17/01/2018

Apa itu CoQ10

Apa Itu CoQ10


Coenzym Q10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi dah boleh di dapati dalam semua bahagian tubuh dan nutrien ini merupakan antioksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti yang berkaitan dengan metabolisma tenaga.

CoQ10 amat di perlukan dalam "mitochondria - pusat penghasilan tenaga".

CoQ10 terdapat dalam hampir semua sel tetapi paling tinggi dalam organ yang aktif seperti jantung, buah pinggang, pankreas dan hati. 


Apa Manfaat CoQ10

Salah satu kebaikan pengamalan CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang bekerja tanpa henti setiap hari. Jadi otot-otot jantung sangat memerlukan banyak tenaga untuk memastikan jantung berfungsi dengan baik. 

Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna dan akan membuatkan kita cepat penat, mudah letih dan senang mengantuk. 


Manfaat CoQ10 untuk menyokong kesihatan jantung banyak disokong oleh kajian klinikal dan kajian turut mencadangkan agar CoQ10 digunakan sebagai terapi tambahan kepada penghidap kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure). 

Di Jepun, CoQ10 diluluskan untuk digunakan dalam rawatan masalah jantung ini. Coq10 telah terbukti dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki perdearan darah ke seluruh badan. 


CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangangi masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini adalah penting untuk menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung.


Zat CoQ10 adalah kunci kepada penghasilan tenaga yang banyak.

CoQ10 hadi secara semulajadi daripada makanan dan juga boleh disintesiskan dalam tubuh badan. 

CoQ10 juga tidak dapat dihasilkan dalam kuantiti mencukupi apabila seseorang menghidapi beberapa jenis penyakit dan tubuh mengalami keradangan kronik.

Beberapa jenis ubat sintetik, terutama ubat yang merendahkan paras kolestrol (ubat statin) boleh merendahkan penghasilan CoQ10


Keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. 

Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% berbanding CoQ10 daripada jumlah yang terkandung semasa berusia 20 tahun. 

Antara faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas. 

Oleh itu, pengambilan suplemen boleh membantu mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting dalam tubuh kita.

Kesan Kekurangan CoQ1O



Disebabkan kandungan CoQ10 paling tinggi dalam otot jantung, kekurangannya dikaitkan dengan masalah jantung dan peredaran darah, seperti serangan sakit jantung, ritma tidak sekata, kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi.


Selain itu, kekurangannya juga dikesan dalam orang yang mempunyai masalah pengawalan gula, masalah gusi dan ulser dalam perut.


Kesan Kekurangan CoQ10


Diet Harian Bagi Dapatkan Sumber CoQ10

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. 






Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Supplemen CoQ10 boleh BACA DISINI.



No comments:

Post a Comment