13/02/2018

Ketahui Senarai Vitamin Untuk Merawat Masalah Kulit Breakout

SET JERAWAT.
.
.
❤️GLA Complex - berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit. Memandangkan ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, GLA Complex mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Antara tanda hormon tidak stabil ialah kemunculan jerawat yang banyak terutama semasa kedatangan haid.
.
.
❤️Vit c - membantu mengatasi kulit jerawat dengan 2 cara iaitu bertindak sebagai antioksidan dan menghasilkan sintesis kolagen. Sebagai antioksida, Vit C akan menghalang sebarang radikal bebas dan kekotoran dari merosakkan kulit. Disebabkan kulit terdedah kepada pencemaran, toksin dan juga bertindak sebagai pintu keluar bagi toksin, maka ianya perlulah dilindungi secara konsisten..
.
❤️ESP - diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. ESP diperlukan untuk merawat kulit yg rosak akibat dari jerawat
.
.
❤️B-Complex - penyebab jerawat adalah kurang B6. B-Complex lengkap dengan kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. Ia juga bagus bagi penghidap jerawat kronik kerana B-Complex mampu mencegah stress.
.
.
❤️Vita-E Complex - ia melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda), mengurangkan parut, mengatasi masalah whitehead dan blackhead yang menjadi punca jerawat, mencegah segala pertumbuhan abnormal sel, mempercepat proses baik luka (jerawat) dan membantu pengaliran darah dengan lebih lancar..
.
❤️Alfalfa Complex - Merupakan agen detoks semulajadi. Membuang segala toksin dari badan. Jerawat berlaku disebabkan kehadiran toksin dalam badan. Membantu meneutralkan asid dalam badan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelak pertumbuhan jerawat berulang.
.
.

❤️Garlic Complex - antara sifat-sifat bawang putih ini boleh membantu dalam mengatasi masalah jerawat dengan Anti Oksidan yang sangat kuat, Anti Bacteria, Anti Fungal dan Anti Viral. Maka tak hairanlah kan..Garlic ni sangat bagus dalam menghapuskan bakteria dengil yang menjadi punca kepada pembentukan jerawat.

No comments:

Post a Comment