19/12/2017

5 Manfaat Vitamin E Untuk Kulit & Kecantikan.

Khasiat Vitamin E. Selain Vitamin C, Vitamin E juga cukup sinonim sebagai vitamin kecantikan. Disamping bagus untuk dapatkan kulit cantik bebas parut vitamin E juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia merendahkan paras kolestrol.

Selalu orang akan beli Vitamin E di Farmasi. Pernah semak tak Vitamin E apa yang terbaik? Adakan Vitamin E yang kita ambil mampu diserap sepenuhnya oleh badan?


Apa Kelebihan Vitamin E Untuk Kecantikan?

1. Mencegah Kedutan
Vitamin E merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.
Vitamin E juga dapat menghalang penghasilan kedutan dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Caranya adalah dengan meningkatkan penghasilan kolagen, iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit.
Antioksidan yang kuat di dalam Vitamin E juga membantu dalam penghasilan kolagen yang memberikan keanjalan kulit.

2. Menghilangkan Parut
Parut biasanya disebabkan oleh jerawat, pembedahan, melecur, kemalangan dan luka. 
Vitamin E mampu mengurangkan kesan parut kerana ia akan terus menyerap ke dalam kulit dan menghalang serangan radikal bebas.
Vitamin E juga boleh di sapu di sekitar kawasan luka atau parut baru.


3. Melembapkan Kulit
Vitamin E mengurangkan air daripada kulit dan meningkatkan fungsi perlindungan kulit. Apabila kulit dalam keadaan lembap dapat mengelakkan kulit daripada kelihatan kusam dan kering. 
Masalah kulit kering akan memberi banyak kesan yang tidak elok termasuk kulit kusam, tidak bermaya, menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk, psoriasis dan gatal-gatal.


4. Mengurangkan Jeragat
Masalah jeragat biasa muncul kepada mereka yang sedang meningkat usia, serangan radikal benas dari pencemaran dan pemakanan dan fungsi hati yang kurang baik.
Vitamin E akan bertindak melawan serangan radikal bebas dan mengurangkan jeragat.
Vitamin E turut boleh di sapu di sekitar jeragat, ia akan melembapkan membran sel menggalakkan penghasilan sel baru yang jauh lebih sihat.




No comments:

Post a Comment