06/08/2014

GLA Complex Bantu Stabilkan Kitaran Period Tak Teratur

"salam saya berumur 22 tahun dan baru lepas melahirkan anak. Sekarang saya menyusu anak berumur 10bulan sepenuhnya. Masalah sekarang haid saya tak pernah datang selepas saya bersalin. Normal ke?"

"Salam, saya berumur 21tahun mengalami haid tak teratur. Masih bujang. "


Haid yang tidak teratur memang memeningkan kepala, terutama buat mereka yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat. Meskipun rezeki anak telah ditentukan NYA, tapi tanpa kita sedar penyebab kesukaran untuk dapatkan zuriat adalah dari masalah dalaman kita sendiri, sedikit sebanyak pasti akan beri tekanan buat kita. 

Kitaran yang normal sangat penting buat wanita yang sedang berusaha untuk hamil bagi menentukan waktu subur.
Selain itu, haid yang normal memudahkan bakal ibu untuk menentukan kehamilan.

Meraka yang mempunyai tarikh period yang stabil lebih subur, di mana ovum-ovum matang yg berpotensi untuk disenyawakan 'dilepaskan' setiap bulan oleh ovari pada hari-hari tertentu (yg dipanggil sebagai 'hari subur'). Kebarangkalian untuk hamil adalah sehingga 90% sekiranya pasangan tersebut melakukan hubungan seks/intim pada 'hari-hari subur' seorang wanita.

Kitaran haid yang tidak teratur adalah tempoh haid bulan ini dan bulan depan sangat berbeza. Bahkan sehingga berbulan-bulan haid tak datang.

Semakin meningkat umur seseorang, semakin pendek tempoh period. Kalau zaman remaja setiap kali datang haid mesti cecah sampai hari ke 8. Tetapi bila umur meningkat mungkin tempoh period sehingga 4 hari sahaja.

Punca Kitaran Haid Tidak Teratur.
  1. Gangguan pemakanan, penurunan berat badan yang melampau atau senaman berlebihan. Gangguan makan - seperti anoreksia nervosa - penurunan berat badan yang melampau dan peningkatan aktiviti fizikal boleh mengganggu haid.
  2. Sindrom Polycystic ovari (PCOS ). Ini gangguan hormon yg boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada ovari dan haid yang tidak teratur .Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan tahap androgen yang luar biasa tinggi androgen (hiperandrogenisme). Androgen adalah hormon seks lelaki. 
  3. Kegagalan ovari pra-matang . Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum umur 40 iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40thn. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.
  4. Penyakit keradangan pelvis (PID ). Jangkitan organ-organ pembiakan boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak teratur.
  5. Fibroid rahim. Fibroid rahim adalah ketumbuhan bukan barah rahim. Mereka boleh menyebabkan pendarahan haid lebih banyak dan tempoh haid menjadi lama.
  6. Gangguan tiroid (Hyperthyroidism or hypothyroidism)- haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh gangguan tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mempengaruhi metabolisme badan kita
Bagaimana Atasi Period Tak Stabil?

Pertama sekali anda harus kenalpasti punca haid tidak stabil. Dapatkan pemeriksaan lanjut dari pakar dan ikuti setiap cadangan yang diberikan.

Jika disebabkan oleh hormon yang tidak stabil, PCOS mahupun fibroid, GLA COMPLEX adalah cadangan supplement untuk anda bagi memperbetulkan semula hormon dalam badan


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. 

Sebelum entry ini ditamatkan apa kata anda tonton video dibawah. Seorang isteri yang mempunyai masalah period tak datang selama setahun. Sepanjang tempoh setahun tak datang period akak ini turut mengalami  masalah emosi  tidak stabil, badan sentiasa penat.

Selepas consume produk asas shaklee iaitu Vitalea, B-complex, Vitamin C dan GLA, Alhamdulilah period kembali kepada normal dalam tempoh kurang daripada setahun.



Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.




*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.

_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_

Untuk urusan pembelian dan pertanyaan produk, boleh hubungi hani ye :)

Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503
ID:987331 - SITI NURANI YAACOB
FACEBOOK PAGE : Hani Health Shop
FACEBOOK: Nurani Yaacob

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

No comments:

Post a Comment