15/01/2015

Senaman Mudah dan Ringkas Untuk Kempiskan Perut

Pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat mampu memberikan bentuk badan yang kita inginkan. Tapi kadang-kadang ada sesetengah bahagian badan seperti perut dan paha mempunyai lemak yang berlebihan.

Perut buncit menjadi igauan ngeri buat sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun perempuan. 

Lelaki selalu di momokkan dengan masalah boroi selepas berkahwin manakala wanita cukup sinonim dengan perut buncit selepas bersalin.

Dua faktor diatas bukanlah menyebabkan anda akan kekal berperut buncit selama-lamanya. Ketahui cara senaman yang mampu mengempiskan perut anda semudah A,B,C. Point penting adalah anda kena rajin dan konsisten.

Senaman ini sangat ringkas dan sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk pergi bersenam seperti jogging atau ke gym.

A ) Baring dilantai dengan kedua-dua belah tangan rapat ke sisi. Kaki di lipat dan dinaikkan sedikit (rujuk gambar A)

B) Tarik nafas perlahan-lahan dan pada masa sama tarik kaki menghampiri dada (rujuk gambar B)

Hembuskan nafas perlahan-lahan dan pada masa sama luruskan kaki seperti kedudukan asal (rujuk semula gambar A)

Sewaktu melakukan senaman itu, anda akan dapat rasai otot disekitar perut turut bekerja.

Ulangi langkah ini sebanyak 2-3 kali dan berehat sebentar. Dan ulang langkah sama sekurang-kurangkanya 3 pusingan. 

Mudah je nak kurus dan dapat bentuk badan persis model. Yang penting rajin dan berdisplin.

Jom kita buat senaman kempiskan perut sekarang ;) ;)



1 comment:

  1. saya suka jugak buat senaman perut ni, tapi kejap je bertahan. Seminggu paling lama.

    lepas tu malas dah nak buat.

    kena istiqamah ni

    ReplyDelete