17/12/2017

Cara Mudah Elak Masalah Jerawat Dengan Selamat

Muka berjerawat?

Tiada seorang pun yang tak risau kalau ada masalah jerawat. Lagi-lagi kalau jerawat yang selalu tumbuh. 

Dah pening bertukar produk wajah tapi masih belum mampu atasi masalah jerawat yang teruk.

Jom cuba beberapa tip yang Hani kongsikan di bawah ini.

Mana tahu boleh bantu hilangkan kebuntuan korang dalam merawat wajah berjerawat.


Kulit Wajah Bebas Cela

7 Cara Mudah Mengusir Jerawat


1) Pastikan wajah bebas kotoran  - Terutama sekali sebelum tidur sila bersihkan wajah anda sebersihnya. Elakkan tertido dengan muka yang bermekap. 

Paling kurang pastikan anda membersihkan wajah 2 kali sehari, iaitu sebelum tidur dan selepas bangun daripada tidur.


2) JANGAN picit jerawat -  Kadang - kadang tangan kita secara automatik akan menjalar di sekitar wajah sebab "ralit" kalau dapat picit jerawat. Tapi AWAS, perbuatan ini boleh sebabkan jerawat makin tumbuh lebih banyak.


3) Guna Alatan Kosmetik yang sesuai - Kalau boleh elakkan beli produk mekap tiruan, ada apa pada jenama tiruan kalau kelak kulit sendiri yang merana.

Jaga penjagaan alatan mekap seperti berus dan span. Rajin-rajinkan basuh dan lap alatan mekap.


4) Jaga Pemakanan - Elakkan pengambilan makanan berminyak. Antara punca utama wajah berjerawat adalah kerana kulit wajah berminyak. 


5) Banyakkan pengambilan Buahan dan Sayuran - Buahan dan sayuran segar memang terkenal dengan pelbagai khasiat dan nutrien kepada badan. 

Nutrisi ini terdiri daripada pelbagai jenis vitamin yang bagus dalam menjaga kecantikan kulit.


6) Banyakkan Minum Air Kosong - Pengambilan air kosong dalam kuantiti lebih 8 gelas sehari memang boleh membantu menghidratkan semula kulit dan memastikan kulit sentiasa lembap.

Air kosong juga membantu dalam proses menyahtoksin dalam badan melalui air kencing dan peluh. Badan yang bebas toksin bukan sahaja badan yang sihat malah mampu nampak lebih segar dan cergas.


7)Amalkan pengambilan Vitamin Yang Betul - Vitamin yang paling terkenal untuk dapatkan kulit cantik semestinya Vitamin C


Anda berminat untuk ketahui dengan lebih lanjut vitamin yang sesuai dengan masalah kulit?

Boleh terus hubungi Hani seperti nombor di bawah.

Hani bersedia untuk membantu ada dapatkan kulit idaman tanpa perlu habiskan beribu duit di salon kecantikan.



==============================

PM Admin : Cantik & Sihat

WHatapps / Telegram : 019.376.9503 


Kami merupakan Pengedar Shaklee di Kota Bharu dan kawasan sekitar, pihak kami turut menyediakan perkhidmatan penghantaran Vitamin Shaklee ke tempat anda.
Antara kawasan yang kami sediakan khidmat COD (Charge or Delivery ) adalah Kota Bahru, Wakaf Bahru, Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh, Pasir Hor, Lundang, Kubang Kerian, Peringat, Pasir Tumboh, Melor, Selising & Pasir Puteh. 

No comments:

Post a Comment