24/01/2018

Tanda-tanda Badan Kekurangan Kalsium

Kadang ada yang terlupa untuk menitikberatkan keperluan nutrisi badan. Bila badan mula beri signal seperti rasa sakit-sakit sendi baru kalut nak cari ubat untuk hilangkan masalah sakit-sakit badan. 


http://www.vitaminsuci.com/2014/07/6-tanda-utama-anda-kekurangan-kalsium.html

TANDA2 BADAN  PERLUKAN  KALSIUM

Insomnia - Kekurangan kalsium menyebabkan susah untuk tidur dan seterusnya tidak berjaya mendapatkan tidur yang berkualiti. Semasa tidur pula kita tak dapat masuk ke fasa tidur yang nyenyak. Tidur sangat penting untuk pemulihan tenaga dan tubuh. Jadi, bila tak cukup tidur akan menyebabkan kita susah bangun pagi ataupun bangun dalam keadaan masih letih dan tak bermaya!
.

Ketidakseimbangan emosi - Kekurangan kalsium menyebabkan kita lebih mudah panik, risau, stress dan sebagainya. Jadi, kalsium sangat penting untuk membantu menenangkan diri.
.
.
Sistem imun yang lemah - Bila tubuh kekurangan kalsium menyebabkan sistem imun lemah dan seterusnya tubuh kurang berupaya untuk menentang jangkitan virus yang lain. Ini menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain dan seterusnya mengganggu kehidupan.
.
.
Kelesuan - Kalsium bekerjasama dengan vitamin dan mineral untuk membantu tubuh dan minda cukup bertenaga untuk berfungsi secara optimum. Apabila kalsium kekurangan, boleh menyebabkan kelesuan sepanjang hari. Seterusnya mempengaruhi emosi dan pemikiran menyebabkan individu tersebut lebih suka menjauhkan diri daripada orang lain.
.
.
Kerosakan gigi dan tulang - Kekurangan kalsium yang runcing menyebabkan penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis. Ini menyebabkan individu tersebut lebih mudah tercedera walaupun hanya terjatuh sedikit. Gigi juga akan menjadi rapuh dan mudah reput.
.
.
Selain itu, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, anemia, kekejangan otot, kebas-kebas, kegagalan sistem saraf berhubung secara efektif dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment