01/06/2017

Cara Makan Collagen Powder Shaklee Lebih Berkesan

Mak ai, pening la nak buat resepi Collagen nie

Ada yang dah beli Collagen Powder Shaklee tak? Dah cuba minum tak collagen tue? Rasa macam mana ye? Rasa hanyir ke? Ke tak sempat nak feel tengok-tengok dah habis secawan hehhe




Kalau rasa hanyir memang tak boleh lari sebab Collagen shaklee di hasilkan 100% daripada ikan laut dalam di Jepun tanpa di campur dengan bahan pewarna atau perasa langsung. 

Berbeza sangat Collagen Shaklee dengan Collagen yang ada di pasaran luar sana yang banyak sangat perisa seperti strawberi, blueberry dan bermacam-macam berry lagi :D

Sebab ramai yang mengadu tak boleh nak telan Collagen shaklee ini, Hani nak share la beberapa resepi yang awak semua boleh cuba untuk bantu sedapkan lagi rasa ESP.

Jom kita try RESEPI COLLAGEN UNTUK HILANGKAN BAU DAN RASA HANYIR


1) 1 sachet Collagen Powder bersama minuman kegemaran seperti sirap/ jagung/ horlick



2) 1 Paket Collagen Powder Bersama Vivix Shaklee


Ini antara resepa yang anda boleh cuba bila bancuh Collagen Shaklee. Nak makan macam tue pun boleh. Koyakkan sepeket Collagen dan terus letak dalam mulut. 

Lain orang lain citarasa kan hehhe


Yang PALING PENTING JANGAN SESEKALI BANCUH COLLAGEN DENGAN AIR PANAS. Ini boleh menyebabkan kolagen berubah menjadi " gelatine " yang akan menjadikan ia susah diserap oleh badan. 


Untuk tahu lebih lanjut tentang cara makan yang betul boleh terus hubungi Hani okay :D

Dan buat anda yang ingin beli secara atas talian boleh terus klik link "BUY NOW" di bawah ini. Selepas pembelian anda boleh terus hubungi Hani untuk dapatkan cara makan yang betul.

BUY NOW

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.
*these statements have not be evaluated by The Food and Drug Administration.

UNTUK INFO & ORDER

==============================

PM Admin : Cantik & Sihat
WHatapps / Telegram : 019.376.9503 

Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kota Bharu dan kawasan sekitar, pihak kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran Vitamin Shaklee ke tempat anda. 

Antara kawasan yang kami sediakan khidmat COD (Charge or Delivery ) adalah Kota Bahru, Wakaf Bahru, Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh, Pasir Hor, Lundang, Kubang Kerian, Peringat, Pasir Tumboh, Melor, Selising & Pasir Puteh. 

Lain-lain kawasan berhampiran boleh turut hubungi kami.

15/05/2017

RAHSIA KULIT MULUS DENGAN OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM

Siapa pembaca blog Hani yang akan pakai krim malam sebelum tidur? Ada rasa perubahan tak pada kulit awak bila dah apply night cream dan sebelum start guna night cream?


Siapa yang dah jadikan rutin untuk pakai krim malam sebelum tidur adalah pilihan yang tepat dan terbaik bagi merawat dan menjaga kulit wajah.


Waktu malam adalah waktu terbaik badan kita menjalani proses pemulihan termasuk kulit kita juga. Pada waktu malam organ-organ dalam tubuh kita banyak yang berehat, kadar dengupan jantung lebih tenang dan otot-otot lebih relax.


Ramai yang kadang terlupa kepentingan untuk memakai krim malam kerana terlalu fokus dengan krim tabir suria atau krim siang sahaja.


Mulai saat ini Hani galakkan awak semua untuk jaga kesihatan dan kecantikan kulit wajah secara menyeluruh. Waktu siang kita guna day cream / krim siang dan pada sebelah malamnya kita sambung pakai krim malam. Baru lah sempurna proses melindungi dan merawat kulit wajah.


Night Cream ini membantu kulit wajah kita repair semula kulit setelah seharian bekerja dan terdedah kepada habuk, kotoran, sinar matahari, dan tekanan.

.
.

KENAPA PERLU PAKAI KRIM MALAM ? 

Salah satu fungsi atau manfaat utama krim malam adalah untuk melembapkan kulit. Selain menggandakan kelembapan kulit ia turut membantu melambatkan proses penuaan kulit wajah. 

Krim malam tidak dapat di serap oleh kulit dalam tempoh masa yang cepat dan kebiasaannya kandungan dalam krim malam lebih mewah dan dan tekstur yang lebih baik berbanding krim siang. 

Kulit wajah kita memerlukan penghidratan yang cukup untuk kelihatan cantik dan sihat. Selain mengamalkan meminum air kosong dengan cukup, krim malam ternyata sangat membantu dalam merawat dan memastikan kulit wajah kita sentiasa lembap dan sihat.


APA TIP TERBAIK DALAM MEMILIH KRIM MALAM ?

Paling penting kena pilih krim dan jenama yang serasi dengan kulit wajah kita. Pastikan tekstur krim malam ringan dan tidak terlalu padat.

Tekstur krim yang bagus mampu elakkan liang pori wajah tersumbat dan boleh sebabkan kulit wajah susah bernafas.

Tips penting yang lain adalah pastikan night krim anda bebas haruman, bebas paraben dan hypoallergenic.


OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM TERBAIK BEBAS KIMIA BERBAHAYA



  • Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
  • Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
  • Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
  • Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
  • Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya

CARA GUNA OVERNIGHT CREAM SHAKLEE

  • Memulakan sekali anda perlu bersihkan muka dari kotoran dan Hani akan guna Cleanser Nutriwhite untuk tujuan membersih wajah.
  • Ambil sedikit krim dan calitkan di sekitar bahagian wajah iaitu hidung, kedua-dua pipi, dahi  dan dagu.
  • Gunakan 3 jari dan gosok secara menaik dan ke arah keluar wajah. 
  • Dan pastikan awak sapu krim malam ini di sekitar leher kerana kedutan halus senang di lihat di sekitar leher. 

CARA DAPATKAN OVERNIGHT CREAM SHAKLEE DENGAN CEPAT


1) Anda boleh beli terus di website 

BELI DI SINI

2) Anda boleh terus hubungi saya untuk dapatkan produk shaklee

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503
ID:987331 - SITI NURANI YAACOB
FACEBOOK PAGE : Hani Health Shop
FACEBOOK: Nurani Yaacob

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.


Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

07/03/2017

Apa itu Protein

PROTEIN

Salah satu dari 7 kelas makanan. Selepas Karbohidrat, protein kita selalu sebut yang ke dua bila nak cerita bab nutrisi kan. Protein juga salah satu sumber tenaga. Dalam erti kata lain, protein juga sangat perlu diambil dalam diet seharian.
More than that, protein juga berperanan dalam pembentukan sel. Protein ni makanan kepada sel lah kiranya. Enzim, antibodi, hormon, tu semua protein tau. Pendek kata, protein ni WAJIB lah kita ambil setiap hari.Kan semalam dah cerita bab sel mati.. heehee.. salah satu cara tak mau sel mati, kena bagi makanan pada sel.

ok, back to protein. PROTEIN ni molekul besar. Badan kita tak boleh serap protein. Dalam badan kita ada enzim yang bernaMA PROTEASE UNTUK kecilkan molekul protein ni, bermula dalam perut. dari proteon >polipeptida>peptida>asid amino. Kiranya asid amino lah yang akan di serap oleh badan kita di usus kecil (vilus)

terdapat lebih kurang 20 jenis asid amino. yang dikategorikan kepada 2 bahagian.(boleh refer rajah) iaitu:

1) asid amino perlu - ESSENTIAL ASID AMINO (EAA) yang mana tak dapat dihasilakn oleh badan kita dan kita perlu dapatkan sumber dari pemakanan seharian. Antara sumber EAA ialah daging, susus, sayur, buah, bijiran dan kekacang. ( rujuk rajah untuk jenis EAA DAN FUNGSINYA.
2) asid amino tak perlu - Non-Essential asid amino (NEAA). Yang kategori kedua ni, kita bahagikan kepada 2 kumpulan.
a) NEAA biasa iaitu ade 5 jenis( rujuk gambar) bukan bermaksud kita tak perlukan asid amino ini, tapi badan kita bolehmenghasilkan asid amino jenis ini sendiri. Amazing kan badan kita..
b) Asid amino tak perlu, jenis terkondisi- Conditional amino acid-CAA. Yang ini ada 8 jenis. (rujuk rajah) Asid amino jenis ini akan hanya dihasilkan dalam keadaan tertentu.seperti ketika sakit atau stress.

Bila baca yang ni, saya tertarik dengan fungsi ARGININE. Cantik nama hihi.. Membantu mengurangkan rintangan insulin dan mengawal paras glukosa. Selain ia dapat dihasilkan oleh badan ia juga boleh didapati dalam sumber makanan seperti kekacang,susu, yogurt, keju....so, saya teringat dekat E.S.P (energizing soy protein) yang hot tu.. sumber protein soya non-GMO tanpa kolesterol!

pastu, baru saya OOOOOOOOOOO patutla nutritionist sarankan ESP ni diambil oleh pesakit diabetes. bukan takat indeks glisemik rendah (i.g). Indeks gluisemik ni kadar penguraian gula. bila IG tendah maka kita pun lambat rasa lapar. ok, back to insulin dan diabetes..

Pesakit diabetes kan biasanya rintangan insulin yang problem. ARGININE pula bantu kurangkan rintangan insulin. Dalam Esp ade soya. Dalam soya, ada Arginine.

so, kesimpulannya, minumlah E.S.P UNTUK:
1. TAHAN LAPAR
2. SEL CANTIK
3. HASILKAN ARGININE untuk pesakit diabetes.. 

11/02/2017

Ada Apa Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua, Hani doakan pembaca blog Hani dalam keadaan sihat dan di lancarkan setiap urusan. Untuk entry harini Hani nak share kenapa dalam banyak-banyak business MLM di Malaysia kenapa Hani pilih sebagai pekerjaan Hani. 

Kenapa tak pilih produk yang berasakan kopi atau aleo vera 😂. Dan kenapa dalam banyak-banyak jenama vitamin di pasaran, Hani pilih untuk makan dan rasai sendiri keberkesanan produk shaklee 😍 

1) Setiap produk shaklee di uji terlebih dahulu sebelum di pasarkan. 


Sebagai contoh pil kalsium shaklee, iaitu Ostematrix Shaklee. Ostematrix shaklee mempunyai "Bioavailability Study". Biovailability adalah kebolehan sesuatu produk/vitamin diserap oleh badan. Jom Hani tunjukkan graf penyerapan Ostematrix Shaklee dalam badan.


Graf di atas menunjukkan dalam masa 12jam kalsium dalam Ostematrix di serap sepenuhnya oleh badan. Tidak wujud istilah Ostematrix shaklee penyebab batu karang.



 2) Shaklee mempunyai Landmark Study. 


Apa itu Landmark study? Landmark study merupakan satu kajian klinikal yang dijalankan oleh pihak ketiga yang tiada kepentingan dengan shaklee. Sekumpulan penyelidik ini daripada University of California, Berkeley dan di ketuai oleh saintis Dr Gladys Block pakar dalam bidang Epidemiology & Public Health Nutrition.


 



Untuk penerangan yang lebih terperinci berkaitan Landmark Study, awak boleh baca disini.

Landamark study ini dijalankan kepada 3 golongan, iaitu ;
1) Golongan yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin atau supplemen 
2) Golongan kedua terdiri daripada mereka yang mengamalkan vitamin jenama shaklee lebih daripada 20 tahun. 
 3) Golongan yang makan vitamin selain jenama shaklee


Keputusan Landmark Study
  

Daripada kajian yang dibuat, tahap kesihatan mereka yang amalkan produk shaklee lebh baik daripada golongan yang tidak amalkan sebarang produk vitamin dan mereka yang mengamalkan vitamin bukan jenama shaklee.

Untuk jalankan Landamark Study bukan senang sebabnya ia melibatkan banyak aspek selain costing seperti nak design  kajian, pemilihan mereka yang terlibat dengan kajian, nak kaji sample, nak pilih sample, nak control sample. Semua proses ini bukan mudah tetapi shaklee tetap jalankan kajian untuk buktikan jenama shaklee sangat selamat untuk digunakan. 


3) Shaklee mempunyai " Center of Innovation ".  


Center of Innovation yang berkeluasan 16,000ft merupakan "workplace" terbaru shaklee bagi menunjukkan shaklee sangat komited dalam memastikan kualiti sesuatu produk sebelum di pasarkan.

    Gambar pelancaran Shaklee Innovation Centre pada April 2015

4) Shaklee mempunyai " Scientific Advisory Board"

Ahli dalam Board ini Di ketuai oleh Dr.Yasuhiko Kojima, merupakan saintis yang terlibat dalam penghasilan Nutriferon. 

Ahli lain dalam Board ini adalah Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Price award melalui kajian mengenai telomere. Sebelum keluarkan sesuatu produk, shaklee akan dapatkan nasihat daripada ahli Board ini. Bayangkan produk yang kita nak makan di pantau oleh mereka yang sangat berpengalaman tentang sains dan kesihatan. 

5) Jenama Shaklee menjadi pilihan atlet Olimpik dunia. 


Olimpik Rio 2016 seramai 37 orang atlet di US mengamalkan produk shaklee dan 16 orang daripada mereka menang medal. Kenapa ramai atlet yang makan shaklee? Kerana meraka yakin produk shaklee BEBAS daripada bahan terlarang. Kesemua mereka yang makan shaklee LULUS ujian air kencing. 

6) Menjadi pilihan NASA


NASA memilih shaklee untuk hasilkan minuman kepada Angkasawan mereka. Minuman yang di hasilkan bagi atasi simptom angkawasan yang kembali ke bumi, antara simptom yang sering berlaku adalah Vertigo,lemah dan letih, muntah-muntah dan pitam. Kerjasama di antara NASA dan pihak shaklee bermula sejak tahun 1993.

Ada tak yang berminat nak jadi sebahagian pengguna atau pengedar produk shaklee?

Kalau ada yang berminat anda boleh terus hubungi pihak kami untuk penerangan yang lebih terperinci.

Hubungi saya ;

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan
Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

02/02/2017

Rawatan Buasir Yang Berkesan

Siapa sini ada masalah buasir?

Mesti ramai yang taknak mengaku kan sebabnya malu. Siapa tak malu oii sebab buasir ini terletak di tempat yang sangat sulit, nak pergi jumpa doktor pun mungkin fikir beratus kali.

Doktor yang nak bagi rawatan ini lelaki ke perempuan, nak kena tunjuk ke kawasan yang ada buasir, fuhhhh malu maluuuu :D

Hani nak bagi peringatan untuk pembaca blog Hani yang ada masalah Buasir, 

Sila rawat dengan segera ye, 

Sebabnya takut lagi melarat penyakit buasir awak tue, jangan malu-malu sebabnya Hani nak share cari mudah nak atasi masalah buasir ini tanpa berjumpa dengan doktor. Psssttt selepas awak try petua yang Hani kongsi sebagai alternatif bagi rawatan buasir dan terk berkesan kepada awak, boleh la awak pergi jumpa pakar pulak. Maklumlah sistem badan kita lain-lain kan, ada yang berkesan kepada si A tapi tak berkesan pada si B. 

Tips Untuk Atasi Masalah Buasir

1) JANGAN tangguhkan atau melengahkan masa untuk ke tandas bagi tujuan buang air besar, silap besar bagi pesakit buasir yang jenis suka peram "tahi" huhuhuhu
Bila kita mengabaikan isyarat untuk buang air besar ia akan menyebabkan najis menjadi mampat dan kering lalu menyebabkan sembelit dan meningkatkan risiko luka pada dinding mukosa buasir.

2) JANGAN meneran dengan kuat dan kerap. Ia kan beri tekanan pada saluran Venus di kawasan dubur, selain tekanan yang kuat menyebabkan dubur membengkak dengan cepat.

3) Mengamalkan air kosong yang cukup, setiap 25kg berat badan paling kurang kena minum 1 liter air. Minum air kosong lebih takpe awak, jangan minum air manis berlebihan :D . Air yang mencukupi dapat elakkan najis menjadi keras dan kering

4) Amalkan diet tinggi serat seperti memakan sayuran dan buah-buahan, ini dapat mengelakkan berlakunya pergeseran yang ekstrim di antara najis dengan dinding mukosa buasir.

5) Amalkan aktiviti yang sihat yang sihat seperti bersenam, jogging, berenang. AKtiviti ini dapat melancarkan pergerakan peristalsis usus dan mencegah sembelit. Selain itu bersenam juga dapat melancarkan perjalanan darah di kawasan rektum dan anus.

6) Elakkan duduk dalam keadaan mencanggung untuk jangka tempoh yang lama kerana ia akan memberi tekanan ke atas dinding mukosa rektum dan anus.


Bila kena buasir memang akan rasa tak selesa di sekitar dubur dan akan rasa sakit kan. Jadi Hani nak share tips yang boleh legakan kesakitan buasir : Antara tips yang awak boleh amalkan adalah :

1) Letak ais pack /. sugar pack untuk tempoh 10-15minit

2) Mandi dengan air suam bagi meredakan kesakitan

3) Jika ada bengkak guna ais atau duduk di dalam besen yang mengandungi air garam.

4) Dapatkan ubatan yang di syorkan oleh doktor.


-

-

-

-

Cadangan Supplemen Untuk Pesakit Buasir

1) Vivix merupakan supplemen tinggi antioksidan yang mengandungi Resvetarol dalam membantu membaiki sel-sel sehingga ke peringkat DNA.
Jika ada luka dalaman yang di sebabkan oleh buasir memang sangat di galakkan. Mereka yang membuat pembedahan turut digalalkan untuk minum Vivix supaya luka dalaman cepat sembuh.

Antara tambahan Vitamin yang awak boleh amalkan dengan baca Entry Ini


Hubungi saya ;

 ****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan
Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

Rawat Gastrik Dengan Berkesan

"Kak, boleh bagi cadangan vitamin tak untuk saya yang ada masalah gastrik nie"

Selalu sangat Hani dapat pertanyaan melalui Whatapps daripada mereka yang ada masalah gastrik ini, cuba cari jalan ikhtiar untuk merawat sakit gastrik dengan berkesan tanpa bergantung kepada ubat-ubatan hospital.

Hani pernah dapat pelanggan yang ada masalah gastrik ini sampai kena masuk hospital,kena masukkan air pastu cucuk ubat, 

Selalu ingat gastrik ini sakit biasa-biasa je hehehhe, maaf lah sebab Hani sendiri takde pengalaman kena serang gastrik. Tapi bila lihat dan tengok mereka yang ada sakit gastrik ini memang insaf.


Bagaimana Gastrik Boleh Terjadi?

Secara semuladi, sel perut kita mengeluarkan asid hidroklorik (ph1 - ph 2) untuk mencernakan makanan. Dan asid ini sangat kuat sehingga jika terkena pada tangan ia mampu  menghakis tangan.

Manakala sel perut menghasilkan lapisan mukosa - yang bertindak sebagai lapisan pertahan untuk menjadi pelindung daripada asid hidroklorik. 

Rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan bagi memulakan proses pencernaan dan sakit gastrik akan terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dan kekuatan sistem pertahanan.

Perut kita seumpama kipas, berlipat-lipat sepanjang 25cm dan mampu menampung sehingga segelen air dan makanan. 

Bila perut kita kosong, tisu perut akan berlipat-lipat dan akan mengembang apabila ada makanan dan minuman yang masuk. Disini makanan dan minuman yang masuk akan di proses dan di simpan sebelum ke sistem perkumuhan badan kita.

Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjer pada dinding perut akan merembeskan jus asid, enzim dan asid perut untuk membantu proses pencernaan.


Punca Gastrik 


Antara Punca Ulser Gastrik Adalah :


  1. Perubahan cara hidup moden iaitu gemar memakan makanan bergoreng dan pedas.
  2. Jangkitan bakteria yang di gelar Helicobacter Pylori(H. Pylori). Bakteria ini hidup dan membiak di dalam lapisan mukus yang menutupi dan melindungu dinding dalaman perut dan usus kecil. Dalam keadaan dalaman yang berasid ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria H.Pylori yang mengancam lapisan mukus perut sekaligus menyebakan kelecuran dan kecederaan dalaman yang di gelar sebagai ulser gastrik.
  3. Meminum alkohol dan merokok secara berlebihan juga boleh menyebabkan gastrik. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merangsang dan menghakis lapisan mucus di dalam lapisan dalaman perut kita dan ianya akan meningkatkan jumlah asid gastrik yang dihasilkan. Seterusnya, melalui gejala merokok, nikotina yang terdapat di dalam tembakau boleh merangsang penghasilan jus gastrik yang lebih banyak sehingga menyebabkan ulser gastrik.


Simptom-Simptom Gastrik


Tanda-Tanda Gastrik 


Tips Atasi Masalah Gastrik

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.
2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.
3. Hentikan minum minuman beralkohol.
4. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.
5. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik. Soya protein ESP dan Ostematrix mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keradangan perut dan sakit hulu hati akibat gastrik.
6. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin. Supplement Peppermint Ginger Plus sangat handy untuk dibawa kemana-mana dan sesuai diamalkan. Rasa pun sedap berangin tak susah nak makan atau minum sebagai bancuhan teh.
7. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.
8. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.
9. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.
10. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.
11. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.
12. Kalau perut rasa pedih dan tak tahan, boleh cari ubat anti-asid di farmasi untuk kurangkan pedih perut, angin dan dalam masa sama lindungi lapisan perut daripada tercedera akibat tindakan asid perut berlebihan.
13. Kalau gastrik selalu terjadi dan sukar dikawal, boleh dapatkan ubat gastrik yang bukan dalam kumpulan NSAIDs daripada doktor.


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk shaklee??

Anda boleh hubungi saya seperti di bawah  :)

****************************************************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor
No. ID 987331 (Nurani Yaacob)
## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop
 ## Facebook : Hani Kelantan


Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 


12/01/2017

Resepi ala Keria Antarabangsa

Assalamualaikum,

Semua dalam keadaan sihat ke? Dah lama Hani tak menulis di blog ini, rasanya dah hampir setahun 😅

Bila dah stop menulis skill nak mengarang panjang-panjang terus hilang

So Hani cuba asah teknik menulis blog dengan berkongsi resepi yang cukup mudah dan senang untuk disediakan. Bahan-bahan pun simple je boleh beli kat kedai-kedai biasa.

Resepi untuk hari ini adalah KERIA ANTARABANGSA

Baca kisah kuih Keria Antarabangsa Melaka yang viral di media sosial buatkan hati Hani meronta untuk merasa apa yang best sangat tentang Kuih Keria ini.

Alang-alang Hani jumpa resepi kuih ini di facebook teru Hani beli bahan-bahan.

Antara Bahan yang di gunakan untuk buat Kuih Keria adalah :

1. 2 cawan tepung gandum
2. 2 cawan tepung beras
3. 7-8 ketul ubi keledek kuning
4. Gula pasir
5. 2 gelung Gula melaka

Hahhh senang je kan nak cari bahan untuk buat kuih keria ini, semua bahan yang Hani nak guna dah ada kat rumah kecuali Ubi Keledek.

Tips membeli Ubi keledek, cari kat kedai-kedai biasa je, kalau susah nak jumpa baru beli dalam shopping mall, sebabnya harga ubi keledek kat kedai luar lagi murah dan fresh dari dalam mall 🤣

Jom Hani tunjukkan step untuk buat kuih keria ini.

1. Mula-mula rebus ubi bersama sedikit garam. Garam ini agak-agak je biar pada dengan jumlah air dan ubi. ( Kalau tak pandai agak awak boleh try air itu, kalau dah tambah garam tapi masih tak terasa garam boleh la tambah lagi garam dalam ubi ). Biarkan ubi mendidih dan empuk dahulu baru tutu api
2. Ubi dah empuk boleh angkat dan toskan, biarkan sekejap untul ubi sejuk dulu. Lepas itu boleh la start buang kulit ubi dan lenyek ubi dalam besen.
3. Taburkan sedikit gula pasir dalam ubi, gaul sebati supaya gula tidak terkumpul pada suatu tempat.
4. Masukkan tepung beras terlebih dahulu dan kacau adunan hingga rata.
5. Masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung ke dalam adunan tadi. Uli adunan sehingga tak melekat pada jari
6. Bentukkan adunan bulat-bulat dan cucuk jari di tengah adunan untuk dapatkan bentul seperti donat 😁




Resepi Sira
1. Masukkan gula melaka ke dalam kuali yang telah dipanaskan
2. Masukkan sedikit air
3. Masukkan gula pasir 2-3sudu makan
4. Kacau kuih sehingga berakar ( keluar buih yang banyak)
5. Masukan keria yang di goreng tadi, kacau di dalam kuah sehingga rata dan tutup air