13/08/2014

Supplement Shaklee Tidak Berkesan.

" Akak, saya ada beli set slimming shaklee. Berat saya tak turun pun, selera makan saya makin meningkat. Macam mana saya nak kurus kalau selalu makan."

"Sis, saya dah beli set menyusu (Alfafa + ESP) tapi susu saya tak keluar pun. Kalau keluar sedikit sangat. Saya memang nak sangat-sangat fullly bf anak saya. Buntu saya memikirakan masalah susu badan kurang. "

"Hani, Kenapa bila makan Set Kulit Shaklee jerawat makin banyak. Risau saya nak teruskan makan supplement shaklee. Awak tipu saya ke?? "


Opss, ayat cakap kita tipu sentap sikit. Tapi lumrah la kan sebab baca testimoni tentang produk yang kita beli semua gempak-gempak, kulit jadi halus seperti kulit bayi lah, makan sebotol terus hamil, beli set menyusu terus susu melimpah ruah. Penuh 1 peti ais denngan stok EBM. Tetapi mengapa bila turn saya, semua tidak berkesan. Jangan panic, slow-slow tarik nafas kita kenali punca vitamin/supplement yang di makan tidak berkesan kepada tubuh anda

Sebelum itu, hani nak share pengalaman hani sendiri consume produk shaklee. Sebenarnya, tubuh hani tergolong dikalangan yang lambat bertindak balas. Contoh orang makan herb lax 6-8jam dan bertindak, tapi hani ambil masa 8-10jam (Tapi kadang-kadang cepat jugak bertimdak).

Begitu juga yang makan vitamin C untuk kulit. Makan sebulan jerawat dan segan nak nak, kulit pun makin halus, Pori-pori wajah makin mengecil. Tapi hani hampir setengah tahun baru ada tindak balas. Baru nampak tone kulit makin sekata, masalah blackhead dah takde. Masalah jerawat bernanah pun jarang muncul. Yang muncul jerawat biasa bila tersalah makan atau bila nak datang period. Tapi hani tak jadikan alasan lambat berkesan, untuk hani stop makan vitamin. Matlamat utama hani nak kekal sihat dan cantik untuk jangka masa lama, hehehe..Mungkin dah umur 40tahun, orang tegur "eh adik, baru balik cuti u ke, " bahhhahahah.

Okey, jom kita belek diri adakah diri sendiri penyebab supplement shaklee tidak berkesan kepada anda. (Kalau ye, sila pulas telinga sendiri ya ;) )

1) Kurang minum air kosong/mineral. 
Kalau kita sedang makan supplement atau vitamin memang digalakkan untuk memperbanyakkan air kosong. Sekurang-kurangya 3liter sehari. Macam mana nak minum 3 liter sehari, yang minimun 8 gelas sehari pun tak mampu nak buat. UBAH SIKAP. Minum air untuk kesihatan pun nak beralasan, hah kan makcik dah terbebel.
Sebenarnya air kosong sangat penting untuk proses detok(buang toksin dalam tubuh). Air merupakan bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan. 
Kekurangan minum air apabila kita makan vitamin akan menyebabkan ginjal kita terbeban untuk memproses. 


2) Pengambilan Vitamin Bersama Ubat-Ubatan.
Bagi mereka yang makan ubat untuk masalah kesihatan, amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dan berbincang terlebih dahulu sebelum makan apa-apa jenis supplement. Supplement bertindak untuk mencegah dan memastikan tahap kesihatan pada tahap optimun.
Bagaimanapun anda boleh makan suuplement bersama ubat tapi BUKAN PADA MASA SAMA. Jarakkan pengambilan ubat dan supplement antara 2-3jam. Ini untuk memastikan darah dalam tubuh anda tidak bercelaru kerana 2 benda berbeza (iaitu ubat dan supplement) masuk pada masa sama. 

3) Makan Vitamin Secara Serentak Pada Masa Sama.
Makan pelbagai jenis vitamin amatlah bagus tapi JANGAN makan sekaligus. Buat jadual yang teratur supaya badan dapat menyerap vitamin dengan betul.
Pengambilan vitamin sekaligus akan menyebabkan kepekatan darah meningkat. 
Aturan pengambilan vitamin yang betul akan membantu buah pinggang berfungsi dengan normal dan tidak terbeban untuk memproses nutrisi dalam badan. 

4) Pengambilan Kafein Dalam Diet Harian
Pengambilan kafein boleh membantut penyerapan nutrien dalam badan. Macam membazir kita spend duit untuk dapatkan nutrisi yang cukup dalam diet harian, tapi rosak sebab pengambilan kafein. 

5) Tidak Konsisten Cara Makan Vitamin.
Ini orang panggil hangat-hangat tahi ayam. Minggu pertama beli supplement punyalah disiplin makan ikut aturan. Bila masuk minggu kedua, mulala habit tak ingat lah, tak sempat nak makan la dan macam-macam lagi. 
Harus kita ingat vitamin perlu konsisten di ambil untuk tempoh 90-120hari.  Ini kerana temph ini merupakan tempoh pengantian sel, dimana sel lama akan mati dan sel baru akn hidup. Sekiranya dalam tempoh ini anda makan vitamin, sel yang baru hidup akan lebih baik dan sihat. 

6) Pantang Larang Makan Supplement Shaklee
Walaupun vitamin bukan ubat yang wajib pukul sekian sekian kena makan, tapi kena kena alert tentang pantang larang vitamin(kalau ada).
Contoh Vitalea shaklee(multivitamin) tidak boleh di makan bersama susu(Ostematrix). Kenapa? Ia akan menganggu ppenyerapan zat besi.
Sama juga Alfafa Shaklee tidak boleh dimakan bersama Vitamin E kerana ia akan menganggu penyerapan vitamin. 

Dah tahu serba sedikit kenapa supplement shaklee tidak menjadi kepada anda. Kalau anda makan supplement untuk kurus, tapi masih makan dalam kuantiti yang banyak, malas nak bersenam pun tak guna. Supplement hanya membantu bukan menjayakan impian anda. 

Untuk dapatkan cara makan yang betul bagi supplement shaklee, anda boleh hubungi saya.

Shaklee SENTIASA BERKESAN, SEMULAJADI.

_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_>_

Untuk urusan pembelian dan pertanyaan produk, boleh hubungi hani ye :)

Info lebih lanjut boleh hubungi Hani, seperti di bawah:

Berminat untuk mendapatkan produk shaklee?
Berminat untuk  menjadi ahli sah shaklee??
Boleh contant Hani untuk penerangan yang lebih detail.

Order/pertanyaan boleh sms/whsp hani : 019-3769503
ID:987331 - SITI NURANI YAACOB
FACEBOOK PAGE : Shaklee Kelantan
FACEBOOK: Nurani Yaacob

Penghantaran / Cash On Delivery (COD) di sekitar Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Tumbuh, Peringat, Melor, Selising dan Pasir Puteh
Pos ke seluruh malaysia termasuk sabah sarawak via Poslaju @CityLink@GDex.

*produk ini bukan bertujuan untuk merawat,menyembuh,  mencegah atau mendiagnosis penyakit. sila berjumpa dengan doktor pakar untuk sebarang masalah kesihatan.

No comments:

Post a Comment