04/03/2015

Kesan Kekurangan Air Dalam Tempoh Berpantang

Bila masuk fasa berpantang, mesti mommies semua akan diberi list perkara yang dilarang atau tidak boleh dibuat sepanjang tempoh berpantang. Antaranya jangan minum air kosong/mineral banyak sangat sebab takut rahim kembang.

Sehingga ada 1 kes, ada seorang pesakit yang menunjukkan tanda-tanda buah pinggang "kekeringan". Jangan takut untuk minum air kerana tubuh kita sangat memerlukan air.


Sebenarnya air yang mencukupi sangat penting, lebih-lebih lagi dalam pantang kerana:

1. Air yang cukup sangat diperlukan untuk PENGHASILAN SUSU badan yang mencukupi
2. Kekurangan air boleh menyebabkan DEHIDRASI yang seterusnya boleh menyebabkan anda berasa pening/kepala pusing, tidak bermaya, cepat letih dll
3. Kurang air boleh menjadi punca masalah KENCING KOTOR, SEMBELIT dll
4.Kekurangan air boleh menjejaskan kelancaran PEREDARAN DARAH sehingga melambatkan proses PENYEMBUHAN LUKA di seluruh badan
Bagi saya, untuk pengambilan air yang mencukupi, ia tiada kompromi. 
Jika dilarang, cubalah juga atasi.
Kerana tanpa air yang cukup anda mungkin menjejaskan kesihatan anda sendiri.
Dan lebih kasihan, bayi anda mungkin tidak mendapat susu terbaik apabila terpaksa dicampur/diberi susu formula sedangkan mendapat susu ibu eksklusif adalah haknya sebagai bayi 

No comments:

Post a Comment