Kebaikan Minyak Ikan Untuk Anak-Anak Pintar & Cepat Belajar
Selalu lihat atau dengar iklan tentang vitamin untuk kanak-kanak pasti ada diselitkan tentang kepentingan DHA dalam pemakanan harian kanak-kanak.
Omega 3 sangat dalam perkembangan sel-sel otak kerana 40% asid lemak di otak terdiri daripada asid lemak Omega 3.
1) Minyak Ikan Meningkatkan Kemampuan Membaca
2) Membantu Perkembangan Otak dan Mata Kanak-Kanak
Tubuh kita memerlukan paling kurang 300mg Omega 3 setiap hari. Kandungan Omega 3 boleh di peroleh daripada sumber ikan seperti ikan salmon, makarel dan tuna.
Dalam Omega 3 sendiri mengandungi zat-zat penting yang sangat penting untuk tubuh seperti EPA & DHA. Setiap zat ini memainkan peranan tersendiri.
DHA berfungsi sebagai jaringan pembungkus saraf dalam melancarkan fungsi saraf serta menghantar rangsangan saraf ke otak.
Manakan EPA berfungsi dalam membantu pembentukan sel-sel darah merah dan melancarkan perjalanan sel darah merah ke jantung.
Secara amnya, Omega 3 dalam minyak ikan bermanfaat dalam pertumbuhan sel otak, tulang, dan organ penglihatan, serta memastika sel-sel pembuluh jantung dan darah dalam keadaan sihat.
No comments:
Post a Comment