08/12/2017

Rawat SLE

Apa Itu SLE ( Sistemik Lupus Eritematosus )


Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 
Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. 
“Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

Simptom SLE


  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Rawatan SLE


Vivix Shaklee berjaya merawat SLE


Penyakit SLE hanya boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang.

Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah.

Bagaimana Vivix boleh rawat SLE?


Beberapa jenis vitamin seperti vitamin A dan E, minyak ikan (OmegaGuard) dan minyak GLA (GLA Complex) telah menunjukkan ciri-ciri anti radang dan boleh membantu mengurangkan gejala lupus.

Resveratrol iaitu bahan semula jadi yang terdapat pada anggur merah yang dikenali mempunyai sifat-sifat anti radang dan kebaikan lain. Vivix Shaklee mengandungi resveratrol. Vivix ialah jus anti oksida yang mempunyai kesan anti inflamasi.

Kombinasi unik resveratrol dan bahan asas di dalam Vivix menjadikannya 10 kali ganda berkuasa daripada resveratrol semata-mata. Kombinasi unik Vivix ini tidak terdapat dalam produk kesihatan lain. Ianya kombinasi 4 bahan semulajadi iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberry dan knoteed Jepun.

Cukup dengan 4 bahan ini sahaja di bawah penyelidikan hampir 30 saintis, telah berjaya menunjukkan kesan baik sebagai anti inflamasi atau anti radang, anti kanser dan anti oksida. Penyelidikan yang sangat teliti untuk mencari bahan utama Vivix dan akhirnya kombinasi 4 bahan di atas menjadikannya 'breakthrough' invention.

No comments:

Post a Comment