16/11/2014

Tip Mengawal Kadar Kolestrol

Kadar normal bagi kolestrol adalah antara 160mg-200mg. Sekiranya kadar kolestrol dalam badan anda melebihi 200mg akan menimbulkan masalah kesihatan seperti sakit jantung atau salur darah tersumbat.

Tip Menurunkan Kadar Kolestrol

Menurunkan kadar kolestrol menjadi keperluan utama seandainya paras kolestrol dalam badan anda telah tinggi. Menurunkan 1% kolestrol dalam badan dapat mengurangkan risiko untuk mengidup sakit jantung 1-3%.

1) Olahraga dan Rajin Bergerak
Selain menurunkan paras kolestrol jahat(LDL), aktiviti fisikal yang teratur dapat meningkatkan kolestrol baik (HDL) sehingga 10%. Manfaat ini ini anda akan perolehi walaupun hanya berolahraga ringan seperti berjalan dengan cepat. Apa jenis olahraga yang anda pilih, pastikan anda lakukannya secara rutin sekurang-kurangnya lima kali seminggu.


2) Mengawal Pemakanan
Lemak tepu biasa diperoleh daripada lemak haiwan seperti produk tenusu,daging merah. Seeloknya kawal pengambilan makanan berlemak kerana boleh meningkatkan kadar kolestrol jahat. Dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak jahat, kadar kolestrol akan semakin turun dan kembali normal.

3)Makan Makanan Berserat
Buah-buahan, sayuran dan biji-bijian bukan hanya sumber antioksidan yang baik bagi kesihatan jantung namun kaya juga dengan kandungan serat makanan untuk penurunan kolestrol. Serat larut khususnya dapat membantu menurunkan kolestrol. Serat larut bertindak seperti span yang dapat menyerap kolestrol dalam saluran pencernaan.
Sumber serat larut yang terbaik adalah daripada kacang kering, gandum, serta produk serat yang mengandungi psyllium. 

4) Amalkan Makan Ikan
Ikan dan minyak ikan diperkaya dengan Asid Lemak Omega-3 yan bagus bagi penurunan kolestrol.Supplement minyak ikan memiliki kesan yang baik terhadap kolestrol dan trigliserida. Para doktor mencadangkan supaya mengamalkan pemakanan ikan dua atau tiga kali seminggu.


Ikan yang kaya dengan omega-3 adalah tuna dan salmon. Kalau rasa susah untuk dapatkan ikan-ikan ini anda boleh makan supplement yang mengandungi Omega-3
5) Minum Teh Hijau
Para saintis merumuskan bahaya teh hijau merupakan alternatif sihat bagi menggantikan minuman soda dan berais. Kajian ke atas haiwan dan manusia telah menunjukkan bahawa teh hijau mengandungi senyawa yang dapat membantu menurunkan kolestrol LDL..
6)Berhenti Merokok
Merokok dapat menurunkan kadar kolestrol baik(LDL) dan merupakan faktor utama risiko terjadinya penyakit jantung. Jika sekarang anda mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, sebaiknya segera berhenti. Sekiranya anda berhenti merokok, maka kadar kolestrol baik (HDL) akan meningkat sehingga 10%. Banyak bukan..
Selain itu, tekanan darah dan risiko untuk mengalami serangan jantung akan menurun.
7) Makan Kacang
Sejumlah pesakit menunjukkan kesan positif setelah mengamalkan kacang secara rutin ddapat menurunkan kada kolestrol.
Kacang seperti almond dan walnut diketahui sebagai sangat bermanfaat untuk kersihatan terutama dalam menurunkan kadar kolestrol. Namun begitu, anda tidak digalakkan untuk makan kacang secara berlebihan kerana kacang mengandungi kalori yang sangat tinggi.

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.


Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??

Facebook : HANI HEALTH SHOP

SMS/ WHSP : 019.376.9503

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

No comments:

Post a Comment