19/04/2015

Perlu Ke Vitamin Untuk Kanak-Kanak?

Waktu kanak-kanak sedang membesar kita mungkin terlupa untuk menjaga aspek pemakanan kanak-kanak. Mungkin kita menyangka dengan susu formula, anak-anak kita akan mendapat segala khasiat yang diperlukan oleh badan.

Tanpa kita sedar di luar sana anak-anak kita berdepan untuk terdedah dengan risiko jangkitan akibat persekitaran, teman sepermainan ataupun makanan yang dibeli dari luar. 

Mengikut pandangan seorang doktor pakar, multivitamin yang sesuai diberikan oleh kanak-kanak yang sedang membesar adalah vitamin B12, zat besi(iron), zinc, kalsium, dan lemak omega 3. 

Tetapi usia berapa kanak-kanak sesuai untuk makan vitamin?

" Anak saya baru berusia 2 tahun, ada ke vitamin yang sesuai untuk dia"?

Ya, kadang-kadang ada ibu bapa yang mempunyai dileema seperti diatas, tidak tahu keperluan vitamin mengikut usia kanak-kanak.

Jadi perkara terbaik rujuk tahap kesihatan anak-anak anda kepada doktor terlebih dahulu.

Setelah tahu keadaan anak tuan puan dan anak-anak anda perlukan vitamin untuk pertumbuhan yang lebih sihat dan kekal cergas, anda bole cuba supplement dari shaklee yang sesuai untuk anak-anak anda. Yang paling penting semua supplemen shaklee adalah halal,selamat dan semulajadi. Tiada sebarang perasa atau penambah warna tiruan digunakan. 


1) VITALEA FOR CHILDREN


  • 100% lengkap dengan Vitamin Powder yang merupakan asas bagi membina kekuatan fizikal dan pertahanan badan kanak-kanak iaitu vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B
  • Mengandungi 200mg kalsium, magnesium dan zink dan pelbagai mineral penting untuk fungsi optimum tubuh badan kana-kanak
  • Berperisa semulajadi dengan xylitol yang mencegah pembentukan kaviti
  • Bebas sebarang perasa tiruan, manisan tiruan dan bebas bahan pengawet
  • Bebas gluten dan mempunyai perisa anggur semulajadi

2) MEALSHAKES


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

3) OMEGA GUARD

Merupakan minyak ikan terbaik . Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 



09/04/2015

Lecithin Untuk Kurus-Apa Sebenarnya Lecithin??

Kalau anda biasa lihat produk kurus shaklee mesti anda telah terbiasa dengan nama Lecithin. Lecithin  antara produk laris bagi set kurus shaklee.




Jadi harinie hani nak bercerita tentang lecithin. Fungsi utama lecithin adalah sebagai "pemecah lemak " (Fat Emulsifier). Kebiasaannya lecithin diperoleh daripada sumber tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.


Kandungan Lecithin:-


  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Kegunaan Lecithin :-
PALING UTAMA

  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  4. Membantu kawal paras triglycerides
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

Untuk mengetahui lebih lanjut info berkaitan lecithin anda boleh klik sini

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor

## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 



05/04/2015

ESP vs Cinch Shake Shaklee

Ramai yang dah tahu 2 produk minuman jenama shaklee yang bagus untuk kurus iaitu Cinch Shake Mix Shaklee dan ESP shaklee.




Tetap antara kedua-dua produk ini mana yang lebih bagus. Ke kena minum kedua-dua produk baru boleh kurus.

Leucine
Tahukan anda dalam kedua-dua produk ini mempunyai Leucine. Apa itu Leucine??Leucine merupakan salah satu sumber protein yang bagus untuk memelihara otot. 

Bagaimana Leucine Membantu Anda Kurus?
Tugas Leucine adalah mengekalkan keupayaan otot. Apabila kita berdiet, dalam keadaan lapar ataupun bersenam leucine akan memastikan badan anda tidak kehilangan jisim otot. Dalam erti kata lain leucine membantu tubuh anda meningkatkan metabolisme untuk membakar lemak dan mengelakkan jisim otot hilang. Maka anda tidak akan menghadapi masalah kulit menggeleber bila anda meneruskan program diet dengan produk shaklee.

Ibu Menyusu Minum ESP Untuk Kurus
Buat ibu yang menyusu yang ingin kurus, produk terbaik untuk anda adalah ESP. Ini kerana kandungan kalori didalam esp adalah tinggi. Ibu memerlukan tenaga lebih.

Kurus Tanpa Makan Nasi
Cinch Shake Mix telah direka khas oleh shaklee bagi program penurunan berat badan. Malah kandungan Leucine didalam Cinch Shake telah dipaternkan dan kuantitinya turut dirahsiakan supaya tiada jenama diluar sana yang meniru produk cinch shake shaklee.

Kelebihan Cinch Shake Untuk Kurus :
1) 1 hidangan Cinch merangkumi hidangan lengkap dengan rasa yang lazat seperti makan dessert.

2)Terdapat 24gram protein dalam setiap sajian bagi memberikan rasa kenyang lebih lama.

3) Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan

Cinch mempunyai 3 perasa iaitu Chocolate, vanilla dan Cofee Latte. 

Cara Bancuh Cinch Shake Mix 

Dah beli cinch shake, tapi tak tahu bancuh dengan betul. Rugi sangat uolss, entah-entah khasiat dalam cinch boleh berkurang sebab nutrisi dah hilang kerana kecuaian kita tak bancuh cinch dengan betul.

Sebenarnya nak bancuh cinch shake senang je, sama dengan nak bancuh ESP (kalau takde lagi stok esp, boleh beli sekarang hehehe)

Cinch bancuh bersama air suam atau air sejuk, JANGAN sesekali guna air panas ye sebab nanti ia akan memusnahkan nutrien yang ada dalam cinch lagi-lagi kandungan proteinnya.

Kalau taknak bancuh dengan air kosong, korang boleh campur cinch dengan minuman berperisa seperti jus, horlick atau apa sahaja. Tetapi jangan sesekali bancuh dengan minuman bergas ataupun kafein.

Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 

22/03/2015

Ketahui Risiko Bila Anda Mengamalkan Makan Jamu Traditional

Masyarakat melayu memang terkenal dengan amalan memakan jamu. Kononnya untuk menjaga luaran dan dalaman seseorang wanita. Tetapi pernahkah anda terfikir jamu yang anda makan mempunyai kelulusan KKM dan selamat untuk dimakan??

Anda pernah dengar doktor selalu nasihatkan supaya kita tak amalkan pemakanan jamu dalam diet harian??

Kenapa??

Doktor takut ubat hospital tak laku ke?

Atau risau pesakit semakin berkurang di hospital mahupun klinik??


Yang sebenarnya adalah Mengamalkan Jamu untuk satu tempoh lama akan beri KESAN NEGATIF kepada tubuh.

Mengamalkan jamu untuk satu tempoh yang lama akan menyebabkan ia bertukar kepada toksin dan anda akan terdedah kepada risiko penyakit kanser atau kegagalan organ tubuh untuk berfungsi seperti buah pinggang, hempadu, dan hati. 


Memang kita akui, akar serta daun tumbuhan herba berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit, tetapi mengikut amalan nenek moyang kita dulu, ramuan akar atau daun itu direbus dan hanya airnya diminum. 


Tetapi apa yang berlaku sekarang akar kayu itu dihancurkan sehingga menjadi serbuk dan mungkin di campur dengan bahan-bahan lain supaya ianya tahan lebih lama. 


Bayangkan apa yang berlaku apabila organ dalaman badan sentiasa terdedah dengan jamu setiap hari.

Hari ini, hani mahu cadangkan anda jamu traditional yang diyakini 100% selamat dan semulajadi.

Jamu tersebut adalah ALFAFA COMPLEX SHAKLEE. 

Alfafa boleh dianggap sebagai Raja segala tumbuhan herba. Alfafa bukan sahaja berfungsi perapat bagi kaum wanita tetapi mempunyai pelbagai lagi manfaat jika diamalkan secara konsisten.

Antara Kebaikan Alfafa untuk wanita adalah :

1) Merawat masalah keputihan. Keputihan cukup sinonim, dengan golongan wanita tidak kira yang masih dara atau isteri orang. Keputihan yang serous boleh menjejaskan hubungan suami isteri

2) Merapat dan mengetatkan vagina. Alfafa berfungsi mengetatkan lagi otot-otot tisu "miss v" dan memberikan kuasa gip lebih power ;)

Selain untuk wanita, alfafa turut sesuai untuk golongan lelaki yang berfungsi sebagai tongkat ali. 
Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 

18/03/2015

Kebaikan Zinc Untuk Tubuh Anda

Zinc merupakan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh dan banyak dijumpai dalam sel-sel tubuh.

Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. 

Manfaat Zinc 
  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
Keperluan Zinc Mengikut Umur

Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months
3 mg
Children 1–3 years
3 mg
Children 4–8 years
5 mg
Children 9–13 years
8 mg
Teens 14–18 years (boys)
11 mg
Teens 14–18 years (girls)
9 mg
Adults (men)
11 mg
Adults (women)
8 mg
Pregnant teens
12 mg
Pregnant women
11 mg
Breastfeeding teens
13 mg
Breastfeeding women
12 mg
Buat anda yang tidak mampu mencukupi keperluan zinc dalam badan anda, anda hanya perlukan 1 tablet Zinc Complex shaklee setiap hari. 

Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 

Cara Mengatasi Masalah Bau Badan Yang Serius

Pernah tak dikalangan kawan anda yang mempunyai masalah bau badan yang serius??Kita yang duduk sebelah dia terpaksa tahan nafas sambil control ayu sebab taknak kecilkan hati kawan. Nak tegur macam tak sampai hati. Pasrah dan redha jela menahan bau badan yang kadang-kadang kita terpaksa elak untuk duduk berdekatan dengan mereka yang mempunyai masalah bau badan.

Bagaimana pula golongan profesional yang ada masalah bau badan. Hari-hari terpaksa berhadapan kutukan staff atau prang bawahan kerana anda menghadapi masalah bau badan yang serius. 

Hani pun pernah alami situasi tidak selesa dengan bau badan orang sekeliling, kadang-kadang sampai terfikir "eh, diorang nie tak perasan ke yang badan diorang berbau".


Buat anda yang perasan badan anda mengalami masalah bau badan atau anda ingin hadiahkan kepada mereka yang ada masalah bau badan, hani nak cadangkan :

Alfalfa Complex 
Dikenali sebagai agen diuretik, penyahtoksin. Alfafa mengandungi klorofil yang mempunyai zat antioksidan. Ia berfungsi membunuh bakteria didalm badan yang menjadi penyebab bau badan serius. 

Testimoni Bau Badan Hilang




Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 






14/03/2015

Senaman Bantu Anda Kurus Dengan Cepat.

Bila nak kurus kita hanya terfikir untuk kawal pemakanan harian kita. Ya, itu memang betul. Tetapi bila kita seiringkan usaha diet kita dengan melakukan senaman seperti kardio, pembakaran lemak lebih cepat kan, Jadi makin senanglah untuk kita kurus.

Macam Mana Senaman Cardio??

Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan kadar dengupan jantung atau nadi. Contoh senaman kardio adalah berenang, berjogging, berlari, berbasikal, skipping. Kalau rasa senaman seperti yang hani listkan tadi seperti "memboringkan" anda boleh search di youtube "cardio exercise". Banyak sangat yang anda boleh cuba bergantung ke atas tahap kesihatan anda.

Buat anda yang mempunyai masalah kesihatan, sebelum memulakan aktiviti berisiko adalah baik anda berbincang dengan doktor dahulu. Kita berungat sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.  :)

1. Main lompat tali. Biasa main tali skipping tak? Senang-senang kita boleh bakar 300 kalori dengan main lompat tali selama 30 minit. Caranya, lompat 5 minit, rehat seminit. Lompat lagi 5 minit, rehat seminit. Sambung sampai habis 30 minit. Kalau rajin lagi, hentamlah sejam. Jangan pengsan sudahlah. Takde tali skipping, pakai tali rafia pun boleh! Kalau rajin, buat tiap-tiap hari. 

2. Menari/senaman aerobik. Tak tahu nak mulakan senaman kuruskan badan? Senaman bakar kalori? Sila guna youtube. Berlambak video aerobik asas yang ada. Cari tarian/senaman aerobik bawah 40 minit untuk bakar 300 kalori. Cuba dulu ikut rentak cikgu aerobik tu. Mula-mula memang payah nak ikut, maklumlah macam-macam gaya kena buat. Badan pun keras semacam, cuba dulu. Pasti badan berpeluh-peluh dibuatnya

Hani selalu gunakan fitness blender sebagai rujukan senaman kardio