengandungi Protein yang tinggi bagi memberikan tenaga kepada anda.
    4. Mereka yang menghadapi masalah percernaan dan selalu sakit perut.
    CARA PENGAMBILAN PEPPERMINT GINGER PLUS YANG BETUL

    Setiap botol mengandungi 90 tablet dan anda boleh mengambil 3 biji setiap hari.Anda boleh menelan sahaja atau merendamkan kedalam minuman bagi memberikan kesan yang terbaik pada perut anda.

    Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

    Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

    ****************************************************************

    I'm your Shaklee Independent Distributor
    No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
    ## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
    ##Fanpage : Hani Health Shop
     ## Facebook : Hani Kelantan


    Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
    Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.