14/02/2018

Cara Terbaik Untuk Menutup Liang Pori Pada Wajah

Selaian masalah jerawat, masalah liang pori terbuka akan mengurangkan tahap keyakinan seseorang wanita dan memaksa mereka untuk menyapu extra lapisan foundation dan bedak di sekitar wajah.

Keadaan yang paling elok dan sihat untuk kulit wajah kita adalah tanpa sebarang solekan bagi membolehkan kulit dapat bernafas dengan baik dan sempurna.

Kehadiran liang pori yang terbuka akan menyebabkan kulit muka lebih tua dan kusam serta tidak bermaya. Biasanya, kulit yang berminyak, tekanan, genetik dan penjagaan kulit yang tidak sihat boleh menyumbang kepada faktor-faktor utama menyebabkan liang pori terbuka dan kelihatan lebih besar. Jelita kongsikan tip mudah, cepat dan ringkas untuk mengecilkan liang pori tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.




Antara Cara Yang Boleh Diamalkan Untuk Menutup / Mengecilkan Pori Wajah :




Telur Putih

Telur putih mampu mengecilkan liang pori. Caranya mudah, ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih yang telah diasingkan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Anda juga boleh menggunakan telur putih sebagai topeng muka dengan mencampurkan putih telur dan tepung beras atau bersama oat dan dua sudu teh jus lemon. Cuba langkah ini dua kali seminggu. Telur putih juga sesuai untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat mengelakkan kehadiran jerawat di muka.

Ais 
Langkah paling ringkas dan mudah untuk mengatasi kulit wajah yang mempunyai liang pori yang besar ini. Caranya mudah sahaja. Ambil kiub ais dan balutkan dengan menggunakan kain. Kemudian, gosokkan kain tadi di sekeliling wajah. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Kesannya dapat dilihat selepad 1-2 minggu. Ia juga membantu menghaluskan kulit muka.

Lemon
Lemon mengandungi astringen, iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan liang roma yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang roma, ia juga membantu menegangkan kulit dan liang-liang yang tersumbat. Malah, lemon juga membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah. Ambil sebiji buah lemon yang telah dikisar atau yang telah dihiris, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk.

Lidah Buaya
Lidah buaya juga mampu mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil titisan air atau isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mambantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.

Jus Timun
Timun sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam kecantikan kerana khasiatnya yang pelbagai. Timun juga membantu mengecilkan liang pori di wajah. Campurkan jus timun dengan tepung jagung untuk dijadikan sebagai topeng muka. Sapukan di sekeliling muka, lebih-lebih lagi di liang pori yang terbuka selama 15 minit, kemudian bilas bersih menggunakan air sejuk. Topeng timun ini bukan sahaja dapat merawat liang kulit, malahan membantu mencantikkan lagi tekstur kulit wajah anda.

No comments:

Post a Comment