02/11/2014

Kesalahan Sewaktu Berdiet

Ramai orang yang berusaha untuk berdiet, tetapi berapa ramai yang betul-betul capai target berat idea? Ramai juga yang tersungkur di tengah jalan. Paling sedih baru diet seminggu dan berangan nak turun 10KG.
Sila UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI. Lemak yang terkumpul dalam badan dah terperam bertahun-tahun, dah serasi sangat dalam badan itu, nak singkirkan pun susah!!



Kenapa diet kita tak berjaya seperti orang lain? Mungkin kata kunci DISPLIN & KONSISTEN masih tidak serasi dalam diet anda. Dan ada beberapa perkara yang anda lakukan menyebabkan  proses menurunkan berat badan tidak berjaya.

Punca-punca diet yang tidak berkesan adalah :

1) Melewatkan sarapan/Tidak bersarapan
Sarapan sangat penting untuk metabolisma harian kita. Kalau anda skip sarapan, besar kemungkinan anda akan "makan besar" bila tiba waktu lunch. Bahaya bukan. Jadi biasakan diri untuk bersarapan. Makan buah dan minum jus pun okey. 

2) Saya sedang Berdiet
Bila anda pegang ayat di atas, mungkin anda akan mengurangkan jumlah makanan yang masuk ke perut anda. Seperti menghadkan makan 3kali sehari. Bila anda makan kurang, kadar metabolisme tubuh akan menurun,maka lemak susah hendak di tukar kepada tenaga. Makanlah 5kali sehari, TAK MENGAPA. Yang PENTING anda bijak mengira kalori makanan.

3) Ikut diet secara berlebih-lebihan.
Kalau diperhatikan trend diet bermacam jenis. Ada yang diet aktins,high protein dan lain-lain. Tak salah, cuma kenal pasti keperluan tubuh anda. Seperti saya, jenis saya perlu makan nasi dalam hidangan harian saya. Dah sudah semestinya diet aktins bukan jiwa saya.

4) Bergantung kepada supplement semata-mata.
Yang ini salah. Memang supplement penting, tetapi sekadar membantu. Kalau anda makan supplement, tetapi tak control makan, sehari makan 5pinggan nasi. Memang diet anda TAK BERJAYA. Supplement hanya MEMBANTU. Contoh, dalam diet harian anda kurang makan serat/fiber yang membuatkan ada masalah pelawasan. Jadi anda perlukan supplement untuk melancarkan proses pelawasan.
Begitu juga supplement untuk meningkatkan metabolisme badan. Seperti yang kita tahu metabolisme akan menurun bila umur kita bertambah. Jadi selain senaman yang bantu meningkatkan metabolisme, supplement turut membantu untuk tingkatkan metabolisme badan.

5) Fokus kepada scala.
Jenis yang suka tengok penimbang. Sehari kalau boleh setiap jam nak tengok penimbang, hehee. Bila jarum turun mungkin bukan lemak yang hilang tetapi mungkin air dalam tubuh. Dan kalau jarum masih statik setelah anda berusaha untuk berdiet tak bermakna diat anda tak berjaya. Mungkin lemak dalam badan telah bertukar kepada otot. Yang penting poster tubuh yang menarik sewaktu diet diutamakan. 

6) Diet jangka pendek.
Ramai yang berfikir diet sekadar menurunkan berat badan. SALAH!!!
Sebenarnya bila berdiet anda sedang berusaha mengatur diet harian anda dengan betul. Maknanya kalau sebelum ini gaya makan anda terlalu berat, anda ubah kepada sederhana dan sesuai dengan keperluan tubuh. Dan diet yang diamalkan harus BERTERUSAN bukan sekadar untuk memenuhi target untuk kurus.

7) Kurang minum air putih
Ketika tubuh kekurangan air, sistem penghadaman dan metabolisme menjadi tidak stabil. Jadi amalkan minum air putih minimun 8 gelas sehari. 
Seeloknya 25kg=1 liter air . Ini merupakan keperluan air dalam badan mengikut berat seseorang. Kalau berat anda 50kg, sehari anda perlu minu 2liter air kosong. Mudah kan

8) Tidak makan setelah bersenam.
Ramai yang berfikir senaman akan jadi sia-sia sekiranya selepas bersenam anda makan. Sebenarnya tangapan ini adalah salah. Ini kerana setelah bersenam dan makan adalah keperluan tubuh anda. Paling kurang minumlah minuman berprotein

Sekiranya anda ada melakukan beberapa kesalahan diatas sepanjang menjalani proses diet, segeralah ubah.
Yang penting rajin-rajinkan diri untuk bersenam. Bersenam bukan sahaja untuk kurus tetapi bagus untuk kesihatan diri.


No comments:

Post a Comment