24/11/2017

Petua Hilangkan Masalah Batuk

Batuk adalah salah satu sakit yang buat kita tak selesa. Lagi-lagi kalau kerja harian kita terpaksa berhadapan dengan ramai orang, memang seksa sangat nak tahan daripada tak batuk.

Hani pernah ada pengalaman batuk hampir sebulan. Dah makan ubat batuk tapi masih tak jalan.

Apa yang Hani buat?

Hani cuba cara orang tua dulu-dulu. Guna branag-barang yang ada kat dapur je.

Jangan tak tahu. Petua orang dulu-duku kalah perubatan moden sekarang heheh

Bahan yang diperlukan pun tersangat senang untuk diperoleh iaitu hanya Bawang Putuh dan madu sahaja.

Sediakan 2-3 ulas bawang putih di kupas kulit dan di cincang halus.


Sediakan secawan madu dan campurkan dengan bawang putih yang telah siap di cincang halus.

Biarkan dalam 3-4 jam.

Selepas itu boleh la dimakan setiap 1 jam.

Mudah dan cepat kan.

Selamat mencuba.



Antara Khasiat Bawang Putih adalah :

– Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

No comments:

Post a Comment