04/03/2015

Cara Mengira Waktu Subur Dengan Tepat dan Mudah

Mengetahui waktu subur bagi seseorang wanita amatlah penting, lagi-lagi mereka yang sedang merancang untuk hamil atau membuat perancangan keluarga seperti ingin menjarakkan kehamilan. 

Kalau zaman remaja, mungkin para gadis tidak begitu kisah tentang kitaran haid. Lambat atau cepat kitaran haid mereka tunggu dengan sabar dan redha hihihi, melainkan tempo haid terlewat sehingga berbulan-bulan. Yang ini perlu dirisaukan dan perlu berjumpa dengan doktor dengan segera.

Cara Mengetahui Waktu Subur



Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) : Ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, anda perlu menanda kalendar dan ia tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggilLuteinizing Hormone (LH)Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Katalah anda period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.


Dah tahu dengna tepat cara senang dan tepat untuk mengira waktu subur, maka makin senaanglah untuk anda merancang keluarga kelak :)


Bagaimana Meningkatkan Tahap Kesuburan Wanita

Anda telah  lama berumahtangga dan sudah puas berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, tetapi reaeki masih tidak berpihak kepada anda. Doktor pun telah mengesahkan anda dan pasangan tidak mempunyai masalah.

Apa kata anda berusaha pula dengan mengamalkan supplemen dalam diet harian anda.

Vitamin yang hani syorkan untuk anda adalah :

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan untuk mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA turut berperanan untuk memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi di mana ianya memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dalam jangka waktu tersebut. Selain itu, GLA juga membantu meningkatkan kesuburan anda serta melegakan PMS (sindrom pra-haid).

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid (disarankan untuk turut mengambil kalsium iaitu Ostematrix Shaklee) dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, pelekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Hubungi saya ;
 ***************************************************************

I'm your Shaklee Independent Distributor

No. ID 987331 (Nurani Yaacob)

## Sms /WhatsApp : 019.376.9503
##Fanpage : Hani Health Shop 
## Facebook : Hani Kelantan

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh..Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex. 

No comments:

Post a Comment